Wednesday, July 6

a letter for life.

It's been a longgggggg time since I last updated this blog. Yeah, I have left it for more than a month, and I feel GUILTY! Sorry bloggie, never meant to abandon you or what, but I've been so busy with work and most of the time I've been online using my phone since Anor had been borrowing my lappy for quite sometime. Well, we're still working on her lappy. Hhmm...still can't figure out what actually damaged her lappy.

So, at work, my job was inconsistent. I repeat, inconsistent! at times, it was too crowded and vice versa. So, to kill some time at the counter, I've decided to write a letter to LIFE. Yeah, something that I think suddenly struck in my head since the past few days. Well, I am no extraordinary writer, but this is just a piece of junk from an untalented future accountant. Here it goes...

Dearest Life,
we had been together for years,
honestly, I was so excited back then,
I was so eager to meet you, to get to know you,
I've always wonder, how will you look like?
will you look good? or bad? colourful or miserable?
or perhaps, cheerful?

Then,
After some years,
I finally realized,
that you were not as easy as I imagined,
as I thought.
No, you WASN'T easy.

But, hey life,
I'm not mad at you, alright?
This was just my thoughts,
this is the way I express whatever I felt about you,
in fact, life,
I'm always grateful to have you with me.

Since we've been together,
you have witnessed my fallen era,
you have granted me with happiness,
you gloom together when I'm sad,
you give me strength when I was in pain,
and worse, you saw me getting mad at others and have their asses kicked.

Dear life,
thank you for all the great moments we had together.
I'll cherished the memories forever,
with all the good and bad times we went through together,
I'm glad god have gave me you.
May we live happily ever after, insyaAllah. :)

Sunday, June 5

A long way to go.

Assalamualaikum.
Yup, aku tau dah lama gilaaaa aku tak menulis. Dan ada yang sangka aku ni cuma hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog.  Actually, tulisan aku akan dibekukan buat sementara waktu sebab sekarang ni - aku super busy. Almaklumlah, kerja makan gaji, kena la ikut time majikan, ye tak? mana boleh suka-suka pilih nak kerja hari apa....kalau mintak pun belum tentu dapat.

Aku sangat rindu untuk menaip apa yang aku rasa dengan keypad lappy aku ni. Tapi nak buat macam mana, sekarang ni keutamaan aku ialah menekan-nekan keyboard cash machine dan bukannya keyboard lappy. Pagi pegi kerja, balik dekat tengah malam. Sekarang baru aku tau macam mana hidup sebagai kuli. Selama ni tau pakai teori je, now sekarang adalah part praktikal. Selama ni aku pantang kalau cashier disrespect customer, tapi sekarang aku dah tau kenapa diorang buat macam tu.

Hakikat sebenarnya, aku sangat tension-which menyebabkan aku hilang selera nak makan - which lead to gastric. And a big thanks to Aqwal, collegue kat Parkson sebab teman aku time aku tengah takde mood nak makan. (aku tak tau dia baca ke tak blog ni). Dan despite tak sampai seminggu aku kerja kat Parkson, aku dah rasa nak berhenti. Tapi takpe, 2 bulan je aku stay, lepas tu aku nak blah. Betul-betul punya blah. Tolonglah cepat sikit masa berlalu!

Yang paling sedih, pada dua tarikh penting untuk aku bulan jun ni, aku kena kerja full time. Sebenarnya aku tak harap siapa-siapa ingat tarikh ni, tapi cukuplah kalau pada tarikh ni, aku boleh provide reward untuk diri aku sendiri pada hari yang special ni. At least, bagi aku buat benda yang aku suka. Contohnya - pergi archery ke, main gamne kat arcade ke, boling ke etc. Tapi nak buat macam mana, macam aku cakap tadi, aku kerja jadi kuli je. So I shall zip my mouth shut and just do my work.

Jadi jangan risau, I still have a lonnnggggg way to go. Banyak benda lagi aku nak coret kat blog ni. Tapi buat masa ni, mungkin aku slow sikit update blog. Blog masih wujud, cuma entri sahaja yang akan menjadi sedikit basi. Ok guys?

Ciao!

Friday, May 20

Changing, and changes.

