Saturday, November 26

Comeback.

Seriously, mengabaikan blog ni selama berbulan-bulan lamanya tak pernah langsung termasuk dalam to-do list aku sepanjang semester. Hmm. Tapi memandangkan semester ni aku berulang alik dari rumah di Subang-UiTM, so aku dah boleh expect yang blog aku ni bakal terabai. Untuk tidak menganak-tirikan blog aku ni, aku decide untuk membuat satu comeback sempena Awal Muharam ni.

Aku tak tahulah kenapa ramai orang ingat aku ni hati kering. Ada je orang tanya, "hai awak ni tak berpunye lagi ke? Bilanya nak berpunya ni? Orang lain sume dok cakap pasal kahwen, awak dok cakap pasal kerjaya semedang," Okay, tipulah kalau aku cakap aku tak terasa hati bila ada orang perli-perli aku dengan ayat macam ni kan. Paling-paling pun, aku buat muka selamba badak takde perasaan. Kadang-kadang rasa nak menghentak kepala orang yang cakap camtu ke dinding. 

Salah ke kalau aku lebih utamakan kerjaya berbanding cinta? Tak semestinya orang yang sibuk nak berkerjaya dulu tak teringin langsung nak bercinta lepas tu get married. Termasuklah aku. Tapi aku bukan that desperate, sampai tahap beria-ria nak cari calon laki. In fact, aku lagi suka kalau jodoh tu datang sendiri. Memanglah kita digalakkan berusaha, tapi janganlah berusaha macam nak menjual diri pulak. Jadi untuk azam tahun baru ni, aku harap aku dapat jodoh yang terbaik dari Allah. Bukanlah nak mengharapkan perfect segala, sebab aku sendiri bukanlah perfect mana. Aku cuma nak orang yang boleh lengkapkan separuh dari kelemahan aku. 

Selain berharap untuk dapat jodoh yang terbaik, aku jugak berharap sempena tahun baru ni perangai aku ni berubah sikit. Lebih ke arah matang, tenang, dan penyabar. Aku mengharapkan diri aku ni lebih menyenangkan hati mak aku, dapat gembirakan lagi hati dia, dan dapat bagi dia kesenangan dari segi material.

Untuk kawan-kawan, aku nak mintak maaf kalau aku ada menyakiti hati siapa-siapa tanpa minta maaf. Aku khilaf, aku sedar tu. Daripada hujung rambut sampai hujung kaki, aku mintak maaf dan harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.Aku akan cuba untuk menjadi kawan terbaik sehabis daya. 

Untuk yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap, aku sangat berharap dapat jumpa atau terserempak dengan kalian lagi, di saat aku dah jadi somebody. Kehadiran kalian, walaupun sekejap, banyak mengajar aku erti hidup walaupun kalian tidak sempat mengenal sisi aku yang satu lagi. Kalianlah punca aku dapat menceritakan pengalaman aku kepada orang lain. Kalianlah pelengkap cerita hidup aku. 

Sekian. 

p/s: jangan lupa baca doa Akhir tahun sebelum maghrib lepastu doa Awal tahun selepas maghrib :) [sumber]


No comments: