Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts

Monday, May 14

Some practical rant.

Assalamualaikum and peace be upon you, readers.

Heh. Ada lagi ke orang yang sudi nak membaca blog ni?

Hmmm. Buat kesekian kalinya, aku akhirnya update blog. Memang dah bersawang bawang blog ni dah. Last post aku pun bulan November tahun lepas. Sampai dah expired Shoutbox dengan Feedjit aku. Nampak sangat aku ni main tinggal je blog ni kan. Almaklumlah, busy *Ehem* Cis. Bajet busy lah aku ni. Hahaha. *lempang diri sendiri*

Aku pun tak tahu reseptor gatal mana pulak yang dah mengaktifkan tangan aku untuk tiba-tiba menulis balik. Mungkin neuron-nueron dalam kepala otak aku dah cukup berselirat menghadap nombor segala, so untuk mengimbangkan kebekuan dalam otak aku ni, aku kena lah menulis sikit, ye dak? Tak banyak, sikit pun jadilah. Janji, menulis. Janji, segala ayat sastera-bajet-madah dalam kepala otak aku ni boleh keluar, ye dak?

Semenjak aku kerja ni, eh, maksud aku, praktikal. Belajar pun tak habes lagi dah bajet guna perkataan *kerja* ye, Faraain? Ishk. Ha, apa aku nak cakap tadi? Ni, semenjak aku praktikal dengan audit firm ni, sesungguhnya, aku memang dah hilang life. Betul, aku tak tipu ni. Betul lah orang cakap, praktikal ni penghambaan percuma. Free Labor. Sebab budak praktikal dikerah kerja macam kain basah yang diperah. Kau tau? Dia macam...macam....macam..errr...kain basah yang kau baru lepas basuh, dia berair-air lagi kan, ha, lepas tu kau perah sampai kering. Macam tu la keringat budak praktikal. Diperah sehabis boleh.

So hari ni, aku bernasib baik sebab agak free. Manager belum assigned apa-apa job lagi. Aku pun berborak-borak, bertukar cerita dengan budak praktikal dari universiti lain. Bila aku bersembang dengan dia orang semua, aku rasa sangat rendah diri. Semua hebat-hebat. Siap boleh berdebat pasal FRS. Kau tahu FRS tu apa? Kalau kau tahu, bagus. Kalau kau tak tahu, Google jelah. Aku malas nak terang panjang-panjang. Kehkeh. Okeh, back to the story. Seriously, aku sampai rasa tak nak kerja dalam bidang accounting dah. Lepas belajar macam nak gila ni, boleh tak aku nak cakap yang....

Aku nak kerja HR boleh?

Kehkehkeh. Okay, mungkin orang nak cakap "Ruginyaaaaa kau belajar tinggi-tinggi!!!" last-last kau kerja bidang lain? Kalau macam tu, baik kau hambek course bisnes je masa ijazah. Meh sini aku ketuk siapa yang cakap macam tu. Kau duduk tempat aku la, baru kau tahu. Hai, kekadang aku pun pelik, kenapa la, WHY ON EARTH aku end up terjun amek accounting? Hmmm.

Aku takleh bayangkan life aku lagi 4,5 tahun kalau aku terus kerja dalam bidang ni. Habis umur aku kat sini je. Bila masa aku nak cari laki lepas tu kawen. Eh?*Abaikan*


p/s : Tak sabar nak masuk kampus balik!! Rindu dah nak belajar balik. :(

Wednesday, April 27

Life and motivation.

Hhmm... setelah dah berkurun blog ni bersawang, akhirnya aku menjejak kembali blog ni dengan entri baru. Terima kasih untuk yang sudi singgah walaupun dah agak lama tak ada entri baru. Maaf, hidup sebagai pelajar menyebabkan aku terpaksa memberikan komitmen yang agak tinggi terhadap buku-buku terchenta memandangkan sekarang masih di dalam musim exam. Doakan aku berjaya, insyaAllah.

Aku seorang yang sukakan motivasi. Pada pendapat aku, manusia sentiasa memerlukan motivasi. Setiap kali manusia dapat motivasi, meter semangat manusia akan meningkat tapi lama-kelamaan meter itu akan jatuh sedikit demi sedikit. Dan manusia memerlukan motivasi sekali lagi untuk menaikkan meter semangat itu, secara berterusan. Motivasi juga perlu berterusan. Lagi-lagi yang membuatkan kita rasa yang hidup kita tak pernah gagal, tidak seteruk yang kita selalu anggap, dan yang paling penting, yang membuatkan kita rasa dekat dengan tuhan. Siapa yang tak suka, bukan? 

Motivasi sering berkait tentang kehidupan. Hhmm...sebenarnya, motivasi datang dari kehidupan. Dari masalah yang hadir dalam kehidupan. Kalau kita muhasabah diri dan fikir-fikirkan balik, hidup sebenarnya sangat mudah. Kita hanya perlu ikut undang-undang tuhan dan beribadat kepada-Nya. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Mudah, bukan? Tapi hidup selalu tak semudah yang kita sangkakan. Bila datang masalah, manusia hilang pedoman. Akibatnya, macam-macam masalah yang timbul. Sesuai dengan pepatah "One problem will lead to another". 

Jadi,manusia, berfikirlah! hidup itu mudah. Jadi kenapa harus jadikannya susah? Cakap apa yang perlu dicakap. Kalau itu kebenaran, jangan disorok. Kalau itu penipuan, jangan disebar. Kalau suka, cakap suka. Kalau sayang, cakap sayang. Kalau benci, luahkan dengan cara yang sopan. Semua benda boleh jadi betul, kalau kena caranya! Sekian. 

Saturday, April 2

Bila Duit Jadi Sandaran.

Assalamualaikum, uolls. Damn aku dah keluar bahasa gedik. Ni Jay Sean punya pasal la ni *dush dush* Pasang lagi lagu gedik-gedik ala nak menari.
Fine fine. Aku malas nak mukadimmah panjang-panjang. Hhmmm.Sebenarnya aku nak tulis pasal something yang dah lama aku dok perhati (baca-peghati) dari jauh. 
Semuanya pasal duit. It's all about the money. Zaman sekarang, semua pakai duit. Makan pakai duit, kereta, minyak, tol, lagi? Public toilet. Lagi? dan lagi? Err..semua. Ya, termasuklah, PERSAHABATAN. Percintaan? Hhmm...kadang-kadang. 


Now aku nak senaraikan sikit apa yang kau boleh dapat/hilang kalau ada duit:

  • Kawan.