Salam and Greetings peeps.
Alhamdulillah, hari ni, aku masih diberikan rezeki untuk bernafas, untuk terus beribadat, dan untuk membetulkan kesalahan aku. Syukran Ya Rabbi.


Aku betul-betul touching, lepas baca novel Hlovate: Contengan Jalanan. Aku jadi terpukul,jadi terasa dengan jalan cerita novel ni. Aku tak wish nak jot sinopsis novel tu kat sini, sebab aku rasa to those yang nak tahu sangat apa yang best pasal novel ni, aku suggest korang beli dan baca. Worth money buying.

Betul, hati manusia kita tak pegang. Allah yang pegang. Kita tak boleh nak memaksa orang untuk berubah, ikut cara kita. Dan kita jugak tak perlu nak hipokrit untuk ikut cara orang lain sedangkan kita tak ikhlas dengan apa yang kita buat. Walaupun kita nak orang tu berubah ke arah benda yang baik, tapi kita cuma boleh tunjuk jalan, bukan paksa.

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th" 
~ Hlovate's Contengan Jalanan~

Mungkin ada yang pernah dengar, tapi dengar saje-saje. Tak ambik endah langsung. Aku dah try buat research sikit, tapi banyak yang merapu-rapu. So, instead of bagi link kat sini, aku decide untuk tulis pendapat aku pasal quotes ni. 

Pada pendapat aku, quote ni cakap pasal perubahan yang kita boleh buat sementara kita masih hidup. Ke arah kebaikan. Makin lama makin dekat dengan Allah. Tinggalkan apa yang Dia larang. Jaga hubungan sesama makhluk. Kita kena cepat, sebab masa kita kat bumi ni semakin suntuk. Kita tak tahu bila kita akan mati. Maybe hari ni, esok lusa, atau kejap lagi. So, manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya. Jangan sampai satu tahap, kita menyesal. Sementara kita masih bernafas, betulkan apa yang tak betul. Lebih baik kalau kita change on the 10th hour and died on the 11th, kan? 

So, it's all about changing, and changes. Setiap manusia akan berubah, dan manusia memerlukan perubahan. Mana ada manusia yang mampu duduk di takuk yang sama selama-lamanya. Dan tak ada jugak manusia yang suka statik, tanpa perubahan dalam diri. 

Kepada sesiapa yang pernah terasa dengan aku, atas apa yang aku tulis, atau cakap, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku manusia biasa. Belum capai tahap baik habis. (still on the way untuk berubah). Aku mengaku yang kadang-kadang aku act selfish, foolish, and childlish. 

Jadi, sentiasa ingatkan aku untuk bersabar, dan ingatkan aku tentang kematian. Itu yang paling baik. Sebab untuk seorang manusia biasa, termometer iman dia akan sentiasa turun naik. Dan kadang-kadang, kita tak sedar dengan apa yang kita buat, tapi orang lain sedar. Sebab tu, kita kena saling menegur kalau ada yang salah, dan saling menerima teguran, dengan ikhlas. Ikhlas adalah kunci hati. 

InsyaAllah, perubahan yang kekal abadi akan membawa kita ke syurga. =)

Monday, May 9

Menjaga Hati.

Salam to everyone. Tak jawab, berdosa.
Firstly, kalau korang ingat aku nak kopi pes lirik lagu Indon yang popular; Yovie & Nuno - Menjaga Hati kat entri kali ni, korang silappppp. Aku tengah takde mood nak kopi pes okayy. 

Tahu tak kenapa kadang-kadang kita terpaksa menipu? Betul, sebab nak jaga hati orang. Lepas tu, kenapa pulak kita nak jaga hati orang? Betul. Sebab truth hurts. Kebenaran sangat menyakitkan. Agak-agak kalau kita cakap semedang benda yang betul lagi jujur, semua orang boleh terima ke? Karang, disebabkan terlampau jujur, ada pulak yang merajuk, terasa, kan? Contoh la, kalau kawan aku mulut busuk, aku cakap jujur kat dia, "Weh, mulut kau busuk, tau tak?" Agak-agak, apa reaction dia? Padahal aku cakap jujur ni, rasa-rasa dia boleh terima tak? @_@

One actions always lead to another.(Aku selalu ulang-ulang ayat ni). Gara-gara kita nak jaga hati orang, kita terpaksa menipu. Menipu dah satu hal, lepas tu belakang dia kita mengata pulak. Look, aku bukan nak menuduh siapa-siapa kat sini, sebab aku tau aku sendiri pun buat benda yang sama. Ala, normal la manusia, mana ada yang perfect. Kita cakap orang buat jahat macam mana pun, kita pun end up buat benda yang sama jugak kan? At least aku tulis kat blog ni. Orang lain, yang cakap belakang tu? Apa jadah?

Satu je yang aku tak faham. Kenapa kalau kita ada kawan yang cakap lain depan kita sebab nak jaga hati kita, lepas tu kita dapat tahu yang kawan kita tu kutuk kita belakang-belakang, kita terus buat assumption yang kawan kita hipokrit? Kenapa kita tak tanya diri sendiri apa silap kita? Kenapa kita tak cari punca orang menipu semata-mata nak menjaga hati kita? Mungkin sebab kita ni kuat merajuk tak kena tempat kot? atau mungkin jugak sebab kita ni seorang attention-seeker, asyik nak orang bagi attention kat kita sorang je, atau mungkin jugak sebab kita ni terlalu attached dengan kawan kita sampai dia naik rimas kot, tak? Therefore, kawan kita terpaksa menahan nafas berpura-pura depan kita seolah-olah dia menyenangi kita, tapi hakikatnya, dalam hati dia, betapa dia nak lari dari kita jauh-jauh tapi tak boleh. 

Sebab tu penting sangat-sangat jadi independent. Takkan la nak buat semua benda kena ada kawan kot? Kenapa? Kalau takde kawan, kita mati ke? Oh. Kawan ke yang bagi kita makan? Hey, kalau berkawan pun, ada limit lah bhai. Kalau 24/7 asyik nak berkepit dengan kawan mengalahkan orang dating, kawan mana yang tak rimas. Semua orang kalau boleh, nak jugak privacy sendiri. Kalau boleh, kita pun nak jugak berkawan dengan orang lain jugak. Ni balik-balik tengok muka yang sama, boring jugak. Betul tak? Ke tak betul?

Kadang-kadang aku rindu zaman sekolah. Zaman bila kita jumpa kawan cuma kat sekolah, lepas tu balik rumah. Time cuti panjang baru jumpa kawan-kawan yang masuk asrama. Tak payah nak fikir hal nak jaga hati kawan melampau-lampau sangat. Sekarang ni, susah betul. Semua benda yang kita buat nak fikir pasal kawan!

Since paper aku dah habes petang tadi, aku akan balik esok pagi. Well, room mate aku balik malam ni. So esok turn aku pulak meninggalkan kampus ni untuk 4 bulan. 4 bulan aku tak payah susah-susah nak jaga hati siapa-siapa. Duduk rumah diam-diam lepas tu cari kerja, lagi baik. Oh, aku lupa. Kena jaga hati parents kat rumah. Yang tu takpe. They feed me by the way. Bukannya kawan. Kan?

p/s: Jangan samakan cara kita dengan cara kawan. Dan jangan paksa kawan ikut cara kita. Setiap orang tak sama. Tak semestinya kalau kita tak biasa share barang dengan kawan, kita kena ikut rentak kawan yang suka share-share barang. Mak bapak kita ajar macam tu ke? Kalau kita takde duit, buat cara takde duit. Tak payah nak mintak simpati kawan ke ape. Perlu ke kita ikut rentak kawan kita yang kaya dan lifestyle dia sampai kita hilang identiti sendiri? Itu menjaga hati yang melampau namanya. (Bagi aku la). 

Ada yang terasa ke? aku tak tujukan kat siapa-siapa. Terpulang macam mana korang nak menilai. Dah besar. Dah ada akal sendiri kan? Guna la. 

Sunday, May 1

Sedekah.

"Assalamualaikum. Kak, saya dari Sekolah Tahfiz bla bla bla. Saya nak mintak derma dari akak untuk sekolah tahfiz. Akak boleh beli kalendar ni, harga dia RM 10. Tolonglah kak. Beli la, kak," Seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 9 tahun, berkulit gelap dan memakai baju melayu lusuh berwarna hijau datang mendekati ketika aku baru nak melangkah keluar dari Subang Parade. Dia membawa sebuah beg yang berisi beberapa gulung kalendar.

