Wednesday, February 23

Ex = Kawan.

Assalamualaikum. Akhirnya aku berjaya mencuri masa untuk menulis satu post setelah beberapa hari masalah datang dan sibuk berganda-ganda. Sepatutnya aku menghadap assignment sekarang, sebab lecturer nak bincang jawapan esok. Tapi, biasalah, satu pun aku tak usik lagi. Bukan malas, tapi aku tak paham, okey!

aku memang rajin tengok news feed kat FB ni.
update status? jarang-jarang. 

Hari tu, masa aku dok scroll news feed kat FB, aku terjumpa ada status kawan aku. Aku tak ingat la siapa punya. Jadi dalam post kali ni, aku nak tulis pasal benda tu. Sebenarnya, benda ni pernah je terjadi kat aku. Tapi aku tak terfikir pulak pasal isu yang datang lepas peristiwa tu terjadi. Secara stereotype, once kita dah break dengan orang tu, kita biasanya akan terfikir dua perkara je. Satu, cari yang lain (bf/gf) sebab kita bajet hot sebab kita memang jenis yang tak boleh survive kalau tak ada pasangan, dan kedua, lupakan apa yang dah jadi dan teruskan hidup macam biasa. Banyak benda yang lain yang kita kena fikir. Asignment, Quiz, Test....banyak la.

Mesti ada di antara korang yang pernah ada boyfren/gurlfren kan? 
Ada yang pernah break-up lepas beberapa tahun couple? 
Apa yang korang rasa the next time korang jumpa ex korang balik?

love trap.
kalau ada panah arjuna menusuk,
hati akan terluka atau jatuh cinta?

Well, yang kat atas tu, yang colour purple tu, semua adalah main point dalam entry kali ni. Aku nak cakap pasal boleh ke bekas pasangan jadi kawan baik? fine, kalau tak pun, sekurang-kurangnya, berkawan balik.

Situasi 1.
Adat orang berpisah, kadang-kadang sebabnya ntahape-hape remeh. Ada yang gaduh bagai nak rak, then terus "Kita clash la macam ni!!" Tapi bukan semua la. Ada je tak masuk pun fasa gaduh-gaduh macam anjing vs. kucing time break-up, tapi tetap berpisah. Dengan cara yang baiklah, of course. Mungkin sebab masing-masing busy, atau sebab parents tak tahu yang korang ada gf/bf. Atau mungkin sebab korang saja-saja couple. Whatever the reason is, mesti orang tu dah dapat tempat kat hati korang kan? Kalau korang cakap tak, memang korang menipu.

Situasi 2.
Korang pun teruskan lah hidup macam biasa. Makan, tido, makan, tido, buang air, buang angin, makan lagi, blaja, exam, cuti bla bla bla. Tetiba, satu hari, tengah korang syok-syok gelak-gelak, gosip-gosip dengan member, atau tengah makan-makan dengan parents kat luar, korang terserempak balik dengan ex korang. Terserempak dalam keadaan yang memang tak dijangka. Kot-kot tengah selekeh serabai. Tak pun tengah gelak-gelak sembur air liur. Tak senonoh sungguh la dan lepas satu jangkamasa yang agak lama. 2 atau 3 tahun, maybe. Nak lagi lama, okay, let say lepas 7 tahun...Haa..amacam? lama tuuu... Apa korang akan buat? Kalau katalah, time tu terserempak kat shopping mall, nak pergi tegur ke? *Lambai-lambai dari jauh* Tak pun, terserempak kat gerai goreng pisang favourite korang dulu-dulu, nak ke cakap "Eh, hai," macam tu je and senyum? Berani ke nak tegur? Aku boleh bet, kemungkinan besar, majoritinya, tak kisah la lelaki or perempuan akan buat-buat tak nampak, seolah-olah tiang elektrik sebelah korang tu lagi lebar dari ex korang,  tak kenal, ataupun buat-buat tengok selipar kat kaki, belek-belek apa je yang ada depan mata walaupun selama ni korang tak pernah minat nak belek-belek etc. Aku mengaku, pernah ada dalam situasi ni.

