Assalamualaikum. Sebetulnya, mood menulis aku tengah tak ada. Tapi aku paksakan diri menulis sebab sekarang ni dah agak 'release' dari beban assignments dan presentations minggu lepas. Alhamdulillah. Selesai dua presentations penting. Tapi agak sedih sebab dua-dua macam tak berjalan lancar. Maklumlah, present serentak pada hari yang sama, dan masa yang terhad. Jadi, nak tak nak kena buat jugak ah, kan?
*Current playlist: Taio Cruz-Dymanite*
Betul, hidup memang simple, tapi dia tak senang. Yang menyusahkan tu cuma dua, sama ada kau sendiri yang menyusahkan hidup kau yang memang dah sedia senang, atau ada bingai yang memang cari pasal menyusahkan hidup kau.
Story:
Minggu lepas, kesabaran aku tercabar. Memang ekstrem ah. Sampai tahap nak lempang anak orang. Macam yang korang baca kat previous post. (aku malas nak link, jadi sila scroll bawah yea). Aku seriously tak tahu what kind of human being I'm dealing with. Nak kata hantu, kaki jejak tanah. Tu yang pasang lagu Dynamite ni. Anggap la aku tengah bom orang tu biar aman sikit dunia ni.
Hati aku cakap 'tanak!, tanak!' tapi mulut aku cakap "Okay puan, boleh," kat lecturer aku. Dan bila aku khabarkan bad news ni kat groupmate aku, semua muka berubah. Tak boleh nak kata apa dah. Sebab kami tahu buruk padahnya kalau cakap 'tak' kat lecturer yang satu ni. Dah ada pengalaman sekali, cukup ah. Malas nak cari pasal lagi. Enough said.
So dalam 'keterpaksaan' aku terpaksa amik satu budak laki nih masuk group aku. Wait, aku bukannya tak suka satu group dengan budak laki, okay. Cuma kalau spesis yang macam ni, yang kau berbuih mulut cakap pasal assignmnet, heck yang dia pulak cakap ke laut. Langsung tak ada kaitan. Ntah-hape yang keluar dari mulut dia, aku pun tak tahu. Boys group lain pun admit dia memang lain sikit. So kalau kau orang kat tempat aku, nak ke terima budak macam tu dalam group?
To make it worse, dia langsung tak contribute. Yeah, dah artikel untuk assignment pun dia langsung tak sentuh, tak baca. Apa yang dia boleh contribute bila kitorang buat discussion? Lepas tu boleh pulak mengadu dekat lecturer yang kitorang tanak dia masuk group kitorang? Sila GTH ok!
Dialog aku:
"Kalau saje-saje je kitorang tanak terima kau, memang patut lah kau nak report pun. Tapi kitorang dah explain bebaik kan nape kitorang tanak amek kau masuk group kitorang, kau mengada gler sampai nak mengadu kat lecturer nape eh?" Tell me siapa yang gedik sekarang?
Kalau ikutkan, memang kitorang kesian dengan mamat ni. Yelah, takde siapa nak amek dia masuk group. Tapi kitorang lagi kesian kat diri sendiri. Dengan kemunculan mamat ni, kitorang terpaksa bawak turun lappy dan buat kerja kat tempat lain, bukan dalam bilik kolej. Terpaksa 'suruh' dia masuk kolej perempuan malam-malam lepas tu lepak kat pondok bawah kolej sambil terpaksa tumpang plug untuk pasang extension dari bilik orang lain. Kan menyusahkan? Kalau dia tak wujud, kitorang boleh buat asignment ni kat bilik je. Tak payah susah-susah.
Dua malam berturut-turut kitorang tido pukul dua pagi. Dia? Alasan banyak. Langsung tak ada effort nak tolong. Boleh pulak suruh kitorang copy paste dari Internet je. Memang BINGAI kan budak ni? Dah tu, langsung tak tanya progress. Biarkan je kitorang terkontang-kanting buat report. Alasan dia, ada presentation untuk subjek lain. Habes yang aku ni kena present untuk law pada hari yang sama, tak busy la pulak eh? Jadi sekarang dia sorang je yang busy, dan orang lain semua free untuk buatkan kerja untuk dia, macam tu?
Bila hari nak present, lab pulak ada orang pakai. Aku dah masuk tahap gorilla dan kelam-kabut Adil, Min dan Alina cari klas lain. Dia? Melenggang datang depan lab dan baru nak tanya aku apa yang dia patut present. [WTH ?????]
To tell the truth, aku dah cakap kat dia apa yang dia kena present. Aku belum nyanyuk lagi. Dan dia dah cakap yang dia akan cari kat Internet. Dan dia salahkan aku sebab tak sms dia malam sebelum tu untuk bagitau dia apa yang dia kena present. Masa tu aku dah rasa nak tukar jadi naga and bakar dia sampai rentung. Aku memang marah gila time tu. Super Hot and Super Marah. For God's Sake, aku ni mak dia ke sampai nak cakap apa time present pun aku kena bagitau? Umur dia baru 12 tahun ke? I wonder how come orang macam ni boleh masuk universiti...
 |
| Ah, naga ni apa kelas.... |
 |
haa, ni baru betul. Amek kau, hangus kena dengan aku!
|
Dah la dengan situasi yang memang tak best sepanjang dia masuk group kitorang. Bertambah lagi teruk bila aku cakap terlampau laju time present sebab aku dah penat dari pagi. Dah la ada presentation, kena panjat bukit pegi menara lagi. Kelas kena lobi dengan orang lain. Berpeluh tunggu lif lagi. Install font dalam PC lagi. Dia pulak main sedap je terjah present. Padahal aku tak bagi isyarat lagi suruh dia masuk. Habis semua queue lari. Kelam-kabut Nisa yang jaga queue slide, sampai tak tahu nak kena tekan yang mana satu. Dah la dia main terjah, present ikut sedap mulut je. Muka lecturer tak payah cakap la, memang dah berubah habes. Tapi disebabkan lecturer tahu kemampuan dia takat mana, lecturer tak marah kitorang walaupun presentation kitorang secara rasminya dah hancussss. Thanks to him. A lot.
Jadi lepas present, we felt sooo bad! Lagi-lagi bila group lepas kitorang present dengan baik sampai lecturer boleh siap-siap gelak lagi. WTH la kan!!! Kitorang present first dulu sebab dia kena keluar awal untuk pegi kelas Maths. Last-last dia tak pegi pun kelas Maths. Macam bingai kan? Kalau kitorang tahu dia tak pegi kelas Maths tu, tak payah kitorang present dulu. ARGGGGHHHH!!!
Jadi, lepas kelas, kitorang pakat nak report kat lecturer. Sebab it is very unfair la bila kitorang terpaksa terima dia masuk group kitorang, sedangkan group lain senang-senang dengan presentations sendiri. In fact, boleh prepare lagi lama dari kitorang. Kitorang? dah la obviously unprepared cam harammmm. Memang disaster ah satu hari! Dengan tak cukup tido dan badan lesu, what's more to asked.
Alhamdulillah, lecturer faham. Jadi, untuk major presentations nanti, dia akan present sendiri. Dan kitorang boleh proceed dengan rasa senang hati. Thanks Puan. :)
Moral of the story: Kalau benda tu melibatkan markah kau, jangan main angguk terima je cadangan orang lain. Stand for yourself. Jadi kejam kalau perlu.
Nota kaki:
Sekian story aku untuk hari ni. Ini kisah benar, bukan rekaan semata.