"Assalamualaikum mak cik. Saya dari rumah anak yatim di Kedah. Tolonglah beli kismis ni, mak cik. Derma ikhlas, mak cik," Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 7 tahun, memakai songkok dan baju lusuh datang mendekati aku dan mak aku ketika kami sedang makan di sebuah R&R di Highway Kesas.

Ni situasi yang normal di Malaysia. Aku rasa kita semua tahu, generally, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz telah disuruh oleh guru mereka untuk mintak sedekah. Jual la apa-apa je; kalendar, kismis, penanda buku, asalkan dapat kutip duit. Betul tak? Kadang-kadang aku kesian tengok budak-budak ni. Dah la kecik-kecik lagi kena pergi cari duit dengan jual barang-barang macam ni. Kalau cari duit makan untuk diri sendiri takpe jugak. Ni tak. Cari duit untuk orang lain. Fine, memanglah untuk diorang makan. Tapi, patut ke budak kecik macam tu digunakan oleh orang dewasa, disuruh untuk pergi cari duit?

Pulak tu, bila approach akak-akak atau makcik-pakcik, kena halau. Pergi jual dekat kedai makan, kena halau dengan owner restaurant. Kesian sangat kan? Kadang-kadang tu, bila dia datang dekat kita, kita ada rasa nak sedekah seringgit dua kat budak ni. Niat sedekah sudahlah. Tapi bila dia mintak sedekah dengan fixed price, memang takleh blah la kan. Kalau nak kalendar, harga dia RM 10. Woi apa mahal sangat? Kalendar macam tu biasanya orang dapat free je woi. Last-last kita pun tak jadi nak sedekah. Simpan balik purse.

Tapi....

Ni apa yang mak aku selalu buat. Aku pun tak terfikir pun nak buat macam ni. Bila ada budak macam ni datang dekat kitorang. Tak kira la, time tengan makan ke, time tengah jalan-jalan ke. Mak aku akan beli barang yang dia jual - kalau berpatutan. Contohnya kismis, ataupun ayat-ayat doa. Tapi kalau mahal sangat -contohnya kalendar RM 10 yang kita boleh dapat free, tak, mak aku takkan beli. Tapi dia akan keluarkan seringgit dua, dan bagi kat tangan budak tu.

"Ni mak cik bagi adik duit, untuk beli makan. Mak cik tak ade duit pecah. Ni je duit kecik yang ada. Beli makan, ok?" 
Budak tu mengangguk. Lepas tu dia pun cepat-cepat nak blah. Mak aku tahan. 
"Eh tunggu dulu. Adik ni anak yatim kan?"
Budak tu mengangguk lagi.
"Tadah tangan, mak cik nak suruh adik doakan mak cik,"
Budak tu mengikut je ape yang mak aku suruh. Mak aku suruh la budak tu doakan kesejahteraan kami sekeluarga, doa dipermurahkan rezeki, dan doa supaya dosa-dosa kami diampunkan. Lepas budak tu dah aminkan, baru mak aku lepaskan budak tu pergi. 

Mula-mula aku tak amik port sangat. Tapi kemudian aku terfikir, bijak jugak mak aku. Doa anak yatim kan dimakbulkan Allah. Jadi,  selain dapat pahala sedekah, kita jugak boleh suruh anak yatim tu doakan kita. 2 in 1 kan? memang aku pun tak terfikir pada mulanya. Lama-lama, ada betul jugak apa yang mak aku buat. 

Jadi lepas ni, kalau ada anak yatim yang datang, jangan pulak korang halau dia. Kalau tak mampu nak beli ape yang dia jual, then buat macam mana mak aku buat. Jangan kedekut dengan rezeki yang kita dapat. Sedangkan kalau kucing tengok kita tengah makan pun dan dia pandang, jatuh hukum harus kita bagi kucing tu makan. Apatah lagi manusia. Bagi sedekan duit untuk budak tu makan pun jadilah. Macam mak aku, siap sedekah kuih lagi untuk budak tu alas perut. Patutlah rezeki mak aku sentiasa ada walaupun dia tak kerja. Bukankah tangan yang memberi tu lagi baik dari yang menerima? 

InsyaAllah, aku pun akan buat macam ni jugak.  =)