Saturday, February 12

life and plan will never get along.


Merujuk kepada perkara di atas,

okeyyy takde maknenye aku nak start entry dengan surat kiriman rasmi..pergh! aku sangat tak suka tulis surat...

Aku baru lepas breakfast ni..tiada roti canai atau thosai atau nasi lemak dengan teh tarik sebab aku bukannya makan luar...cuma makan kat bilik je. Jadi cuma ade Nescafe instant dan Gardenia Quick Bites.

Sheesh. Rindu la nak breakfast kat luar ngan kawan-kawan.. T.T

gambar kenangan. Lukisan kawan aku untuk aku

Petang semalam, lepas Asar, aku kuar lepak dengan BFF aku mase skolah dulu..tak jauh, dekat McD Section2 tu je..Biasalah, dah jumpe, ape lagi yang kitorang akan buat kalau tak borak pasal life...typical lah kan?

Dulu, mase high school, aku ade 3 orang best friends..jadi termasuk aku ade 4 orang lah kan..aku suke geng aku ni sebab nama kitorang ade rhythm .

Faraain, Amirah, Farahin, Athirah. So aku rase cam kitorang ni ditakdirkan untuk jadi BFF kot. Tapi tu cume name betul kitorang...name panggilan, korang takyah tau la...buat gelak je...tapi sampai sekarang still guna nama panggilan tu..I like! ^_^

Dulu kalau tanya ape cita-cita, sume cakap lain. Aku? oh mestilah cakap nak jadik engineer...Automotive Engineer lah, Civil engineer lah...tapi mesti ade perkataan engineer kat blakang, Farahin suka melukis, jadi dia memang nak kerja yang boleh lukis-lukis lah kan...Amirah dengan Athirah, Okay aku tak ingat...*sorry guysss* =.='

Macam-macam la yang kitorang penah plan dulu.Well, budak-budak, biaselah kalau berangan kan..Masa tu pun belum rase lagi masuk Uni macam mane. Tau cakap nak gempak je jadi itu ini, tapi blaja cam hampeh *aku la tu...* Pernah la jugak dulu plan nak duduk satu rumah la yang same bila dah keje nanti, pakai keta tu, keta ni...so on sume, tapi biaselah, CAKAP JE :)

Sekarang? memang BEZA sangat. Aku boleh la nak cakap yang life kitorang 360 degrees beza dengan ape yang kitorang cakap dulu. Aku amek course yang tak penah wujud dalam wish list aku sepanjang hidup. Aku dulu sangatlah anti-account tapi sekarang? aku dah terjebak dalam course yang paling aku tak suke...

Farahin? Dia amek Law..Well, dia nak amek Graphic tapi mak dia tak bagi. So kalau nak berkat ikutlah cakap parents kan? dan sekarang dia satu Uni dengan aku...Athirah? Dia pun sekarang satu uni dengan aku dan dia amek Actuarial Science. Tapi so far, aku lost contact dengan dia walaupun kitorang satu uni. Ape citer dia sekarang pun aku tak tau dan mak aku pun dah lame tak contact mak dia..(Kitorang dulu penah berjiran...). Amirah pulak? Dialah paling hebat sekali. Blaja overseas di Auckland amek TESL. Tapi sampai sekarang cuma dapat contact kat FB je sebab bila nak jumpa slalu takde rezeki...ade je halangan..

classmates Bachelor in Accountancy

So sekarang aku teruskan hidup dalam course ni. Habeskan degree dan kerja. Jangan fikir banyak. Masa awal sem ni aku penah la tanye mak aku kalau-kalau aku boleh tukar course amek engineering. And jawapannya, heh, korang tau la kan...mestilah TAK!!! ^_^ Untuk pengetahuan korang, aku ade 2 orang sepupu yang amek engineering kat Uni ni...owh sangatttt jelezz diorang rilekss dan tak bz cam account students...

See? sebab tu la aku cakap life and plan will never get along. I mean, kalau ada pun, rarely...Cakaplah berapa kerat orang yang betul-betul pursue ambition dia time kecik kecik dulu? Ke semuanya cume angan-angan + cakap kosong je? Get my point?

Okaylah sebenarnya half of the post ni aku write pagi tadi (and aku save sebagai draft) sebab rushing-rushing bila mak aku call cakap dia dah nak sampai kolej amek aku...ade kenduri kene attend..then lepas kenduri terus pergi rumah uncle aku di Keramat untuk celebrate birthday nenek aku yang patutnya 20 Feb, saje celebrate awal... ^_^

Sekian, untuk entry ni :) Sekarang aku tengah layan cerekarama 'Maafkan Daku'. Sob sob sedih lak :'( adeh.



Friday, February 11

Perempuan sahaja: Habes aku?


wow. SNSD. suka tak??

Baru-baru ni, ade sorang kawan aku yang suka baca blog tapi dia sendiri belum ade blog. Dia suka baca, lepas tu dia tanya aku cam mane nak start blogging. So aku macam happy, sebab akan ade sorang lagi kawan aku jadi blogger. Well, muka aku cam terkejut jugak bila dia cakap dengan aku dia nak jadi blogger. Lepas tu, dia tunjuk kat aku ape yang membuatkan dia nak start ber-blog. Owh. Best rupanya.

Min- kawan aku tu kenalkan kat aku pada satu blog. Agak menarik and sarcastic. Touche'.

Aku memang tertarik kat blog tu...ayat dia, wow, memang rase cam kene je kat batang idung perempuan zaman sekarang. For the first time, aku rase aku paham point-of-view sorang lelaki. *sebab blogger tu lelaki*

Kat blog tu dia memang banyak kutuk perempuan, cakap pasal isu perempuan zaman sekarang, pasal lelaki pun ade. So aku pun tetibe jadi rajen untuk bace hampir semuaaa post dia. Dari yang zaman Tok Kaduk sampaila yang latest. Dan aku terus jadi follower.

Dia banyak mengutuk perempuan gediks terlebih, tapi memang semua yang dia cakap tu, betul. Aku sebagai sorang perempuan pun akui *eh yeke?* Perempuan gediks ade banyak kat dunia ni. All over the worlds, bak kata Bruno Mars; cuma lagu Bruno Mars tu emphasize on perempuan cantik. Dan aku rase Bruno Mars kene tukar sket lirik lagu tu. From 'Beautiful Girls' kepada 'Gediks Girls'

haa, menarik tak idea aku ^_^

okay okay back to business.

Aku 'observer'. Dari zaman sekolah, aku tak banyak cakap ape yang aku rase, tapi aku cuma memerhati. A lot, trust me.

Dari zaman sekolah hingus-hingusan sampailah grad high school *ceh bajet mat salleh la pakai ayat high school* haha...tapi, betul, mungkin ade yang tak perasan, tapi tu la yang aku buat. Sebab tu masa zaman skolah dulu aku tak banyak cakap. Cume dengan orang tertentu je. Bila masuk Uni baru la mulut aku ni terbukak luas nak tegur-tegur orang.

Aku perasan gak kewujudan gadis-gadis seumpama ni, yang Mr. Blogger tu cakap. Tapi kan kan kan, aku cuma nak cakap, kadang-kadang perempuan ni bukan gedik. mungkin lelaki yang selalu salah paham. I mean, boleh beza sape yang gediks artificial dan gediks semulajadi. *owh terms baru kan*

Ade sesetengah girls yang memang sejak azali lagi diorang gedik. Natural-born gediksss. Memang macam tu perangainye. Dan sebab musababnye, environment diorang grow up. Kategori cam ni memang biasenya kita akan terus menyampah at first sight bile tengok. In fact, kaum Hawa sendiri akan menyampah (tapi tak taulah kalau lelaki suka kan) beza pulak dengan perempuan yang gedikssss artificial.

Kategori gediksss tahap artificial ni dia laen sket. Mula mula nampak biase, cool, muka suci lah senang citer. Tapi bile mangsa dikenalpasti, diorang akan mula la transform tetibe jadi gedikss kan sampai kawan-kawan dia sendiri akan cam 'eh eh apahal lak budak ni tetibe gelak takde motif'. haa, memang obvious sangat diorang ni berlakon untuk tarik perhatian orang lain, terutamanya lelaki. Diorang ni boleh la nak dikatakan kurang kasih sayang sebenarnye. Maka diorang nak dapatkan kasih sayang daripada orang lain...

Habes, aku?

Aku sendiri tak tau nak categorize diri aku kat which groupies. Aku gedik ke? Entah, aku tak tahu. Korang judge.

Aku rase aku jadi diri sendiri most of the time *setahu aku la* Aku memang sombong, suka kutuk orang, mulut laser dan macam macam la yang seumpama dengannya. Aku cuma akan banyak cakap dengan orang yang aku kenal je. Kalau aku tak kenal dan tak ingin nak kenal, aku memang akan buat sombong sebab aku sememangnya tak berminat nak bercakap dengan diorang. Mungkin kebanyakkannya lelaki.

Zaman sekolah, aku bolehlaaaa cakap yang aku memang tak ramai kawan lelaki. Termasuk *ex* aku masa skolah, memang boleh dikira ngan jari tangan. (Jari kaki tak campur). Masuk Uni, baru la aku ni jadi open sket untuk berkawan, hang out dengan guys. Gedik ke tu?

Aku tak tahu lagi. =_='

Jadi, para kaum Adam sekalian, jangan judge semua perempuan sebagai gediksss. Kenal dulu. Kadang kadang bila kita dah kenal, baru la kita boleh bezakan perempuan tu kategori mana. Gediksss artificial atau natural-born gedikss...Tapi ade je girls yang tak gediksss kan kan ^_^


Ecehhh back-up kaum sendiri nampak?
Eh, takla.. ni cuma pandangan aku. ^_^


p/s : wow. aku post 2 entry pada hari yang same. Productive ^_^ I like!



motivasi.jangan diskriminasi.

buku dan internet. linked. pulak

Pelik ke title post ni? ah lantak. By the way, aku rase aku dah 'ter'diskriminasikan pelajaran aku.
meng-anak-tiri-kan. sian.

Aku tau lately aku banyak buang mase dengan internet pekejadah ni semua.
Facebook, Twitter, blog sane sini, (game belum lagi) macam dah jadi addicted.

tak, sebenarnye aku dah jadi INTERNET ADDICTS!!!

Aku tak sengaja dah mendiskrimasikan buku-buku law, maf, far, tax yang tebal tebal belaka. Semua aku tolak tepi dan aku letak lappy kat atas meja (tempat special). Sampai terkadang nak tido pun online, dalam kelas, lab, cafe, mane mane la tempat yang ade wireless, sume aku online tambah tambah lagi sejak ade handset gedabak yang dapat wi-fi.

Melampau. Aku tau. =.='

"Tolonglah sedar diri!! exam dah dekat"

Beribu kali aku pesan, motivate kat diri aku tapi nampak macam tak berapa nak berkesan je..
Antara motivasi yang aku try cakap kat diri sendiri supaya aku blaja blaja blaja :
  1. Result last sem teruk. Nak history repeats itself ke? Tak berkesan.
  2. Nak tunggu result test nanti teruk pastu nangis2 nyesal tak sudah baru nak blaja? Still, tak berkesan.
  3. Tengok la kawan2 yang score sentiasa, tak nak jadi macam diorang ke? Nak, tapi...Tak berkesan.

Okayyy aku mengaku aku memang degil, keras kepala macam batu, pemalas bla bla bla...tapi masalahnye aku sendiri tak tau macam mane aku nak handle addictions aku sekarang ni.

Perlu ke aku duduk dalam hutan yang langsung takde elektrik?

atau

Patut ke aku hantar lappy aku balik rumah dan tak payah bawak langsung datang kolej. Handset pulak tuka pakai yang cikai2 dan old school je? *okay tak boleh hidooppppp*

see? Tak boleh hidup aku rasenye kalau takde dua bende penting ni.

Kene ubah. Jadi penyelesaian terbaik, aku mungkin tak akan online mase test week nanti..
Mungin jugak, aku hanya online seminggu sekali. Okay jugak tu.


*Frust la tadi beli Cadbury Black Forest sebab cover baru dia cantikkk gileeee....baru makan sikit, tinggal atas meja setengah jam, semut dah hurunggg..... :'(

sedih sedih.
macam macam jadik semenjak dua menjak ni.
Haish. =_='




Sunday, February 6

aida's reception 5.2.2011



held on the 5th of Feb 2011, at Dewan Dato Hormat, Sunway

this is the guestbook...it's nice... :)





the 'berkat' and it's content...
it has a boiled egg, a cupcake, a yassin booklet, and a 'nikah' button badge.





we wrote in the guestbook :) hopes Aida reads it...



the newlywed couple slicing up their 4-tiers wedding cake...



finally, tadaaaa....
the best pic of the day :)

from left: Faten, Hani, Ramdan, Aida, Faraain(me) and Izzati
sitting on the steps: Nazira


Sunday, January 30

the most embarassing day!

*malunyaaaaaa*

haha...okeh, kali ni entry ni aku tujukan khas utk my daddy. yes, my dad, my father. otosan.

for the first time in my life, my dad salah masuk kenduri. how awful is that?? OH MY GOSH.

okay, this is how the story goes..

at 12 in the noon, my dad is suppose to attend a wedding. Practically, I'm not sure who's wedding. kalau tak silap, ade sorang manager felda punye anak kawen. sort of la...okeh. so, suppose wedding tu kat area Wisma Felda, yang kat Jalan Gurney KL tu la kan..

and kebetulan pulak, ada 3 wedding kat area Wisma Felda tu. Satu kat Dewan Merak Kayangan (ye ke? tak ingat lah), satu lagi kat Dewan Perdana Felda, and satu lagi kat tempat ala2 outdoor restaurant camtuh..

My dad langsung,*diulangi* langsung tak bawak invitation card. Maka nya, dia langsung tak ingat wedding tu kat dewan yang mane satu...so, dengan confident ala2 panglima, dia pun laju je drive belok masuk kat wedding yang kat Dewan Merak Kayangan tu...dan kami bertiga (my dad, mum and me) pun menapak laju dengan muka kelaparan masuk dalam dewan tu...

Elok je sampai depan pintu dewan yang exclusive tu, siap dah salam2 dengan tuan rumah semua, amek doorgift sorang satu, laju je kami melangkah masuk..and tercengang2 sekejap sebab my dad tak kenal anyone pun...langsung!

Me and my mum dah mencari2 tempat untuk melepak siap tuan rumah dah jemput ambik lauk dah ni "jemput la terus ambik makanan ye" ramah je tuan rumah tu pelawa kitorang. Tak pulak tanya kitorang ni kawan sape ke...memang takde..

Nak dijadikan cerita, aku dengan my mum plak dok busy mengusha keliling..."ishk3 grand betul wedding ni ye mak..bla bla bla...." aku bergosip dengan mak aku...tetibe E5 kesayanganku dalam handbag dok ringing...aku pun keluarkan la handset and cam pelik jap. sebab kat phone tuh tulis "Daddy..."

aku pun dok tengok la keliling mencari2 ayah aku. "Ishk asal sampai nak call2 pulak nih"
Rupa2 nya ayah aku suruh kuar dari dewan tu. And aku dengan mak aku pun cepat2 la kuar mencari ayah aku, dengan alasan "nak pegi tandas" kat tuan rumah tu...ishk3...

Sampai kat luar dewan je, aku dengan mak tercari2 kelibat daddy...ingatkan kat mane la, rupa2 nya daddy dah selamat masuk dalam keta balik....cessss

Sampai je kat keta, daddy dah tergelak2 sebab dia kata salah masuk kenduri...adeh! Tebalnye muka 1000 inci rasenye! memang ade rase macam nak pakai paper bag! =_='

Pusing punya pusing, last2 sampai jugak kat tempat wedding yang betul....*huh, nasib baik*

adeh. ape la.... tak penah la dalam sejarah idup aku selame 21 tahun ni aku salah masuk wedding..tapi kali ni, adeh... buat malu je...haha

jadi aku cakap kat mak aku, next time kalau pegi wedding dengan daddy, jangan duduk selagi daddy tak duduk and makan. Utk langkah keselamatan! hahaha...

dah tu je aku nak cite....daa~ ^_~