For sure lah. Kawan la orang yang paling selalu mengajak kau makan luar. Makan kat subway lah, Secret Recipe lah, Nando's lah. Paling koman pun makan McD. Tapi kalau kau takde duit, heyyyy No Money No Talk lah. Hah, kawan-kawan yang dok tatang kau tiba-tiba boleh lesap sekelip mata. True friends susah nak cari. Yang stick dengan kau susah senang, dan sanggup pinjamkan duit kat kau bila susah-dengan syarat kau pulangkan balik bila dah ada duit. Sebab tu, nak pilih kawan kena betul-betul. Zaman sekarang, orang boleh beli friendship dengan duit, beb. Lagi-lagi kalau kau anak somebody, lagi la ramai orang nak melekat dengan kau. Cuba kalau tiba-tiba family kau bankrupt, pastu kau jadi anak orang susah. Agak-agak, apa reaksi kawan-kawan korang nanti?


  • Bf/Gf.  
Hhmm yang ni nak kata senang dapat pun tak jugak. It depends actually. Tapi boleh la kata nak dapat, dari tak ada langsung. Kan? Kan? Banyak la orang macam ni. Tengok, selain friendship, orang boleh beli relationship bila ada duit. Kebas-mengebas awek orang, tackle awek mata duitan, kena ketuk dengan pakwe yang kaki kikis, semua la senang cerita.Tipikal betul. Depan mata aku, one guy, anak orang kaya berjaya rampas awek orang lain. Awek tu pulak materialistic, lagi senang that guy nak tackle. Last-last perempuan tu broke-up dengan pakwe dia yang tak berapa nak kaya, padahal pakwe dia yang tak berapa nak kaya dah spent banyak gilaaaaa untuk dia. Perfume mahal, bil bayar sekali, makan tempat mahal. Tengok movie pun kat cinema yang mahal. Bukan biasa-biasa. Tapi in the end apa yang ex dia dapat? Nada. The best man wins la kan. 

  • Life kau.
Senang je pada aku. Kau kaya, kau ada life. Tak payah fikir masalah duit. Tak payah nak fikir jugak kat mana nak cekau duit untuk expenses-yang-tak-perlu kau tu. Nak tawaf pavilion tujuh kali kasi afdhal pun boleh. Tapi kan, pernah tak masa kau tengah sepahkan duit kau dekat kedai-kedai dekat pavi tu, kau terfikir macam mana kalau tiba-tiba parents kau mati dan kau tak dapat satu pun harta pusaka and end-up kau tak ada duit nak makan. Adakah kau akan tarik balik duit yang kau hulurkan kat akak cashier tu pastu berlaku adegan tarik-menarik. Pernah? PERNAH? Ya, aku pernah. Bila kau takde duit, life kau pun hilang sekali dengan duit kau tu. Kau terpaksa mintak sedekah untuk makan. Merempat. Orang hina kau. Orang tak nak dekat dengan kau. Worst, orang yang pernah rapat dengan kau dulu-dulu pun dah tak nak dekat dengan kau. Kalau dulu kau orang dihormati, sekarang orang pandang slack dengan kau. Kalau dulu orang selalu mintak pendapat kau, sekarang orang langsung tak nak dengar pendapat kau. Macam tu lah dunia. 

Kesan jangka panjang, semua orang sekarang gila mengejar duit. Buat kerja tak halal demi duit, demi kuasa. Buat kerja halal pun bukan niat sebab ibadah, tapi sebab duit. Contoh paling tipikal, 
"Kenapa kau amek course account ya? Sebab minat? tapi kau dulu asal dari science stream," 
"Err..Err..sebab, accountant adalah kerjaya kedua paling berjaya lepas doktor. Gaji beribu. Kerja pun nanti macam gempak. Hhmm...sebab tu jelah kot,"



Cukuplah tiga. Nak panjang-panjang nanti aku kena hentam lagi *emo*. 

Monday, March 21

Kau happy, aku pun happy la.





Untuk @AnaKarbana di Twitter, entri ni khas untuk Ana.


Tak keterlaluan untuk aku cakap yang sebagai perempuan, kita kena ada satu skill yang agak penting selain skill memasak dan menumbuk orang. Skill apa yang aku maksudkan? Jawapannya, skill menipu hati sendiri. Apa mende tu? Cane dowh nak tipu hati sendiri? [Orang tanya].


Hati perempuaan sangat fragile. Ya, aku rasa semua orang tahu tu. Seganas mana pun seorang lady tu, kalau dah namanya perempuan, nangis jugak ah kan bila tengok cita korea. Ah! tipu la kalau cakap korang tak nangis. Kawan laki aku pun pernah admit diorang nangis tengok drama Korea [?] Apesal pulak perempuan tak nangis kan? Bahahahahaha. Okay. Aku sedang menjadi poyo sekarang. Damn.


Tuesday, March 15

Natural Disaster, at world's end?

Assalamualaikum.

It's a rainy evening. Sejuk. To be exact, it's been raining every evening lately. Takut and risau at the same time. Lagi-lagi lepas dengar leakage on a nuclear plant in Japan due to the massive earthquake and tsunami. 
#prayforjapan



Today morning, a friend of mine said that we are nearly at world's end as we were discussing on the natural disaster that attacked Japan. The magic word that made me had goosebumps was 'tanda-tanda besar qiamat'. Yup, the major signs. And if I'm not mistaken, I recalled that my ustazah once said that one of the major signs is asap putih yang tebal keluar dari timur. Saba did mention this, today morning. Any chance that this is coincidence?

In fact, our prophet Muhammad s.a.w pun pernah bersabda, beza zaman Rasulullah dengan qiamat macam beza antara azan dan iqamat. Many people, scientist had discussed many disasters that is closely related to the world's end. Tapi apa kita buat? Dengar, rasa takut, lepas tu lupa balik. Lepas tu enjoy lalalala lepas tu dengar lagi, rasa takut sekejap, then lupa balik. Normal la kan? As if I don't react that way. Duh.


What's next? Tunggu Dajjal keluar? tunggu Prophet Isa a.s turun? tunggu Imam Mahdi? Even thinking of it scares me. Sometimes, I prayed that all this would only happen on the next generation, and not us. Because I know that we are so not prepared for this, at least not now. 


Last night, I had a nightmare. Dunia nak qiamat and this town that I lived in kena conquer dengan syaitan and Dajjal. Jenuh I ajak those people who lives there to cite Ayat Kursi but none of them are able to read it. I was the only who tried to chase away the devils by citing Ayat Kursi, over and over again. I don't know why, but I guess all other people at that town kind of joined forces with Dajjal. So when I cited the verse, Dajjal was laughing at me cause nobody backed me. I was all alone at that town before a friend of mine came to rescue me. He brought me to the town he's living in. He said that my place was the first to be conquered by the devils. 


Yeah, laugh all you want. It might sounds funny and doesn't make sense. Sedar-sedar je I terjaga dah pukul 6.50 and then kelam-kabut bangun solat Subuh.


So, guys, think about it. We are nearly at world's end. The signs is everywhere. Antara nampak dan tak je. Frankly, siapa tak takut bila dengar dunia dah nak qiamat. But then, kalau hidup lama-lama pun buat lagi banyak dosa, buat apa kan? :p



Tuesday, March 8

100th International Women's Day.

