
Jangan la salah paham bila aku cakap pasal dulu-dulu. ni bukan kisah cite itam putih macam yang korang tengok kat tv ke wayang kulit ke. Cuma tibe-tibe ntah kenapa, hujan takde ribut pun takde kemarau lagi la takde, aku teringat zaman kecik-kecik dulu.
(mungkin ade yang tanye balik, penah ke aku besar dari dulu. haha. dah aku memang naturenya macam ni. kecik chumel molek bagai. haha..)
...Maksud aku zaman sekolah la..teringat balik kawan-kawan yang pernah datang dalam hidup aku sekali, lepas tu blah camtu je. Aku sangat menghargai diorang dan sayang diorg sangat (x 1000).
...Mungkin ade plak yang tertanye-tanye, diorang? sapekah 'diorang' tu? mungkin ade yang tahu, tapi lupe sekejap. Aku pun taknak sebut kenang2 lagik name diorang. Cume aku nak cakap kat sini yang aku sangat sedih diorang pergi dari hidup aku. yup, sangat sedih. Kalau jumpa sekarang pun, belum tentu lagi diorang nih akan tegur aku balik. takpelah. aku sedar diri. aku kan invisible. orang tak nampak, tak kenal, tak ingat.
For the time being, aku tak nak lah terlalu rapat dengan sesape sebab nanti, aku tak nak end up dengan hilang camtu je. (Aku tak tujukan ayat ni kat sesape). Tapi, daripada past experiences, kita sendiri boleh blaja. Kalau kita terlampau rapat dengan seseorang, satu mase nanti, kita akan hilang orang tu.
Heh. Dari cara aku cakap macam ade pengalaman je kan? memang ade! mase tu aku sangat sedih+heartbroken dan selalu muram. Kehilangan 'dia' memang effect aku tapi aku cuba control emotions aku. Tak tentu hala, tapi cuba jugak. Paksa diri. Sebab aku paling tak suka nampak lemah depan orang lain. Aku tak suke share dengan orang lain. Prob aku, biar aku sendiri yang tanggung, bukan orang lain.
So, post ni aku tujukan untuk orang-orang tu.
Sebagai tanda ingatan saya kat awak.Saya tau awak tak bace blog ni. Mungkin awak tak ingat pun yang saya wujud. Tapi ape pun, thanks for stepping into my life once. InsyaAllah kalau ade jodoh, kita jumpa lagi. Saya tak mengharap lebih, tapi cuma harap yang kita boleh jadi kawan sampai bila-bila.
Sekian. Keje FAR430 sedang menunggu...
2 comments:
ha utk aku lar nih..aku mmg x baca blog ko...!!
hope ko ilang terus ye...hehe...
Post a Comment