Situasi 3.
Okay. Fine. Kalau lah kan, apa yang aku cakap tadi tak betul. Korang cakap, " Eh, sape kata aku buat-buat tak nampak? Aku tak lah sekejam tu kot," lalu korang bertegur sapa la balik dan tukar-tukar nombor phone, adakah korang rasa percentage korang akan saling message bertanya khabar tu tinggi? ke simpan je nombor telefon tu buat habuk dalam handset tu? Biasalah, masing-masing nak ego sendiri. Gedik ah! Konon alasan busy, ye ke? Cakap je lah yang sebenarnya korang tak nak langsung ambil langkah untuk berkawan balik, dalam erti kata lain, korang sebenarnya malas nak ambik tahu hal 'ex' lagi. Eh, jap. Apa? Masih ada hati lagi dengan ex? Mesage je lah! Takut-takut pulak. Cakap je 'hai' as a beginning. Tengok dulu ada respon ke tak. Kalau ada respon, proceed! Kalau tak ada, tunggu lagi 2, 3 hari, then message lah balik. 

Situasi 4.
Setakat apa yang aku pernah nampak depan mata aku, ada je 'ex' yang sangat sempoi. Break dengan cara baik, dan lepas tu rileks je boleh lepak-lepak, hang out sama-sama macam best friends. Siap boleh main katuk-katuk kepala lagi. Kan cool macam tu. Walaupun mula-mula ada 'awkward feeling' sikit, tapi boleh overcome maa....perasaan boleh dipupuk. Develop la rasa sayang korang tu untuk ex korang sebagai kawan. 

Aku paling laaaaa......menyampah kalau ada yang kecha gila bila jumpa 'ex'. I mean, sampai benci-membenci bagai. Padahal break dulu bukan sebab yang kritikal. Kecoh je lebih. Kan mengada namanya tu. Baik perempuan, atau lelaki. Sama je bagi aku. Hei, please lah, respect sikit life orang lain. Benda dah lepas tu, tak yah la lu nak kenang-kenang buat dendam. Benda dah jadi, bukannya lu boleh balik ke masa lampau then dump your ex before he dumps you ke apa. Tak salah kan kalau kita maafkan ex kita after what happened dan terima mereka balik as kawan? *mereka? bape ramai ex ni?* Ini tak, jumpa je, buat muka menyampah. Jumpa je, jeling-jeling maut. Macam la ex lu tu ada buat salah. Dia ada bunuh orang ke? 

Situasi 5.
Bagi aku, boleh je kalau nak jadi kawan balik. Kita sendiri tahu menilai. Lagipun, hidup ni setakat mana sangat la nak berdendam atau bermusuh-musuhan, kan? Lagipun kita sesama Islam, tak payah la sampai tak bertegur-sapa. Tak jumpa berapa lama pun, kalau rasa-rasa macam kita cam orang tu, tegur la. Kalau dia tak ingat kita, takyah la segan sampai nak sorok muka bawah kerusi. Control ayu/macho je and cakap la yang kita ingat dia. Well, dia mungkin ingat sebenarnya, tapi, biasalah, malu nak mengaku. Ego lah katakan. Lagipun, takkanlah ex sendiri lu tak kenal, beb? Menipu lagi. 

Hahahaha...aku ni pandai teorinya aje. Nak suruh aku buat praktikal? alamat hampeh la. Kucing berjanggut pun belum tentu aku tegur ex aku dulu. *aku menipu* Aku bukan ego okay, cuma aku rasa diri aku ni tak cukup dikenali. Tak ada orang ingat aku pun. Yelah, siapa je yang ingat orang kecik invisible macam aku ni. Tapi takpelah, sebab aku ni pun kebetulan memang bukan jenis yang ingat orang sangat, melainkan aku memang notice orang tu wujud at the first place. We're square! Sedangkan ada kawan sekolah yang batch sendiri pun aku tak kenal walaupun 5 tahun aku sekolah kat tempat yang sama, inikan pulak nak ingat benda yang dah lepas. Palinglah. Memang masalah memori kan aku ni?


Sekian takat ni je. Sebelum aku merapu entah haper-haper, baik aku stop kan. Takyah la korang nak halau aku suruh offline dan buat assignment, aku memang dah nak off pun ni. Nanti insyaAllah akan ada update lagi minggu depan! :)

Ciao! Ashiteru peeps :)

No comments: