Friday, September 13

Between work and study.

In dilemma.






Sometimes di tengah perjalanan hidup ni, once in a while ada Syaitan yang membisikkan was-was dalam hati kita. It made me keep on thinking, "did I made the right choice?" atau "should I have gone for the other choice/option when I had it?". Sigh. Susah betul nak hilangkan rasa was-was tu. Sampai kadang-kadang rasa nak bleach the voices, tak nak dengar apa-apa lagi dah!


My dilemma was should I work or study, or do both? Can I do both, really?


It's the pressure of studying and working at the same time yang banyak buat aku rasa macam ni. Sampai satu tahap, I knew that I was the kind of person yang tak boleh buat dua, tiga benda at the same time. It pressured me a lot. But I've signed the contract, thus I'm bonded for another six years. Dah tak boleh nak patah balik dah.


Need to keep it going. No matter what. Semoga kuat. Gambatte Faraain!!




Tuesday, September 10

Letting go of the past to live the present.

Salam to all,


Memang dah bertahun tak menulis. Rasa awkward sikit nak menaip. Ada jugak sekali-sekala tu dah log in account blog tapi tak tulis apa-apa sebab tak tahu nak tulis apa. Plus, last year sibuk dengan studies dan tanam anggur. Heh. Busy la sangat kan. Padahal dalam satu semester boleh habis marathon 'How I Met Your Mother' 9 season. Terus jadi addicted dengan cerita tu. I LOVEEEEEE TED MOSBYYY *tetibe*


Alhamdulillah. Degree dah settle. Kerja dah dapat. Konvo pun dah. Kelas ACCA part-time pun dah mula. InsyaAllah December ni aku bakal ranap nak mengejar deadline final closing dengan exam P1 lagi kan.


Soooo,

many things happened. In a year, banyakkk sangat benda jadi. Sampai tak cukup nafas nak bernafas nak sebut satu-satu.


One thing for sure, I'm getting older. and I grew up. Hidup pun rasanya dah nampak apa tujuannya. In fact, dah nampak hala tuju 10 akan datang, at least. Sebab dah amek ACCA ni kan, so sah-sah la nak perabis ACCA part-time pun dah 3 tahun (itupun kalau lulus semua First Sitting). Lepas tu cadangnya nak sambung masters. Cadang je la. Buat belum tentu lagi.


So today,
macam biasa, lepas breakfast dengan collegue, masuk office dan start surf internet. Tangan gatal pergi bukak google lepastu taip satu nama random. Hmm, hasilnya menghampakan.


Dapat tau satu watak dalam "Babe, I'm Happy When You Are" dah kahwin last weekend. Bertunangnya last year. Dapat tau pun sebab terjumpa video engagement dia. Cantik wife dia. Tahniah awak. Semoga berbahagia sampai akhir hayat. Dapat anak comel-comel (sebab awak handsome, wife awak pulak cantik sangat). *Sembam muka dekat bantal*


Well, life need to goes on. Dia dah ada life sendiri. Dah berkeluarga pun, in fact. Hmmm jadi nak tak nak aku kena let go things that have happened in the past. Padan muka. Siapa suruh tak confess.Sekarang satu calon suami dah kena scratch off the list. (Wehhh aku mana list calon). Err......

Bahahahaha *Gelak jahat sambil tunding jari dekat diri sendiri*


Takpelah, jodoh dia dah sampai. Jodoh aku, biarlah Allah yang tentukan. Pasal masa depan ni tak boleh nak letak harapan sangat. Nanti diri sendiri yang kuciwaaa lepastu nangis tak berlagu. Hahahahahahaa


Life goes on. Banyak lagi benda yang aku kena fikir. Hutang PTPTN pun belum mula bayar lagi. Naya aku kalau PTPTN blacklist aku. Kang tak pasal-pasal tak boleh apply loan nak beli kereta. Tu lagi penting kena fikir. Hmmm..


Tu je nak update setakat ni. Kalau free, aku update lah lagi blog ni. Nak jugak sekali-sekala menulis ni. Boleh test bakat (?) hehehe.





Sunday, October 28

"Babe, I'm happy when you are!" Part 4.

Sambungan dari sini.

Aku sangat pasti bukan aku seorang sahaja yang bengang dengan kelewatan penerbangan kami selama hampir dua jam, semata-mata kerana perlawanan kriket. Sungguh, aku berasa seperti 'hari ini dalam sejarah'. Tak pernah aku terfikir yang dalam dunia ni, boleh pulak ada flight delay semata-mata kerana KRIKET! Tension sungguh.

3 jam penerbangan, kami selamat mendarat di KLIA. Betapa hatiku bersorak sebaik pesawat selamat mendarat. Walaupun smooth landing yang kuharapkan tidak menjadi kenyataan, tapi itu tidak penting. Yang pastinya, aku rindukan Malaysia. Baru dua minggu tidak menjejak Tanah Melayu, aku sudah rindukan aroma nasi lemak dan terbayang-bayang roti canai yang panas berasap. Benarlah, walaupun hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri!

Sebaik selesai urusan kastam dan mengambil beg, kami disambut oleh ayahku dan beberapa orang adik-beradik emak. Faham dengan keletihan yang kami alami sepanjang penerbangan, kami berpecah di tempat letak kereta di KLIA. Masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Datuk dan nenek saudaraku telah dijemput oleh anak-anak mereka, yakni sepupu-sepupu ibuku. "Seronok pergi buat umrah?" tanya salah seorang dari mereka, aku cuma tersenyum dan mengangguk.

Ayah dan abangku serta keluarganya mencadangkan kami singgah di kawasan rehat Dengkil untuk makan. Waktu pada ketika itu sudah lewat tengahari. Jadi, kami mengambil keputusan untuk makan makanan yang tidak terlalu berat dan keputusannya - Sate. Alhamdulillah.

Sementara kami menunggu pesanan sate sampai, kami berbual-bual kosong. Dan aku sedikit tergamam, apabila aku ternampak abang ipar H yang juga turut serta dalam rombongan kami, melewati tempat kami sekeluarga duduk. Ayahku menegurnya, dan dia membalas ramah. Spontan, mataku melihat ke arah dari mana abang ipar H datang tadi. Kalau abang ipar H ada di sini, bermakna sudah tentu H juga ada. Mereka kan datang sekeluarga!

Aku akhirnya ternampak H yang melewati jalan lain menuju ke keretanya. Aku mencebik, terasa sedikit hampa kerana H tidak melewati tempat dudukku. Semenjak dia mendapat nombor telefonku di lapangan terbang Dhaka, kami masih belum sempat saling menegur. Namun, aku cuba untuk tidak menampakkan kehampaanku, sebaliknya sedaya-upaya aku mencuba untuk act cool di depan ahli keluargaku yang lain, terutama sekali adikku, kerana dia amat mengenali H. Oleh itu, aku hanya berpura-pura seperti tidak kisah dan terus menikmati sate yang terhidang di depan mata.

Sebaik sampai di rumah, aku terus berbaring di sofa. It feels so good to be home! Jeritku dalam hati. Nikmatnya sofa, fikirku. Aku termenung menghadap siling. Belum sempat aku berangan jauh, telefon bimbitku berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Emak sudah memandangku pelik. Pelik kerana belum sampai sehari aku menjejakkan kaki ke Malaysia, telefon bimbit sudah berbunyi. Siapa pulak yang menghubungiku, tanyanya. Aku cuma menjawab bahawa kawan sekolahku yang mesej. Pada hakikatnya, aku terkejut dan terkaku membaca mesej yang baru sahaja masuk ke dalam inboxku tadi.

"Salam, this is my number....- H. Hope we can be friends, can we? Kirim salam kat family! Assalamualaikum."

 Aku tak terkata apa!

Saturday, October 27

"Babe, I'm happy when you are!" Part 3.

Kesinambungan dari cerpen sebelumnya. Hampir setahun tertangguh. Sorry :P

Setelah pulang dari bershopping bersama ahli keluargaku, aku terus menaiki lif dan naik ke bilik hotel. H yang masih duduk di sofa di lobi hotel, tidak kutegur. Sebenarnya, di dalam hati, aku agak terkilan. Namun kubiarkan sahaja dan aku membuat keputusan untuk masuk tidur lebih awal pada malam itu, kerana pagi esok kami harus mengejar penerbangan pulang ke Malaysia. Yang pastinya, cuma satu perkataan yang berlegar di mindaku ketika itu, RUMAH!

Pada keesokan harinya, aku menjadi orang yang paling bersemangat. Aku bangun paling awal dan bersiap paling awal. Seperti ketika berada di Mekah, aku juga yang mengambil tugas membawa beg-beg ahli keluargaku yang lain turun ke lobi hotel. Aku berulang-alik dua tiga kali untuk membawa kesemua beg-beg kami. Ketika aku turun bersama beg yang terakhir, H sudah berada di lobi. Kehadirannya bagaikan suatu aura. Setiap kali dia dan aku berada di ruang yang sama, mataku pasti dapat menangkap kelibat dia. Aneh, tapi perasaan itu aku abaikan. Mungkin kerana fizikal H yang tinggi membuatkan kehadirannya disedari semua orang, anggapku. Ya, H memang sangat tinggi orangnya.

Setibanya kami di lapangan terbang Dhaka, rombongan kami segera menyelesaikan segala urusan check-in. Suasana sesak di lapangan terbang pada ketika itu sedikit pun tidak dapat mengurangkan keceriaan di wajah kami. Masing-masing seperti sudah tidak sabar untuk kembali ke tanah air. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan Allah s.w.t dan urusan rombongan selesai dengan cepat, tanpa sebarang masalah. Kami kemudian menunggu di Waiting Lounge, kerana Boarding Gate belum dibuka. Ustaz yang mengetuai rombongan berpesan kepada kami supaya tidak berpecah, kerana dikhuatiri ada yang hilang atau terlepas penerbangan. Almaklumlah, dengan keadaan yang sesak di situ dengan warga tempatan, macam-macam boleh terjadi. Mendengar pengumuman itu, aku mengambil keputusan untuk duduk di sebuah kerusi berdekatan, tidak jauh dari ahli keluargaku yang lain. Aku duduk seorang diri sambil membuang pandang ke arah kapal terbang. Aku melihat pesawat kami sudah disambungkan dengan waiting lounge, dan aku berdoa supaya penerbangan kami tepat pada masanya.

Aku silap. Lebih sejam sudah berlalu, dan kami masih di lounge, menunggu kalau-kalau pintu sudah dibuka. Suasana di lounge semakin riuh dengan warga tempatan. Aku semakin bosan. Di kala itu, aku terpandang H. Dia duduk tidak jauh dariku. Adakah dia sudah lama duduk di situ atau aku yang baru perasan kehadirannya? Belum sempat otakku berfikir lebih jauh, H bangun dan berjalan. Aku berharap bahawa aku sedang bermimpi, tapi memang sebenarnya dia sedang berjalan ke arahku!

Aku blur melihat dia berdiri di hadapanku. Sudahlah tinggi, aku pula sedang duduk di kerusi, menyebabkan aku terpaksa mendongak melihatnya. Tanpa mukadimah, dia terus menyoalku "Awak sekolah dekat #$&*% kan? Kenal tak mana-mana senior Form 6?" Ceh, ingatkan apa yang penting sangat dia nak tanya. "Kenal la jugak, tapi tak semua. Kenapa?" Aku menjawab. "Kenal tak ********** ?" Aku berfikir sesaat. "Macam pernah dengar nama tu, tapi kalau tengok rupa, boleh cam la kot," Jawabku yakin. H mengangguk. Kemudian, dia melihat keliling. Aku sudah memandang pelik. H mengeluarkan telefon bimbit dari kocek jubahnya. Dia memandangku. "Boleh tak nak mintak nombor telefon?" tanyanya. Aku terdiam, tidak menjangka yang dia akan meminta nombor telefonku. Sambil itu, otakku ligat memikir, untuk apa ya dia meminta nomborku?

"Err, kalau tak boleh, tak apalah," katanya sebelum sempat aku memberi respon.
"Emm, bolehlah," putusku spontan, dan aku terus menyebut nomborku satu persatu.
"Thanks," dan dia terus pergi.

Setelah dia melangkah, aku masih memikir apakah keperluan dia untuk menyimpan nombor telefonku? Adakah dia mahu kami terus berhubung setelah masing-masing pulang ke Malaysia nanti? Aku juga semakin resah. Sudah berjuta kali rasanya aku menilik jam dinding yang tergantung di Boarding Gate. Serasanya sudah lebih dua jam kami menunggu, tapi masih belum dipanggil untuk menaiki pesawat. Masalah pesawat lagi ke?

Tidak lama kemudian, kami mendengar sorakan bergema di suatu sudut. Aku berpaling untuk melihat apa yang terjadi. Terpapar di skrin besar, keputusan perlawanan kriket di antara Bangladesh dengan Australia. Oh, Bangladesh menang? Itu saja yang bermain di mindaku. Ketika pandanganku masih tertancap pada kelompok orang tempatan yang bersorak, aku melihat dua orang yang memakai uniform seperti juruterbang bangun dan melangkah ke arah Boarding Gate. Aku terlopong. Tidak, sebenarnya bukan aku seorang, tapi aku yakin pasti semua ahli rombongan kami terlopong! Penerbangan ditunda cuma kerana perlawanan kriket? Arghhhh!!!

Monday, October 15

The first in line.

Okay it's official!!! The line of cousins (The cousins whom age ranges from 17 to 23 I always refer to) yang berderet-deret dah kena breach. Why? Sebab the first cousin dah kawen! *eksaited* She's 23, which is a year older than me. Personally, I think it is a bit early for her to get married, considering she's only been working for more or less a year and again, I'm emphasizing that she's 23 years old. Fine, it is unfair for me to said that. She has her own reasons and she's matured enough to handle her own family. Seriously if it was me, I would say that the most suitable time to build your own family is when you have reach the age of 27, where both the man and woman already had a stable life. Besides, kena la bagi Le Parents merasa our effort and this is the only time we could buy them whatever things that they want, ye dak?

me and cousin Nabila while we're waiting for the others to come..

Cik wan, Cousin Ammar and Nabila. berpeluh-peluh dah ni tunggu pengantin tak sampai2...


Mom's side. The girls of the siblings.


Cousin Nabila with my mommy and Cousin Sumaiyah.  Mana pengantin niii....

And it was around noon when the Bride and Groom finally arrived. Tadaaaa presenting Cousin Aisyah and her husband - Hafiz. Lama tau tunggu pengantin sampai. Siap lepak dalam masjid lagi sebab nak kipas angin.
...dan saya secara bidan terjun kena bawak bunga telur yang berat.... tu yang sempat snap pic diorg.

the best thing was to get the VIP table. Le menus was awesome

Post-makan beradap. 

Selamat Pengantin Baru Keksyah. Semoga dirahmati Allah selalu. hewhewhew
For those yang tanya when is my turn, my answer will be "Nampak tak tapak tangan ni?" Hewhewhew.
I've got a lot of things that I need to achieve before thinking of getting married. Nak bagi mak bapak sendiri makan pun belum lepas lagi, ni lagi nak tanggung anak orang lain? Blergh. Berangan je la kan?