Okay, sekarang aku berada di tengah-tengah kesibukan yang amat coz ahad ni akan start common test. Yup, common test, test week. Straight sampai selasa. Belum test lagi tapi aku dah rasa terbeban semacam. Penat? Tak payah cakap. Super penat, sampai aku terpaksa tampal Salon Pas kiri kanan bahu aku. Nasib baik mak aku ada bagi stock Salon Pas sebelum balik kolej last week.
![]() |
| suka tengok pemandangan time busy. bagus untuk hilangkan stress. |
Sebenarnya, di tengah-tengah ke'busy'an aku, aku post entry ni khas untuk seorang sahabat nun jauh di Perak. Ceh, jauh ke? sebelah negeri aku je lah. post ni khas aku buat untuk Nazrin yang tengah super stress, super boring, dan super sedih. Semalam dia call aku dan cakap merapu tetiba. Speaking berabuk. Ingatkan mat saleh mana yang salah nombor. Ceh. Rupa-rupanya dia tengah bosan tahap karma.
He desperately needs a motivation. Cepat betul hilang semangat nak blaja. As a friend, aku akan tolong setakat yang mampu. Nak tutor, aku kat Shah Alam. Lain la kalau kat Sri Iskandar lagi, mungkin aku akan 'turun padang' untuk tutor dia untuk subjek yang dia lemah.
TIPS-TIPS.
- Display Result. Pay attention. Bila aku kasi lecture, aku memang garang. Okay? So, first thing yang ko kene buat, tampal semua result ko kat dinding. Yup, tampal SEMUA. Kasi display macam kedai. Susun cantik-cantik ala-ala wallpaper decor.
Highlightokay jangan highlight, nanti rosak result ko, tapi tulis CGPA ko besar-besar dan tampal sebelah setiap slip result. Biar hari-hari ko nampak. Bila ko tengah malas, ko nampak. Bila ko tengah main DOTA, ko nampak, Bila ko tengah bosan, ko nampak jugak. Jadi, percentage untuk motivation tu datang balik untuk study tu tinggi.
- Kedua, Ingat, belajar tak pernah senang. Kalau senang, bukan blaja namanya. Aku dulu pun, bukan pandai mana. Kalau aku pandai, aku dah lama amek medic, bukan accounting. Dulu, kalau ko nak tau, aku pernah tak paham apa yang aku blaja sampai masuk scene nangis. Betul beb. Aku tak tipu. Tanyalah Zani, Lin atau sape-sape yang ingat. Masa sem 1, aku tak tau langsung macam mana nak buat account. Journal entries sume, memang zero. Nil. aku memang tak ada hati dan tak pernah minat account. Masa hari result sem 1 keluar, aku pernah berharap sangat aku kene kick out dari UiTM. Supaya aku ada alasan dapat tukar course engineering. Tapi, Allah Maha Mengetahui kan. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. So, sampai sekarang, ko tengoklah aku ada kat mana. Still berpijak dalam dunia accounting. Result pun, alhamdulillah. Tak lah sehebat mana, tapi cukup untuk sorang manusia yang tak minat account.
![]() |
| masa sekolah dulu aku sangat benci dengan buku account. tapi sekarang, destiny aku adalah accountant. |
- Kenang penat lelah parents. Ni aku selalu buat. Kalau aku rasa malas, atau tak sanggup nak blaja, aku akan kenang apa yang mak aku selalu pesan. Betul, degree dengan diploma memang beza tahap gaban. Diploma sangat enjoy. Life sangat free. Tapi degree? killer! lagi-lagi kat main campus ni, jadi cabaran dia berganda-ganda. Kadang-kadang rasa nak berhenti blaja pun ada. Tapi tak sampai hati bila aku teringat mak aku pertahankan aku bila ayah aku suruh kerja lepas diploma. Mak aku cakap abang kakak aku ada degree, jadi aku pun kena ada degree jugak. Betul. Mak aku sangat banyak back-up aku. Ingat, mak bapak mana yang tak nak tengok anak-anak dia berjaya. Macam mak aku, dia sanggup ulang-alik amek aku kat S.alam walaupun rumah aku dekat je, tak sampai 20 minit. Kalau ikutkan, aku kena berdikari, balik je naik bas. Tapi demi nak tengok anak tu berjaya, dia sanggup drive amek aku.
- Reward diri sendiri. Ni banyak cara ko boleh buat. Contohnya, jangan biasakan diri makan makanan mahal-mahal. Sekali-sekala boleh, tapi jangan selalu. Kalau teringin sangat, aim yang ko akan perform dalam quiz atau test, baru ko makan sedap-sedap. Macam aku, lepas quiz, test atau presentations, biasanya baru aku and kawan-kawan aku akan turun untuk enjoy makan puas-puas. Atau biarlah tak cukup tido masa test week, janji lepas test boleh qada' tido tu balik. Kadang-kadang kalau kita berkorban sikit, pengorbanan yang sikit tu akan rasa sangat berbaloi bila result kita sangat bagus. Kan?
| ni masa lepas SPM. Reward untuk aku ialah pergi UK. Reward untuk adik aku ialah pergi Korea. |
Panjang lebar pulak aku kasi lecture. Tak payah cakap yang aku ni berpotensi jadi lecturer, sebab aku tak pandai nak ajar orang. Ajar Raedi seribu kali pun belum tentu dia paham. Sendiri blaja pun tak paham. Hahahaha....
Okaylah, aku kena sambung study balik, coz lusa dah nak test. Harap Nazrin baca ni, dan dapat semangat untuk score test nanti. All the best untuk semua accounting student UiTM. Jom kita score ramai-ramai.
p/s: untuk AnaKarbana, post kutuk ikhwan tu nanti buat lepas test. Hehe. Study Hard! join kitorang kat S.Alam cepattt.... :) Damn aku rasa pelik panggil Bong 'Nazrin'..hahaha...... :D


3 comments:
hahaha lama gila kau dok pikir sapa nazrin...ruanya ex rumate heheh...ain post utk aku x da....aku pon ngah tintong nih hehe
rndu gile ak kat bong;)
bln dpn ak nk dtg perak..ad hal ckitt..
bole jmpe die kjp..hehe;)
tapa: aku post utk ko lepas test boleh? Hehe...aku x bukak laptop sampai habes test...
Awong: nanti kem salam kat bong ek... :)
Post a Comment