Assalamualaikum.
Maaf, blog agak bersawang sebab akhir-akhir ni busy melampau.
Penat, tapi itulah kehidupan seorang student kan. Tak boleh banyak merungut.

Pagi tadi masa breakfast, on lah Fly.fm kejap. Tak bajet pula hari ni ialah Women's Day. Masa mula-mula dengar, aku jadi macam "waaa..." kagum sekejap. Baru tahu kewujudan Women's Day. Lepas tu on akaun Twitter berderet-deret quotes dari Terfaktab lalu. Seronok! Walaupun agak lambat sebab sekarang ni dah lewat petang nak menjelang ke maghrib, aku tetap nak cakap 'Happy Women's Day!!!'

chumel tak? chumel tak?

Hari ni aku banyak nampak orang post kat blog macam-macam pesanan untuk kaun Adam. Jaga awek elok-elok la. Appreciate mak la. Mana aci macam ni. Asyik pesanan untuk kaum Adam je kan? Untuk kaum Hawa takkan tak ada kot?

Aku ada! So, pesanan aku untuk semua ladies, girls, women, dan seumpamanya, Jaga diri elok-elok. Jaga maruah. Setiap apa yang kita buat, kita masih perempuan. Dan takkan berubah. Setiap langkah yang kita ambil, kita menjunjung sekali maruah mak bapak kita. Jadi, pandai-pandai jaga diri dan jangan palitkan muka mak ayah dengan lumpur.

Hmm....mak aku call dua kali tadi. Ingatkan dia nak tanya aku lupa nak wish kat dia ke, tapi tak. Rupa-rupanya dia tanya pasal kredit dia. Aku lupa nak masukkan pin number untuk top-up. =_='


Dan walaupun aku sebenarnya tengah berada di dalam kemarahan gara-gara seorang kaum Adam,
Walaupun aku masih ada rasa nak lempang dia sekuat hati,
Walaupun aku sangat benci dia sebab dah menyusahkan hidup aku,
Aku takkan lempang dia betul-betul. Aku cuma cakap.
Sebab aku tahu batas aku.
Apa orang sekeliling akan kata, kalau seorang budak perempuan kecik lempang anak orang, kan?


Followers dan silent readers sekalian, tolong doakan aku dapat bertahan untuk habiskan Degree aku dengan cemerlang ya. Semangat belajar aku terbang entah ke mana. Dia tak nak balik jumpa tuan dia dah. Sedih :(

Tuesday, March 1

Ada apa dengan.....gred?

Assalamualaikum, dear readers..

Yayy.....akhirnya!! aku rasa sangat lega hari ni sebab pagi tadi paper last untuk test week sem ni. Tapi baru test 1 ye. Test 2 belum lagi so takleh nak happy sangat ye Faraain!! "Oh mannnn!!"
Jadi sekarang aku tengah melayan masa free yang singkat ni sebelum kena back to business (I mean, assignment)  yang bertimbun dan presentations etc untuk menulis satu post. 

Aku tak puas hati. Yup, panas hati aku beb. Rasa nak gaduh baling ais krim je. Dengan sape yang aku tak puas hati sangat ni? Dengan Room-mateku Nisa? Bukan bukan. Korang dah salah paham ni...ais krim tu pun bukan aku nak baling kat dia la...aku nak baling ais krim tu masuk mulut la..lama tak makan aiskrim wahhh....hahahaha.....

Haaaa...nilah yang aku paling tak puas hati sekali!!

*Tadaaaa.......* Ha, Nampak?? okay, ni bukan kertas aku...aku curik dari Google je la...Sekarang ni aku tengah tak puas hati dengan sistem pembelajaran yang bagi aku sangat exam-oriented and book-oriented ni. Honestly, adakah korang puas hati dengan sistem pembelajaran yang 100% hafal-giler-giler dan konon-konon-faham lepas tu pegi jawab periksa. Masalahnya, betul ke faham? Aku mengaku, aku cuma banyak hafal je apa yang aku penah blaja. Faham? cuma faham untuk exam je. 

Sebenarnya, aku tak suka. Aku benci blaja!. Eh, bukan. Aku cuma tak suka, bukan tak setuju secara total. Bagi aku yang tak berapa nak kuat ingatan ni, baca berpuluh-puluh chapter lepas tu jawab test yang cuma ambik masa kurang dari dua jam dan lepas tu fail dengan flying colours, bukanlah cara terbaik untuk tunjuk yang kita ni bijak. As a student, kita nak interview untuk kerja nanti, bukan dia tanya "awak score test dapat bape ek?". CGPA mungkin membantu. Tapi kalau CGPA tinggi-tinggi tapi bab practical hampeh, takleh jugak kan...

Semua orang nak kejar gred ni.
Kalau kaya nak beli pun boleh, kan?

Masa aku interview untuk scholarship dulu, macam-macam orang yang aku jumpa. Nak pilih ramai-ramai untuk interview pun, banyak faktor yang diambil-kira. Kokurikulum lah, CGPA lah, gaji mak bapak lah....CGPA pun kena minimum 3.5...tu nampak tu....balik-balik orang tengok gred jugak..adakah maknanya orang yang 3 pointer, biasa-biasa tu tak boleh apply untuk scholarship? 

Ya, aku benci bila orang menilai kita dari gred yang kita dapat. Stereotype! tolonglah...ada apa sangat dengan gred yang orang pandang-pandang? Ayat-ayat tipikal yang aku selalu dengar dari orang sekeliling macam "Dia budak dekan, hebat!" atau "Pointer dia superb. Mesti dapat scholarship. Nanti dah keje gaji mesti banyak!"sume nonsense je. Ni dialog panjang lebar ni ada proof ke? Sape kata pointer hebat akan buat orang tu jadi hebat? (mengutuk diri sendiri). Ya, pointer aku masa diploma bolehlah dikatakan cukup untuk aku yang tak minat account tapi perform. Ada orang kata aku hebat. Hebat ke? tang mana yang hebat tu? Aku tak nampak pun. Apa yang aku nampak, orang pointer tinggi pun kadang-kadang spoilkan diri jugak...blaja overseas pakai scholarship lagi tapi pegi clubbing, pegi shopping etc. Adakah orang yang gred bagus semestinya bermakna dia bagus in everything? Confirm ke orang yang gred bagus tu akan senang-senang dapat kerja? Tak payah pergi interview pun kerja akan datang cari dia. nonsense! 

Aku sendiri tak nampak diri aku sebagai seorang yang hebat. Outperform? mungkin at certain point, yes. Tapi pada orang lain, mungkin tak lah kan. Aku pernah jumpa orang yang hebat dari aku. Pointer biasa-biasa je. Tapi PR, superb. Presentation, perfect. Pandai jaga hati orang lagi. Lepas tu, faham apa yang diorang blaja. in fact, lebih faham dari aku! Siap boleh ajar balik aku yang pernah dekan ni. Mungkin kadang-kadang rezeki tu tak berpihak pada diorang, jadi pointer diorang tak dekan. Tapi yang penting, diorang lagi faham apa yang lecturer ajar daripada aku nih. 

