Friday, May 16
Gone anonymous
And...
Jerat mengena. Heh.
I told you, I told mom, I told dad, I told others, that if anyone of you were predicting or planning what's going to happen tomorrow, or the day after tomorrow, well, I had gone far more advanced than anyone of you, because I am predicting and planning for what will happen in at least, another five years!
Yes, kalau kau rasa kau tengah plan strategi untuk hari esok, aku dah plan strategi untuk 5 tahun akan datang. Meh cepat kejar aku! :)
Dear stalker,
Kalau kau tengah baca ni kan, satu je la aku nak cakap, hidup aku dah aman bila kau dah tak ada... and I don't need you to come back. Sebab apa? Sebab kau tu macam parasit je dalam kehidupan aku. Tak ada kepentingan yang datangkan kebaikan pun. Malah, lagi merosakkan ada lah. So..... once you step out, don't you ever dare come back. I won't allow you to even step a foot back. Kau dah ludah weh, kau nak jilat balik ke ludah kau? Nak ke?
To all silent readers,
With this post, aku decide nak go anonymous. Aku akan delete semua post aku yang family-related, and I'm focusing this blog on something else yang lagi penting. Tapi sekali-sekala aku nak test jugak post something yang buat stalker aku ni berapi-rapi...yelah, nak tahu jugak kenapa dia masih berminat nak tahu pasal personal life aku...Sedangkan dia tak ada kaitan darah pun dengan aku....kan?
Kenapa ek? Apa dia tak puas lagi ke nak cari jalan nak jatuhkan aku? Masih nak sibuk-sibuk ambik tahu apa aku buat? Ke dia takut aku kalahkan dia? Sejak dia step out dari life aku, aku tak ada masa langsung nak saja-saja ambik tahu pasal life dia. Dia nak hidup ke, dia nak mampos ke, itu dia punya pasal! Hidup aku dah cukup aman kot takde gangguan negatif macam dia tu.
Hah wahai stalker, kalau kau nak share link post ni dekat abang aku pun, share la! share la! Aku nak tengok sikit siapa yang pemikiran dia lagi matang. Aku ke engkau? Adoi. Dari kecik sampai besar kerja kau asyik cari perhatian ajelah. Dasar attention seeker. Mengadu domba dekat abang kau, apa yang kau dapat? Duit? Perhatian? Hahahaa...
Kalau berani sangat, meh la datang berdepan. Dasar pengecut betul la kau ni. Kalau setakat bercakap dalam telephone, cakap belakang-belakang, tulis dalam whatsapp, itu budak tadika 6 tahun pun boleh buat weh! :)
Monday, May 5
Pengajaran buat aku.
Minggu ni, aku dapat semua yang aku nak. Aku dapat pergi pesta buku dekat PWTC lepas kelas, walaupun sekejap, dapat la beli buku yang aku nak. Dapat jumpa author favourite aku. Aku pergi pavilion nak hantar seluar kat Padini, terus settle alter seluar. Kemudian pergi Typo, niat nak cari passport holder dengan luggage tag, terus jumpa. Memang murah rezeki aku.
Tapi semalam, ada customer cakap nak beli skirt, okay, aku pun restock. Tapi nak dijadikan cerita, tadi aku pergi meredah hujan lebat nak pergi ambik stock. Sampai basah beg aku. Basah lenjun baju kurung aku. Kasut aku masuk air sampai berbunyi-bunyi. Sebelum pergi kedai supplier, aku dah bagitau supplier skirt apa yang aku nak, warna apa dan berapa helai. Supplier cakap, okay, warna tu ada.
Tapi tadi masa sampai kedai, rupanya warna yang aku nak tu cuma tinggal satu je. Padahal aku order tiga helai. Macam mana ni? Customer sorang ada order dua helai warna tu. Ada sorang lagi order sehelai. Okaylah, since customer yang order sehelai tu yang cakap dia nak dulu, jadi aku decide skirt yang sehelai tu aku reserve untuk dia. Aku pergi whatsapp customer yang order dua helai tu untuk tanya dia, boleh tak kalau dia punya skirt tukar warna lain?
Aku harap jawapan dia ya, supaya senang kerja aku.
Tapi dia cakap tak nak. Terus tanya aku bertubi-tubi. Aku dah bagi explaination dekat dia. Apa yang supplier bagitau aku, itu la yang aku bagitau dia. Jadi, aku tanya dia, nak tukar warna ke nak aku refund? Aku boleh refund kalau itu yang puaskan hati customer. Aku faham. Dia dah keluarkan duit, mestilah dia bengang kalau bayar lain dapat lain. So - dia cakap refund. Ok fine, aku pun refund.
Jadi sekarang aku ada excess stock dengan aku. Ada 5 helai skirt lagi ni. Siapa nak beli semua ni? Aku dah takde duit lagi tinggal. Aku dah dahulukan duit aku untuk bayar dekat supplier. Ya Allah, ada berapa hari lagi nak dapat gaji? Lambat lagi. Macam mana aku nak survive sampai hujung bulan ni?
Mana ada orang berniaga nak rugi, kan? Aku dah iklan dekat instagram dah skirt tu. Harap-harap ada orang nak beli.
Ni betul-betul pengajaran buat aku. Betapa duit tu penting. Betapa seksa kalau hidup tak ada duit. Bukan senang nak cari duit. Tapi nak habiskan, sekelip mata pun boleh. Betul, bukan senang aku nak cari duit. Aku redah hujan, aku naik train dengan beg berat angkut stock. Baju aku basah, Aku lapar, penat, dahaga.
Takde sorang pun adik-beradik aku pernah merasa susah macam ni. Masa usia aku 23 ni, aku dah keluar dari rumah, duduk rumah sewa dan cari duit sendiri. Betapa aku berdikari, tak harap satu sen pun duit ayah aku. Sedangkan masa umur kakak abang aku sebaya aku, diorang dapat kereta sorang satu bapak aku bagi. Duduk rumah free, api air semua mak aku tanggung. Diorang satu sen pun tak keluar duit. Makan ditanggung, rumah free, cukai pintu cukai tanah semua tak payah bayar, kereta tak payah bayar downpayment, dapat handfon free lagi bapak aku bagi. Apa lagi yang diorang tak dapat? Itupun masih diorang nak cakap yang diorang susah. Itupun nak bagi mak bapak RM 100 sebulan pun susah. Berkira sangat.
Sedangkan aku? Masa tingkatan 3 dah tolong mak aku berniaga bawah payung. Bila hujan lebat, kami peluk payung kuat-kuat takut payung tumbang. Bapak aku tak pernah tolong kitorang keluar berniaga. Yang tukang angkat payung keluar masuk kereta - aku la. Punya besar payung tu, aku ni punya la kecik, tapi aku jugak yang angkat. Bila hujan lebat je, jualan kadang tak habis. Daripada membazir, kitorang sedekah dekat orang yang berniaga sebelah menyebelah. Masa ni kakak abang aku buat apa? Jadi tukang tengok adik-adik susah berniaga cari duit. Sedangkan diorang senang-lenang goyang kaki duduk rumah mintak duit dekat bapak aku. Lepas habis belajar aku berniaga lagi demi nak cari duit. Naik public transport nak ambik stock sebab bapak aku tak mampu nak bagi aku kereta. Takkan la aku nak tunggu mak bapak aku suap aku makan hari-hari, ye tak?
Aku pun tak tau la berapa lama lagi aku nak hidup macam ni. I'm so sick of this life.
Friday, April 25
Being selekeh.
Tuesday, April 22
When the world gives me a lemon.
When the world gives me a lemon
Some people might assume blogging is like telling others, the world, about what is happening to one's personal life. I say? Not really. As long as we don't blog about our personal life in details, it's fine. I mean, we can always blog about our life in general. Don't we?
When the world gives me a lemon
It was....sour. I never fancy sour things. And so I can say that my life was not as pleasant as it appears to be. Some people thought I had an easy life, and started to point things for me to do and fulfill while they are somewhat busy having the time of their life. They told me to do this and that as they wish - they gave me lemon.
When the world gives me a lemon
Little did they know that I was struggling to make lemonade out of the lemon. Perhaps they forgot that I was no superhero. I was just...human, with no superpowers. I did my best to meet what others expect out of me, risking my everything. Ironically, it never satisfies them. They were not happy. They wanted more. What can I do?
When the world gives me a lemon
I hated to say that I disliked being compared to THEM. I am not them, and they are not me. Just because we are related in blood, it doesn't make any of us alike one another. I hated being judged that I was more or less equal to them when I am not. I try hard to make people see, how I was different from them. I try hard to make people see how I can be better than them, but it the end, it was hopeless. No matter how hard I try, how much things I sacrificed, no matter how much money I am willing to spend, it never made me look better than any of them. And so i have to say this,
"Go on with what you think, and go and live with them. Don't come back to me one day saying that what I said has always been right, because in the end, the only word I can say is "I told you so,".
Period.
I apologize if this post hurt anyone of you. Sometimes it was so hard to tell people the same thing over and over again yet they never listen. I just had to write.
Friday, September 13
Between work and study.
Sometimes di tengah perjalanan hidup ni, once in a while ada Syaitan yang membisikkan was-was dalam hati kita. It made me keep on thinking, "did I made the right choice?" atau "should I have gone for the other choice/option when I had it?". Sigh. Susah betul nak hilangkan rasa was-was tu. Sampai kadang-kadang rasa nak bleach the voices, tak nak dengar apa-apa lagi dah!
My dilemma was should I work or study, or do both? Can I do both, really?
It's the pressure of studying and working at the same time yang banyak buat aku rasa macam ni. Sampai satu tahap, I knew that I was the kind of person yang tak boleh buat dua, tiga benda at the same time. It pressured me a lot. But I've signed the contract, thus I'm bonded for another six years. Dah tak boleh nak patah balik dah.
Need to keep it going. No matter what. Semoga kuat. Gambatte Faraain!!
