Showing posts with label songs. Show all posts
Showing posts with label songs. Show all posts

Friday, March 18

If I Die Young.


Aku tak sihat untuk dua hari ni. Tekak perit dan selesema teruk, tapi belum masuk fasa demam panas. Cuma demam yang biasa. Alhamdulillah, masih belum menjejaskan rutin harian aku untuk pergi balik kelas macam biasa. Dan jangan risau, penyakit ni tak berjangkit melalui blog. ^___^

Ubat baru ditelan. Cough syrup dah selamat masuk kerongkong, dan mata aku ni bila-bila masa sahaja akan selamat belayar memasuki alam lain. Zzzzzz...Tidur.

Sepatutnya sekarang aku tengah mengulangkaji Japanese untuk listening, oral dan reading test esok. Tapi sampai ke saat ini, masih tak berganjak. Buku teks dipegang dan diselak-selak, tapi satu pun tak masuk otak. Mood study, ke manakah kau terbang? *sigh*

Aku cuma nak kongsi lirik satu lagu yang menyentuh hati.