Assalamualaikum.
Yup, aku tau dah lama gilaaaa aku tak menulis. Dan ada yang sangka aku ni cuma hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog. Actually, tulisan aku akan dibekukan buat sementara waktu sebab sekarang ni - aku super busy. Almaklumlah, kerja makan gaji, kena la ikut time majikan, ye tak? mana boleh suka-suka pilih nak kerja hari apa....kalau mintak pun belum tentu dapat.
Aku sangat rindu untuk menaip apa yang aku rasa dengan keypad lappy aku ni. Tapi nak buat macam mana, sekarang ni keutamaan aku ialah menekan-nekan keyboard cash machine dan bukannya keyboard lappy. Pagi pegi kerja, balik dekat tengah malam. Sekarang baru aku tau macam mana hidup sebagai kuli. Selama ni tau pakai teori je, now sekarang adalah part praktikal. Selama ni aku pantang kalau cashier disrespect customer, tapi sekarang aku dah tau kenapa diorang buat macam tu.
Hakikat sebenarnya, aku sangat tension-which menyebabkan aku hilang selera nak makan - which lead to gastric. And a big thanks to Aqwal, collegue kat Parkson sebab teman aku time aku tengah takde mood nak makan. (aku tak tau dia baca ke tak blog ni). Dan despite tak sampai seminggu aku kerja kat Parkson, aku dah rasa nak berhenti. Tapi takpe, 2 bulan je aku stay, lepas tu aku nak blah. Betul-betul punya blah. Tolonglah cepat sikit masa berlalu!
Yang paling sedih, pada dua tarikh penting untuk aku bulan jun ni, aku kena kerja full time. Sebenarnya aku tak harap siapa-siapa ingat tarikh ni, tapi cukuplah kalau pada tarikh ni, aku boleh provide reward untuk diri aku sendiri pada hari yang special ni. At least, bagi aku buat benda yang aku suka. Contohnya - pergi archery ke, main gamne kat arcade ke, boling ke etc. Tapi nak buat macam mana, macam aku cakap tadi, aku kerja jadi kuli je. So I shall zip my mouth shut and just do my work.
Jadi jangan risau, I still have a lonnnggggg way to go. Banyak benda lagi aku nak coret kat blog ni. Tapi buat masa ni, mungkin aku slow sikit update blog. Blog masih wujud, cuma entri sahaja yang akan menjadi sedikit basi. Ok guys?
Ciao!