Assalamualaikum and peace be upon you, readers.
Heh. Ada lagi ke orang yang sudi nak membaca blog ni?
Hmmm. Buat kesekian kalinya, aku akhirnya update blog. Memang dah bersawang bawang blog ni dah. Last post aku pun bulan November tahun lepas. Sampai dah expired Shoutbox dengan Feedjit aku. Nampak sangat aku ni main tinggal je blog ni kan. Almaklumlah, busy *Ehem* Cis. Bajet busy lah aku ni. Hahaha. *lempang diri sendiri*
Aku pun tak tahu reseptor gatal mana pulak yang dah mengaktifkan tangan aku untuk tiba-tiba menulis balik. Mungkin neuron-nueron dalam kepala otak aku dah cukup berselirat menghadap nombor segala, so untuk mengimbangkan kebekuan dalam otak aku ni, aku kena lah menulis sikit, ye dak? Tak banyak, sikit pun jadilah. Janji, menulis. Janji, segala ayat sastera-bajet-madah dalam kepala otak aku ni boleh keluar, ye dak?
Semenjak aku kerja ni, eh, maksud aku, praktikal. Belajar pun tak habes lagi dah bajet guna perkataan *kerja* ye, Faraain? Ishk. Ha, apa aku nak cakap tadi? Ni, semenjak aku praktikal dengan audit firm ni, sesungguhnya, aku memang dah hilang life. Betul, aku tak tipu ni. Betul lah orang cakap, praktikal ni penghambaan percuma. Free Labor. Sebab budak praktikal dikerah kerja macam kain basah yang diperah. Kau tau? Dia macam...macam....macam..errr...kain basah yang kau baru lepas basuh, dia berair-air lagi kan, ha, lepas tu kau perah sampai kering. Macam tu la keringat budak praktikal. Diperah sehabis boleh.
So hari ni, aku bernasib baik sebab agak free. Manager belum assigned apa-apa job lagi. Aku pun berborak-borak, bertukar cerita dengan budak praktikal dari universiti lain. Bila aku bersembang dengan dia orang semua, aku rasa sangat rendah diri. Semua hebat-hebat. Siap boleh berdebat pasal FRS. Kau tahu FRS tu apa? Kalau kau tahu, bagus. Kalau kau tak tahu, Google jelah. Aku malas nak terang panjang-panjang. Kehkeh. Okeh, back to the story. Seriously, aku sampai rasa tak nak kerja dalam bidang accounting dah. Lepas belajar macam nak gila ni, boleh tak aku nak cakap yang....
Aku nak kerja HR boleh?
Kehkehkeh. Okay, mungkin orang nak cakap "Ruginyaaaaa kau belajar tinggi-tinggi!!!" last-last kau kerja bidang lain? Kalau macam tu, baik kau hambek course bisnes je masa ijazah. Meh sini aku ketuk siapa yang cakap macam tu. Kau duduk tempat aku la, baru kau tahu. Hai, kekadang aku pun pelik, kenapa la, WHY ON EARTH aku end up terjun amek accounting? Hmmm.
Aku takleh bayangkan life aku lagi 4,5 tahun kalau aku terus kerja dalam bidang ni. Habis umur aku kat sini je. Bila masa aku nak cari laki lepas tu kawen. Eh?*Abaikan*
p/s : Tak sabar nak masuk kampus balik!! Rindu dah nak belajar balik. :(