Okay sekarang aku dalam kelas, killing some time while waiting for the next lecture. Hari ni hari Isnin, so aku memang wonder, does every Monday deserve to be a 'Black Monday'? takkan lah tak ada satu pun yang baik, as if, the starting the week with something good, kan?
![]() |
| hari Isnin, start kelas pagi at 8.30 |
Macam biasa, hari Isnin, tiap-tiap pagi kelas aku mula pukul 8.30. Cuma kalau cancel je memang tido balik la lepas subuh jawabnya. Haha.Alah, typical lah kan?
Okay okay. Routine aku setiap Isnin ialah angkut lappy berat aku tuh pegi klas..Biasalah aku kan Class Rep yang berdedikasi. Credits to Adil jugak sebab tiap2 pagi dia tolong bawak lappy aku pakai motor dia dan petang2 pulak dia bawak sampai kolej. Thanks Adil, banyak pahala kau. Haha. Okay,so hari ni mood Adil tak best coz pagi-pagi terpaksa angkut lappy aku naik tangga sampai level 7. Lif sesak. Nak menunggu memang berjanggut la. Jadi adil pun bukak langkah panjat tangga demi menimba ilmu, dengan lappy aku sekali dia bawakkan...
Pagi-pagi lagi lecturer IBM dah masuk lambat. Ye, aku tau, mungkin korang akan bersorak happy kalau lecturer lambat masuk. Tapi kan..tapi it's UNUSUAL...sebab biasanya Puan Mel akan message aku awal-awal kalau dia lambat. Ye, memang aku risau. Risau if hal last week masih berlanjutan sampai hari ni. Apa jadi last week? Okay macam ni ceritanya:
![]() |
| major presentation-dress to kill punya. |
Jumaat lepas, dapat topic untuk major presentations. Oh, dengan minor presentations jugak la. Puan Mel suruh present on 4th of Mac. Okay, aku terima je. So far aku tak pernah la bantah atau mintak tangguh ke, sebab aku tau kewajipan kita as a student. Kalau lecturer dah cakap macam tu, nak tak nak, terima je. dia suruh kita buat apa pun, selagi betul, kita buatlah. Suka tak suka belakang kira. Sebab nak dapatkan ilmu dari lecturer tu, biarlah ilmu tu diberkati, ye tak? Test pun puan cakap nak buat on 4th jugak, sebab nak bagi selaras dengan lagi 2 group yang dia ajar.
Ada classmates aku, kebetulan ada presentation law on the same date. 4th March. So dia mintak postpone to the following week. Aku nampak muka lecturer berubah. Bukan berubah sikit, tapi memang 'agak' berubah la. Aku cuak. Then dia kata "Okay, I bagi u chance. Tapi, esok mesti submit tajuk untuk major presentations,"
So, sabtu ada kelas ganti. Lepas kelas, aku pun submit lah tajuk untuk group aku. Lagi dua group? I seriously have no idea. Lecturer pulak tak nak amek kertas yang aku hulur selagi semua group tak tulis tajuk kat situ. Aku yang kena marah. Patutnya, masing-masing kena ingatlah. Dah dapat lecturer yang moody macam tu, kena pandai-pandai lah tackle dia. Betul tak? Okay, fine. Aku pun cari la group lain. Satu group dah bagi nama. Lagi satu group, lesap entah kemana. Lecturer dah buat muka lain dah. Last-last dia kasi warning, lambat hantar topic, markah kena potong. Again, aku kena lagi. Ayat dia dah memang FIRE la. Siap cakap yang kitorang ni pijak kepala. Okay.
So, itulah ceritanya. Obviously, benda ni dah berlanjutan sampai hari ni. Aku dah risau. Test jumaat depan. Dahla kitorang mintak postpone ke next next Monday. Lecturer pulak dah macam ni. Habes, ilmu yang dia curahkan (curahkan? What the heck punye ayat. Skema.) pagi tadi, hilang tak keberkatan dia, kalau lecturer dah terasa dengan students? Nak belajar ni, ilmu kena lah berkat. Kan keberkatan ilmu tu terletak di tangan lecturer. Kalau lecturer tu tak redha, memang mimpi jelah nak score subject tu. Aku risau, if sampai hujung sem dia langsung tak bergurau dah dengan kitorang. Kurang senyum macam selalu. Buat muka serious 24/7 sampai hujung sem. Tak best la macam tu. :(
Aku Class Rep, cuma jadi wakil kelas. Untuk apa? Untuk jadi tempat kena marah dengan lecturer ke kalau orang lain yang buat hal? It's just not fair la, kan?
Sekian, tu je yang mampu aku coret hari ni.


No comments:
Post a Comment