Jadi untuk orang diluar sana. Stop streotyping. Cukuplah. Nak tau orang tu betul-betul hebat ke tak, tengok keseluruhan, bukan apperance. Bagi sumthing spontaneous and tengok feedback diorang.Tengok gelabah ke tak. To me, orang yang hebat ialah orang yang boleh resolve problem dalam masa yang singkat. Pointer doesn't matter. Kalau tak percaya, tengoklah citer 3 Idiots. Tengok macam mana gelabahnya si 'Silencer' tu carik jawapan kat buku untuk benda yang tak wujud. 



Aku rasa macam tengah meluahkan kemarahan kat paper AIS plak. Soalan test senang cam harammmm tapi takleh jawab :'(





Saturday, February 26

Motivasi untuk sahabat.

 Assalamualaikum, dear readers. :)

Okay, sekarang aku berada di tengah-tengah kesibukan yang amat coz ahad ni akan start common test. Yup, common test, test week. Straight sampai selasa. Belum test lagi tapi aku dah rasa terbeban semacam. Penat? Tak payah cakap. Super penat, sampai aku terpaksa tampal Salon Pas kiri kanan bahu aku. Nasib baik mak aku ada bagi stock Salon Pas sebelum balik kolej last week. 

suka tengok pemandangan time busy.
bagus untuk hilangkan stress.

Sebenarnya, di tengah-tengah ke'busy'an aku, aku post entry ni khas untuk seorang sahabat nun jauh di Perak. Ceh, jauh ke? sebelah negeri aku je lah. post ni khas aku buat untuk Nazrin yang tengah super stress, super boring, dan super sedih. Semalam dia call aku dan cakap merapu tetiba. Speaking berabuk. Ingatkan mat saleh mana yang salah nombor. Ceh. Rupa-rupanya dia tengah bosan tahap karma. 

He desperately needs a motivation. Cepat betul hilang semangat nak blaja. As a friend, aku akan tolong setakat yang mampu. Nak tutor, aku kat Shah Alam. Lain la kalau kat Sri Iskandar lagi, mungkin aku akan 'turun padang' untuk tutor dia untuk subjek yang dia lemah.

TIPS-TIPS.

  • Display Result. Pay attention. Bila aku kasi lecture, aku memang garang. Okay? So, first thing yang ko kene buat, tampal semua result ko kat dinding. Yup, tampal SEMUA. Kasi display macam kedai.  Susun cantik-cantik ala-ala wallpaper decor. Highlight okay jangan highlight, nanti rosak result ko, tapi tulis CGPA ko besar-besar dan tampal sebelah setiap slip result. Biar hari-hari ko nampak. Bila ko tengah malas, ko nampak. Bila ko tengah main DOTA, ko nampak, Bila ko tengah bosan, ko nampak jugak. Jadi, percentage untuk motivation tu datang balik untuk study tu tinggi. 
  • Kedua, Ingat, belajar tak pernah senang. Kalau senang, bukan blaja namanya. Aku dulu pun, bukan pandai mana. Kalau aku pandai, aku dah lama amek medic, bukan accounting. Dulu, kalau ko nak tau, aku pernah tak paham apa yang aku blaja sampai masuk scene nangis. Betul beb. Aku tak tipu. Tanyalah Zani, Lin atau sape-sape yang ingat. Masa sem 1, aku tak tau langsung macam mana nak buat account. Journal entries sume, memang zero. Nil. aku memang tak ada hati dan tak pernah minat account. Masa hari result sem 1 keluar, aku pernah berharap sangat aku kene kick out dari UiTM. Supaya aku ada alasan dapat tukar course engineering. Tapi, Allah Maha Mengetahui kan. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. So, sampai sekarang, ko tengoklah aku ada kat mana. Still berpijak dalam dunia accounting. Result pun, alhamdulillah. Tak lah sehebat mana, tapi cukup untuk sorang manusia yang tak minat account.

masa sekolah dulu aku sangat benci dengan buku account.
tapi sekarang, destiny aku adalah accountant.

  • Kenang penat lelah parents. Ni aku selalu buat. Kalau aku rasa malas, atau tak sanggup nak blaja, aku akan kenang apa yang mak aku selalu pesan. Betul, degree dengan diploma memang beza tahap gaban. Diploma sangat enjoy. Life sangat free. Tapi degree? killer! lagi-lagi kat main campus ni, jadi cabaran dia berganda-ganda. Kadang-kadang rasa nak berhenti blaja pun ada. Tapi tak sampai hati bila aku teringat mak aku pertahankan aku bila ayah aku suruh kerja lepas diploma. Mak aku cakap abang kakak aku ada degree, jadi aku pun kena ada degree jugak. Betul. Mak aku sangat banyak back-up aku. Ingat, mak bapak mana yang tak nak tengok anak-anak dia berjaya. Macam mak aku, dia sanggup ulang-alik amek aku kat S.alam walaupun rumah aku dekat je, tak sampai 20 minit. Kalau ikutkan, aku kena berdikari, balik je naik bas. Tapi demi nak tengok anak tu berjaya, dia sanggup drive amek aku. 
  • Reward diri sendiri. Ni banyak cara ko boleh buat. Contohnya, jangan biasakan diri makan makanan mahal-mahal. Sekali-sekala boleh, tapi jangan selalu. Kalau teringin sangat, aim yang ko akan perform dalam quiz atau test, baru ko makan sedap-sedap. Macam aku, lepas quiz, test atau presentations, biasanya baru aku and kawan-kawan aku akan turun untuk enjoy makan puas-puas. Atau biarlah tak cukup tido masa test week, janji lepas test boleh qada' tido tu balik. Kadang-kadang kalau kita berkorban sikit, pengorbanan yang sikit tu akan rasa sangat berbaloi bila result kita sangat bagus. Kan?
ni masa lepas SPM. Reward untuk aku ialah pergi UK.
Reward untuk adik aku ialah pergi Korea. 

Panjang lebar pulak aku kasi lecture. Tak payah cakap yang aku ni berpotensi jadi lecturer, sebab aku tak pandai nak ajar orang. Ajar Raedi seribu kali pun belum tentu dia paham. Sendiri blaja pun tak paham. Hahahaha....

Okaylah, aku kena sambung study balik, coz lusa dah nak test. Harap Nazrin baca ni, dan dapat semangat untuk score test nanti. All the best untuk semua accounting student UiTM. Jom kita score ramai-ramai. 

p/s: untuk AnaKarbana, post kutuk ikhwan tu nanti buat lepas test. Hehe. Study Hard! join kitorang kat S.Alam cepattt.... :) Damn aku rasa pelik panggil Bong 'Nazrin'..hahaha...... :D


Monday, February 21

keberkatan ilmu

Salam...

Okay sekarang aku dalam kelas, killing some time while waiting for the next lecture. Hari ni hari Isnin, so aku memang wonder, does every Monday deserve to be a 'Black Monday'? takkan lah tak ada satu pun yang baik, as if, the starting the week with something good, kan?


hari Isnin, start kelas pagi at 8.30

Macam biasa, hari Isnin, tiap-tiap pagi kelas aku mula pukul 8.30. Cuma kalau cancel je memang tido balik la lepas subuh jawabnya. Haha.Alah, typical lah kan?

Okay okay. Routine aku setiap Isnin ialah angkut lappy berat aku tuh pegi klas..Biasalah aku kan Class Rep yang berdedikasi. Credits to Adil jugak sebab tiap2 pagi dia tolong bawak lappy aku pakai motor dia dan petang2 pulak dia bawak sampai kolej. Thanks Adil, banyak pahala kau. Haha. Okay,so hari ni mood Adil tak best coz pagi-pagi terpaksa angkut lappy aku naik tangga sampai level 7. Lif sesak. Nak menunggu memang berjanggut la. Jadi adil pun bukak langkah panjat tangga demi menimba ilmu, dengan lappy aku sekali dia bawakkan...

Pagi-pagi lagi lecturer IBM dah masuk lambat. Ye, aku tau, mungkin korang akan bersorak happy kalau lecturer lambat masuk. Tapi kan..tapi it's UNUSUAL...sebab biasanya Puan Mel akan message aku awal-awal kalau dia lambat. Ye, memang aku risau. Risau if hal last week masih berlanjutan sampai hari ni.  Apa jadi last week? Okay macam ni ceritanya:


major presentation-dress to kill punya.

Jumaat lepas, dapat topic untuk major presentations. Oh, dengan minor presentations jugak la. Puan Mel suruh present on 4th of Mac. Okay, aku terima je. So far aku tak pernah la bantah atau mintak tangguh ke, sebab aku tau kewajipan kita as a student. Kalau lecturer dah cakap macam tu, nak tak nak, terima je. dia suruh kita buat apa pun, selagi betul, kita buatlah. Suka tak suka belakang kira. Sebab nak dapatkan ilmu dari lecturer tu, biarlah ilmu tu diberkati, ye tak? Test pun puan cakap nak buat on 4th jugak, sebab nak bagi selaras dengan lagi 2 group yang dia ajar.

Ada classmates aku, kebetulan ada presentation law on the same date. 4th March. So dia mintak postpone to the following week. Aku nampak muka lecturer berubah. Bukan berubah sikit, tapi memang 'agak' berubah la. Aku cuak. Then dia kata "Okay, I bagi u chance. Tapi, esok mesti submit tajuk untuk major presentations,"

So, sabtu ada kelas ganti. Lepas kelas, aku pun submit lah tajuk untuk group aku. Lagi dua group? I seriously have no idea. Lecturer pulak tak nak amek kertas yang aku hulur selagi semua group tak tulis tajuk kat situ. Aku yang kena marah. Patutnya, masing-masing kena ingatlah. Dah dapat lecturer yang moody  macam tu, kena pandai-pandai lah tackle dia. Betul tak? Okay, fine. Aku pun cari la group lain. Satu group dah bagi nama. Lagi satu group, lesap entah kemana. Lecturer dah buat muka lain dah. Last-last dia kasi warning, lambat hantar topic, markah kena potong. Again, aku kena lagi. Ayat dia dah memang FIRE la. Siap cakap yang kitorang ni pijak kepala. Okay.

So, itulah ceritanya. Obviously, benda ni dah berlanjutan sampai hari ni. Aku dah risau. Test jumaat depan. Dahla kitorang mintak postpone ke next next Monday. Lecturer pulak dah macam ni. Habes, ilmu yang dia curahkan (curahkan? What the heck punye ayat. Skema.) pagi tadi, hilang tak keberkatan dia, kalau lecturer dah terasa dengan students? Nak belajar ni, ilmu kena lah berkat. Kan keberkatan ilmu tu terletak di tangan lecturer. Kalau lecturer tu tak redha, memang mimpi jelah nak score subject tu. Aku risau, if sampai hujung sem dia langsung tak bergurau dah dengan kitorang. Kurang senyum macam selalu. Buat muka serious 24/7 sampai hujung sem. Tak best la macam tu. :(

Aku Class Rep, cuma jadi wakil kelas. Untuk apa? Untuk jadi tempat kena marah dengan lecturer ke kalau orang lain yang buat hal? It's just not fair la, kan? 

Sekian, tu je yang mampu aku coret hari ni.

Tuesday, February 15

Backstab. Siapa yang salah?


Ada siapa-siapa pernah rasa macam mana kena backstab? *Angkat tangan* Best? *geleng* ke menyampah sampai rasa nak hancurkan muka orang yang backstab kita tu? *hangguk laju-laju*

Oh bestnya kalau ada tempat macam ni.
Siap la orang yang pernah backstab aku. Aku balas sejuta kali.

Kalau ada yang pernah rasa kena backstab, baguslah. Itu pengalaman. Susah nak dapat tau. Tak boleh main bayar je sesape yang kita jumpe then suruh dia backstab kita. Like "Eh, aku bayar kau RM 20 kau tolong backstab aku jap. Aku teringin nak rasa," Tapi yang dah pernah kena macam aku ni, watch out. Bukan watch out, anda akan kena lagi. Tapi watch out kepada orang yang pernah backstab anda. Sebab peratusan anda akan balas dendam sangatlah tinggi. *aku la tu*

Time paling hangat kita akan kena backstab? Mestilah time study. Campus life, biasalah kan. Tiru-meniru assignment, Group assignment. Kalau bab meniru assignment, biasanya yang tukang tiru akan cepat-cepat hantar assignment dia dulu, konon dia yang buat dan orang lain yang tiru. Tu kira dah backstab orang yang kasi tiru. Sebab of course lecturer akan bagi markah kurang kepada si peniru (yang hantar lambat akan dianggap peniru) tapi zaman ni ada lagi ke kes macam ni? Ada...*perempuan jawab* lelaki mungkin tak kisah. Diorang lain la because diorang ade 'Brother Code' yang aku sendiri tak pernah tau coret-coretnya langsung.

Kalau bab group assignment, oh ni lagi dasyat backstab dia. Lagi best. Camni, kau dengan kawan satu kelas kena buat group assignment and present. Tapi yang tak bestnya, kau seronok keluar jalan-jalan pergi hoo haa dengan member-member yang lain dan tak amek tahu langsung pasal assignment kau, sedangkan member-member group kau yang lain busy guling-guling tengah buku-buku library untuk siapkan assignment. Dan bila sampai masa untuk present, kau lah yang bercakap paling hebat. Sedangkan yang selesaikan presentation part kau tu member group kau. Lepas tu, bila groupmate kau kena soal, terkial-kial dia nak jawab dan kau langsung tak tolong. Wow. Best kan? Dan kau hanya berdiri je kat situ sambil senyum tak bersalah *lempang*

Jadi, kawan kau pun pergilah buat report kat lecturer lepas settle presentation. Kawan kau cakap, kau tak buat kerja. Part kau pun dia yang buatkan, bla bla bla. Markah kau kena potong, so kau tak puas hati. Macam mana kau tahu pasal markah kau kena potong? Of courselah ada member-member kau yang lain bawak mulut. So kau pun pergi la serang balik kawan-kawan kau yang pergi buat report tu. Kau cakap diorang main tikam belakang la, mulut jahat la, suka kenakan member la. Kau salahkan groupmate kau.

