Ada siapa-siapa pernah rasa macam mana kena backstab? *Angkat tangan* Best? *geleng* ke menyampah sampai rasa nak hancurkan muka orang yang backstab kita tu? *hangguk laju-laju*

Oh bestnya kalau ada tempat macam ni.
Siap la orang yang pernah backstab aku. Aku balas sejuta kali.
Kalau ada yang pernah rasa kena backstab, baguslah. Itu pengalaman. Susah nak dapat tau. Tak boleh main bayar je sesape yang kita jumpe then suruh dia backstab kita. Like "Eh, aku bayar kau RM 20 kau tolong backstab aku jap. Aku teringin nak rasa," Tapi yang dah pernah kena macam aku ni, watch out. Bukan watch out, anda akan kena lagi. Tapi watch out kepada orang yang pernah backstab anda. Sebab peratusan anda akan balas dendam sangatlah tinggi. *aku la tu*
Time paling hangat kita akan kena backstab? Mestilah time study. Campus life, biasalah kan. Tiru-meniru assignment, Group assignment. Kalau bab meniru assignment, biasanya yang tukang tiru akan cepat-cepat hantar assignment dia dulu, konon dia yang buat dan orang lain yang tiru. Tu kira dah backstab orang yang kasi tiru. Sebab of course lecturer akan bagi markah kurang kepada si peniru (yang hantar lambat akan dianggap peniru) tapi zaman ni ada lagi ke kes macam ni? Ada...*perempuan jawab* lelaki mungkin tak kisah. Diorang lain la because diorang ade 'Brother Code' yang aku sendiri tak pernah tau coret-coretnya langsung.
Kalau bab group assignment, oh ni lagi dasyat backstab dia. Lagi best. Camni, kau dengan kawan satu kelas kena buat group assignment and present. Tapi yang tak bestnya, kau seronok keluar jalan-jalan pergi hoo haa dengan member-member yang lain dan tak amek tahu langsung pasal assignment kau, sedangkan member-member group kau yang lain busy guling-guling tengah buku-buku library untuk siapkan assignment. Dan bila sampai masa untuk present, kau lah yang bercakap paling hebat. Sedangkan yang selesaikan presentation part kau tu member group kau. Lepas tu, bila groupmate kau kena soal, terkial-kial dia nak jawab dan kau langsung tak tolong. Wow. Best kan? Dan kau hanya berdiri je kat situ sambil senyum tak bersalah *lempang*
Jadi, kawan kau pun pergilah buat report kat lecturer lepas settle presentation. Kawan kau cakap, kau tak buat kerja. Part kau pun dia yang buatkan, bla bla bla. Markah kau kena potong, so kau tak puas hati. Macam mana kau tahu pasal markah kau kena potong? Of courselah ada member-member kau yang lain bawak mulut. So kau pun pergi la serang balik kawan-kawan kau yang pergi buat report tu. Kau cakap diorang main tikam belakang la, mulut jahat la, suka kenakan member la. Kau salahkan groupmate kau.
Habes, yang kau buat tu tak salah? So sekarang salah siapa? Kau, atau kawan-kawan yang kau panggil backstabber tu? Haa, jawab jawab.
p/s: 'Kau' dalam kisah di atas bukan aku. Harap maklum.

No comments:
Post a Comment