Habes, yang kau buat tu tak salah? So sekarang salah siapa? Kau, atau kawan-kawan yang kau panggil backstabber tu? Haa, jawab jawab.

p/s: 'Kau' dalam kisah di atas bukan aku. Harap maklum.






Monday, February 14

Antara Valentine's Day dan Maulidur Rasul



Hari ni 14 Feb. Sendiri tau lah kan hari ape?

Tak payah aku nak define, korang sendiri dah tau. Ye ke tau? tapi nape masih ade yang buat jugak? Ade yang cakap diri dah besar, dah dewasa, dan aku yang lagi muda ni tak layak nak nasihatkan korang. Konon dah tau baik buruk. Tapi buat lagi kan? Mungkin ade yang pernah masuk sekolah, masuk universiti, tapi sayangnya tak EDUCATED.


Every year, menjelang Valentine's Day, ade yang celebrate sana sini macam orang dah kahwin. Eh, kahwin memang la dah. Nikah? belum lagi kan? Malam-malam pergi Padang Merdeka konon pergi tengok konsert. Tengok-tengok diri sendiri yang pergi 'buat' konsert. Esok pagi? Pegawai JAWI jumpe beratus-ratus kondom bersepah atas padang. Heh, biaselah tu. Remaja zaman sekarang kan hebat? Suka kejar dosa. Ape susah. Kalau TERBUNTING, buang je anak tu. Lepas tu cukup haribulan, masuk lokap. Time tu baru menyesal tak sudah.


Esok sambutan Maulid Nabi. Tak plan nak pergi masjid ke? Ikut selawat atau join dengar ceramah. Banyak pahala tu...tak nak kejar ke? Heh. kita tengok jelah. Time Valentine's Day bersemangat celebrate. Esok pagi maulid, korang buat ape? berlingkar dalam blanket? bangun-bangun je dah ade dalam hotel? atau apa? sendiri fikirlah!


Tak payah nak cakap kat KL, kat kampus-kampus universiti pun dah belambak. Tambah-tambah lagi esok cuti umum, petang-petang lepas kelas, ape lagi, keluarlah terus pergi overnight. Mak bapak call tanya pergi mana, cakap busy buat assignment, sibuk dengan discussion. Ye ke? Betul lah tu. 'Assignment' dengan couple masing-masing, kan? macam-macam discussion nak kene buat ni. Nak kene discuss bilik hotel mane yang murah, port mane yang selamat dari jabatan agama, macam-macam lagilah. Kan?


Baguslah. Menipu mak bapak je kerjanye. Mak bapak hanta masuk Uni suruh blaja. Siang malam mak bapak dok duduk atas tikar sejadah, doakan kejayaan si anak, doakan permudah anak nak jawab periksa. Si anak? Sibuk bercintan-cintun dengan couple. Sibuk buang-buang kredit bergayut dengan couple. Sibuk jugak buat kerja haram. Takpe, Insya Allah berjaya lah tu nanti. Berjaya kena tangkap basah :)

Aku cakap benda yang betul je. Kalau ade yang terase, maknanye betullah ade yang buat macam tu. Maaf, aku tak tujukan kat sape-sape. Ini general.

Jadi, pilihlah sendiri. Kejar pahala atau dosa? Mati esok lusa pun boleh. :) ntah-ntah kejap lagi tak korang mati?

Sekian,

Saturday, February 12

life and plan will never get along.


Merujuk kepada perkara di atas,

okeyyy takde maknenye aku nak start entry dengan surat kiriman rasmi..pergh! aku sangat tak suka tulis surat...

Aku baru lepas breakfast ni..tiada roti canai atau thosai atau nasi lemak dengan teh tarik sebab aku bukannya makan luar...cuma makan kat bilik je. Jadi cuma ade Nescafe instant dan Gardenia Quick Bites.

Sheesh. Rindu la nak breakfast kat luar ngan kawan-kawan.. T.T

gambar kenangan. Lukisan kawan aku untuk aku

Petang semalam, lepas Asar, aku kuar lepak dengan BFF aku mase skolah dulu..tak jauh, dekat McD Section2 tu je..Biasalah, dah jumpe, ape lagi yang kitorang akan buat kalau tak borak pasal life...typical lah kan?

Dulu, mase high school, aku ade 3 orang best friends..jadi termasuk aku ade 4 orang lah kan..aku suke geng aku ni sebab nama kitorang ade rhythm .

Faraain, Amirah, Farahin, Athirah. So aku rase cam kitorang ni ditakdirkan untuk jadi BFF kot. Tapi tu cume name betul kitorang...name panggilan, korang takyah tau la...buat gelak je...tapi sampai sekarang still guna nama panggilan tu..I like! ^_^

Dulu kalau tanya ape cita-cita, sume cakap lain. Aku? oh mestilah cakap nak jadik engineer...Automotive Engineer lah, Civil engineer lah...tapi mesti ade perkataan engineer kat blakang, Farahin suka melukis, jadi dia memang nak kerja yang boleh lukis-lukis lah kan...Amirah dengan Athirah, Okay aku tak ingat...*sorry guysss* =.='

Macam-macam la yang kitorang penah plan dulu.Well, budak-budak, biaselah kalau berangan kan..Masa tu pun belum rase lagi masuk Uni macam mane. Tau cakap nak gempak je jadi itu ini, tapi blaja cam hampeh *aku la tu...* Pernah la jugak dulu plan nak duduk satu rumah la yang same bila dah keje nanti, pakai keta tu, keta ni...so on sume, tapi biaselah, CAKAP JE :)

Sekarang? memang BEZA sangat. Aku boleh la nak cakap yang life kitorang 360 degrees beza dengan ape yang kitorang cakap dulu. Aku amek course yang tak penah wujud dalam wish list aku sepanjang hidup. Aku dulu sangatlah anti-account tapi sekarang? aku dah terjebak dalam course yang paling aku tak suke...

Farahin? Dia amek Law..Well, dia nak amek Graphic tapi mak dia tak bagi. So kalau nak berkat ikutlah cakap parents kan? dan sekarang dia satu Uni dengan aku...Athirah? Dia pun sekarang satu uni dengan aku dan dia amek Actuarial Science. Tapi so far, aku lost contact dengan dia walaupun kitorang satu uni. Ape citer dia sekarang pun aku tak tau dan mak aku pun dah lame tak contact mak dia..(Kitorang dulu penah berjiran...). Amirah pulak? Dialah paling hebat sekali. Blaja overseas di Auckland amek TESL. Tapi sampai sekarang cuma dapat contact kat FB je sebab bila nak jumpa slalu takde rezeki...ade je halangan..

classmates Bachelor in Accountancy

So sekarang aku teruskan hidup dalam course ni. Habeskan degree dan kerja. Jangan fikir banyak. Masa awal sem ni aku penah la tanye mak aku kalau-kalau aku boleh tukar course amek engineering. And jawapannya, heh, korang tau la kan...mestilah TAK!!! ^_^ Untuk pengetahuan korang, aku ade 2 orang sepupu yang amek engineering kat Uni ni...owh sangatttt jelezz diorang rilekss dan tak bz cam account students...

See? sebab tu la aku cakap life and plan will never get along. I mean, kalau ada pun, rarely...Cakaplah berapa kerat orang yang betul-betul pursue ambition dia time kecik kecik dulu? Ke semuanya cume angan-angan + cakap kosong je? Get my point?

Okaylah sebenarnya half of the post ni aku write pagi tadi (and aku save sebagai draft) sebab rushing-rushing bila mak aku call cakap dia dah nak sampai kolej amek aku...ade kenduri kene attend..then lepas kenduri terus pergi rumah uncle aku di Keramat untuk celebrate birthday nenek aku yang patutnya 20 Feb, saje celebrate awal... ^_^

Sekian, untuk entry ni :) Sekarang aku tengah layan cerekarama 'Maafkan Daku'. Sob sob sedih lak :'( adeh.



Wednesday, January 19

Saya penat, tired, letih!


mintak maaf lah blog, tapi aku memang desperate nak mengadu nih.
:(

Ya Rabbi, penatnya aku. Lately tak taulah kenape, tapi
badan cepat letih and kerap sakit-sakit badan.
baru-baru ni, bahu kiri bengkak, lepas tu lengan kiri pulak.
huhuuu......

untuk pengetahuan semua, (ye, semua!)
aku rase cam nak quit accounting lah...
aahhhh peduli ape kalau orang laen cakap rugi, sebab
dah separuh jalan.
masalahnya, aku tengah menderita ni nak belajar
(Ya Allah, kuatkan hatiku untuk terus berjihad)

yep.sel-sel otak aku memang dah boring ni dok mengadap
account semedang. kesian otak aku. aku kene belanje diorang
minum bubble tea and makan sedap-sedap kalau
nak terus suruh diorang mengadap buku-buku tu sume.
(oh my! demandnye sel-sel otak aku.heeee)

Dengan ini juga, dengan rasminya aku nak cakap
yang hari ni aku letih. super letih!
Ditambah lagi dengan sedih sebab tak dapat nak beli
external Buffalo 500 GB anti-shock yang harga dia tersangatlah murah. $.$
INSUFFICIENT CASH IN HAND.
oh malangnye nasib!! :(

Kesedihan yang bersarang kat hati ni memang duk lekat tak nak hilanglah.
Adeh.
Macam mane la nak pujuk hati ni....

"Anggap lah external hard disk tu bukan satu keperluan ye, hati...
janganlah sedih-sedih. Mungkin takde rezeki nak beli..
Lain kali jelah..."
(SEDANG MEMUJUK HATI SENDIRI)

Tolonglah. Aku berdoa, tolonglah ade hamba Allah yang bermurah hati hadiahkan
aku external tu.
*terima kasih (kalau ade)*
^_^


Wednesday, January 5

suke bace blog org lain tapi malas nak menulis blog sendiri

memang...memang, tulah aku..bab2 membaca blog org lain, stalk org, tulah
favourite past time yang aku tak penah citer kat org lain...haha....kenapa?
sebab aku ni bukan jenis yang pandai menulis sana sini meluahkan perasaan, (cuma
kalau sedang sangat2 marah atau emo, lah kan) tapi sekarang nih bukan tengah emo ke hape
tapi sebab tgh banyak idea...dia datang membuak2 pulak dah..so,
aku tulisssss jelah...

(tu yang kejap je siap draft assignment MAF nih bak kata nisa roomateku yang tgh seronok
gelak2 melayan movie tuh...
nisa: dah siap draft dah ain? wah cepatnya)
memanglah cepat sebab nisa tgh memikirkan ayat utk wt assignment sambil
mengadap movie.sekian.

bukan aku nak cakap pasal tu sebenarnya. tapi pasal dah masuk tahun baru kan..
dah nak mula busy dengan assignment, test sume plus cuak jugak
sebab dapat free advice drpd senior merangkap jiran selang beberapa rumah

fatihah: ain, part 5 ni killer tau. work hard. sangat susah!

hah, cuak tak cuak dengar ayat tu.?.
belum masuk sem lagi mase tu tapi dah rase nervous sampai gaya macam nak 
dapat nervous breakdown. nak masuk kira test lagi, aduh,
memang boleh botak kepala macam nih.

"haish. sabar ain, belajar tu jihad, banyak pahala.
kalau mati, kire syahid tu (nauzubillah)
student life la kene enjoy banyak sebab nanti dah keje dah takde mase
dah nak hidup macam ni kan kan....."

tulah motivasi aku kepada diri sendiri. Tapi yang bab mati tu
bukanlah aku mintak mati, cume nak ingatkan diri sendiri yang belajar tu besar
pahalanya..jadi ape salahnya berkorban la sikit masa lapang kan
ini cuma renungan bersama. bukan la nak kata aku ni perfect
sentiase ingat tuhan ke haper...aku ni pun banyak kekurangan..
yelah, bak kate imam2 terdahulu, iman manusia ni bertambah dan berkurang...
jadi ni cuma nak share dengan korang2 yg membaca blog ni la kan..

fikir2 balik, ape yg aku merapu ni memang takde kaitan langsung dgn tajuk
entry ni..memang sah aku dah terpesong jauh masuk belukar dah ni..ahhh lantaklaa
aku punya blog suke hati aku lah kan nak tulis ape pun..hahaha

tapi apa2 pun, aku sangat la berharap tahun 2011 ni akan bawak banyak
kebaikan kat aku....bukan ape,sebab tahun 2010 yang
lepas aku rase macam banyak sangat masalah,
banyak sangat benda yg nak kena fikir sampai kadang2 aku terasa nak
menangis sebab rase macam aku tak mampu nak hadapi dugaan hidup...
kadang2 aku terase macam hidup ni tak adil.."life is unfair"
bak kate omputihnyer..

insyaAllah aku tgh cuba nak paksa diri blaja dan habeskan degree
ni....tak lame mane pun, lagi 4 semester je pun termasuk semester ni...
dan bulan Feb nanti insyaAllah aku akan ke majlis walimah
kawan sekolah aku dulu. (dia dah nikah di russia 1 jan 2011 yang lepas)

ishk. dengar pasal kawan aku nak kawen ni pun buat aku gerun...
sana sini orang cakap pasal kawen...
sembang ngan member2 pompuan sket melencong masuk bab kawen..
sembang ngan mak pun masuk beb kawen

(aiseh =.=') ngee.....

sembang ngan sepupu pun last2 masuk bab tu jugak..haha...
jauh lagi nak fikir tu. habeskan blaja dulu, kerja,
cari duit nak bayar hutang ptptn, nak balas jasa mak
dgn daddy dulu, kumpul duit nak pergi haji bla bla........

"aish banyak bende nak kene fikir nih..."


jadi wrap up (membungkus lah)
harap2 semuanya berjalan lancar
pelajaran, cari jodoh (yeke?) cari duit, bisnes (insyaAllah)
dan semuanyalah!
amin.... =)



sekian.






Monday, December 20

New year ahead.






















First of all, I would like to thank Allah for all life has to offer.
I'm grateful with what HE has given me. There are times when I went mad for bad things that happened in my life, things that I never wished for, things that I hate. I always asked myself back, to whom am I addressing this anger?
was it to Allah?
only then, I was able to think wisely.

by reverse psychology ,I flashed back all the things that I had in life,
all those that I wished for and easily attain it,
and what I have achieve in life so far.

So, that is why we should compare what we have with what other's don't. In that way, we would be thankful with what life has given us.

Since new year is coming in 2 weeks time,
I would like to wrap up the year, 2010 with a big, loud ALHAMDULILLAH
to Allah for what I have. and may the new year 2011 brings us more joy
and prosper as well as good luck.

and for now, I guess that's all from me.
=)





Sunday, November 28

diploma convocation :)



Alhamdulillah..three years of efforts have been paid off with a scroll of diploma.

on Saturday, the ceremony went well at the branch campus in Sri Iskandar.
It went well. Really well :) and I can't stop smiling for the whole day!
It felt good meeting up old frens after months (or one semester) and we spent some
time hanging out together.

I'd like to dedicate this little success to my parents.
They have been my backbone ever since I was small.
Especially to my mum, I'd wanted to make her proud of me ever since I was in primary.
I knew my parents can't hide their happiness to see me on stage despite
their madness because I made them rush all over the morning from Teluk Intan
(sorry daddy+mak!)
and despite I missed the Vice Chancellor Awards because I only scored
5 deans out of 6 semesters.
But still, I'm grateful with what Allah have gave me.

Do pray that I'll be more successful in the future!



Monday, August 23

You're smart, You're intelligent, yet STINGY!

You know what? You're just about everything good. You're intelligent, smart and decent at times. But did you ever notice that YOU are a stingy person? Well, very stingy! Please, as the person of the same race, I'd like to give piece of advice. Yes, I AM talking about YOU girl next door! Stop being stingy! People are avoiding you for that. Why can't you just do something that would benefit you and others as well? Instead of just doing things that benefit YOU and only you? and can't you see that I'm avoiding you too? I would locked my room at times to stop you from entering it and disturbing both of us. Please, don't make me stereotype that all INTELLIGENT PEOPLE ARE STINGY! because I actually know some around me. I'm sorry if this post hurt you since I just can't afford to say this in front of your nose. Only if I have the courage, I'd do it. Maybe you just don't know how both of us felt when you HIDE the answer for an assignment from us and we only knew it from other person. What's wrong in SHARING some extra notes? I hope I made my points clear. If you keep being stingy, You'll have no friends in the future and you could go nowhere. Perhaps you'll be staying in the same cycle of life. Trust me. and again, I'm really sorry if this hurt you.



SO, PLEASE CHANGE!


Sunday, December 27

amazing avatar!



here comes the amazing avatar program!



so, hari ni aku nak buat movie review siket...yeah! semalam aku diseret ke aeon cheras selatan pukul 10 pagi. awal tuu...baru bukak dah terpacak depan jusco..hahaha

tak kesahla dlm keta tu ade 9 org ke, tp yg penting sumenye semangat bangun awal and siap utk menapak ke cinema, tengok citer avatar!! haha... punyela bersemangat datang awal gle, sekali tiket pukul 11 dah sold out :( amek jugakla yang pukul 12.30 punye... punye nak kill the time, jalan2 masuk jusco, makan pizza dan berlari2 beratur dan menghulur tiket pada akak yang jaga gate.haha...

memang mase masuk cinema pon, expectation aku utk movie ni sangatla tinggi. nak tengok jugak, hebat ke tak si pengarah ni..sekali, waa....memang aku angkat bendera putih. jalan citer dia memang luar alam. rase2nye tak penah terfikir langsung langsung. zero. teknik CGI yang sangat kemas. sume nampak cam real. pendek cter, aku kasi 5 star utk movie ni!

haha...anda semua, jika mahu menonton movie ni, (gune bahase skema plak) jangan segan2 nak ajak aku ye!! hehe.... kalo dapat tengok yang 3D punye lagi gempak!




Saturday, November 28

selamat!!!

hai everyone....
First of all, aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!! or raya korban...walaupun tahun ni parents aku tak korban, tp still seronok raye tahun ni... :) yeah...thannks kepada semua yang risau aku bakal jadi 'korban'...haha...tapi tengok, aku still survive..Siap boleh post entry ni lagi.So, jangan risau lah ya! Haha....

Tahun ni, aku gather dengan semua family aku kat putrajaya..rumah auntie aku a.k.a Siti Nor Baya

Oohh, satu lagi, semalam dah selamat jugak final episod drama Nur Kasih, Yes..drama yang menjadi obsession semua orang sekeliling aku termasuk lecturers aku sebab soalan quiz pun company tu nama Nur Kasih.....well, termasuk la aku...banyak pengajaran la jugak drama tu...ni la drama melayu first yang aku betul-betul suka...haha...betul la...aku jarang sangat tengok drama melayu....Kalau drama English macam F.R.I.E.N.D.S dengan Roswell dulu rajin la jugak aku layan! 

dan.....aku amek lesen next week!! yeah...seronoknye...haha...ni belum dapat lesen dah excited terlebih..zzz...ok la..doakan aku berjaya amek lesen.... :) until then, :)


Sebenarmya aku ingat nak buat pantun, tp takde idea la pulak nak mengarang time ni :P So lupakan aje lah...

Saturday, September 19

happy eid!

sekarang ni, aku kat kampung kesayangan, teluk intan! :D

tahun ni,aku akan raya 4 d last time dgn kwn2 kat uitm...agak sedey la...and ala2 syahdu gitu.... bukan ape, ntah lpas ni dpt jmpe diorg lagi ntah tak...and aim utk kumpul duit raya sebanyak mungkin! and utk reply msg2 raya from kwn2...ni dh byk dpt msg raya dr diorg, tp lum reply lagi,coz tgh write blog....sabar ye kwn2 sume!! hehe....

ape2 pun, aku nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri sume! maaf zahir n batin...nnti aku upload gamba2 interfac chess dgn gmba berbuka dgn budak2 persida. baru je dapat dari al b4 cuti hari tu..

:)