Saturday, March 26

"Babe, I'm happy when you are!" Part 1

Cerpen pertama yang aku publish online. Harap korang semua enjoy!




Pukul 4 pagi, aku sudah bersiap-siap untuk ke KLIA. Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki aku dapat menunaikan umrah pada usia yang amat muda. Ayah sudah bersetuju untuk menangung semua kos untuk aku menunaikan umrah sebagai hadiah di atas keputusan cemerlangku di dalam peperiksaan PMR yang lepas. Namun, ayahku tidak dapat turut serta di dalam rombongan. Sebaliknya, aku akan mengerjakan umrah bersama emak, adikku, datuk dan nenek saudara sebelah emak, dan dua orang adik emakku,seorang perempuan bujang manakala seorang lagi adik emak yang aku panggil om (kerana keluarga emak berdarah Indonesia) akan turut membawa isterinya yang ku panggil tanter.







Sebelum subuh, kami telah bersedia menunggu ustaz yang akan mengetuai kumpulan ziarah kami di KLIA. Aku tidak tahu berapa ramai ahli rombongan yang akan menyertai kumpulan ini. Jadi, aku cuma duduk diam-diam dan lebih banyak berbual dengan adikku. Akhirnya ustaz yang kami tunggu tiba. Setelah selesai urusan check-in, kami mengucapkan selamat tinggal kepada ayahku yang telah menghantar kami. Setelah itu, ayahku bergerak pulang tanpa menunggu kami kerana ustaz yang akan mengambil-alih menyelesaikan urusan kami. Setelah solat subuh di lapangan terbang shuttle, ustaz mengarahkan kami untuk menuruti arahannya supaya tidak berpecah. Aku cuma menurut tanpa banyak kata. Maklumlah, kali pertama aku akan menaiki kapal terbang untuk ke luar Malaysia menyebabkan aku cuak, gugup, gementar, gembira dan semua rasa ini bersatu. Sukar kuungkapkan perasaan ini. Bayangan kaabah seolah-olah melambaiku dari jauh.


Saat aku sedang duduk di sebuah kerusi yang disediakan di dalam ruang menunggu sebelum menaiki kapal terbang, aku terpandang akan seseorang. Lelaki. Little did I know that this guy will give a big impact in my life one day. Aku cuma melihat sekilas. Berkulit cerah, agak putih, dan berambut sedikit panjang. Rambut panjang yang tidak seberapa itu diikat. Aku buat-buat tidak peduli dengan lelaki itu dan melemparkan pandangan ke tempat lain. First impression? Jengkel! Nak pergi umrah pun sempat pasang earfon di telinga. Dah tu, rambut panjang lagi. Tak terurus langsung. Hati aku mencemuh. 

Tidak lama selepas itu, dia mula perasan akan kehadiranku di dalam kumpulan kami. Aku? Masih cuba untuk ignore that guy. Tak ada yang penting pun bagiku. Yang sebenarnya, aku tidak suka lelaki berambut panjang. Ya, amat pantang sekali. Jadi aku sematkan dalam otak untuk tidak perlu berkenalan dengan lelaki itu. Malah, kewujudannya memang tidak pernah penting untuk aku notice.Oh ya, untuk memudahkan penceritaan, aku akan namakan dia 'H'.

Suatu hari, ketika kumpulan kami keluar untuk bermiqat, ustaz telah memecahkan kami kepada beberapa kumpulan kecil dan kami kemudiannya menaiki van untuk bermiqat. Kebetulan, H menaiki van yang sama dengan ahli keluargaku. Cuma dia yang terpisah dari ahli keluarganya yang lain. Selesai berniat dan solat sunat, aku keluar dari masjid. Hari yang terik dan membahang membuatkanku malas berlama-lama. Aku mengajak adikku dan pakcikku menaiki van kembali sementara emak dan yang lain-lain bergambar di sekitar kawasan masjid. Apabila aku ingin melangkah menaiki van, H sudah berada di dalam van. Aku teragak-agak untuk memasuki van. Setelah kulihat pakcikku memasuki van berkenaan, barulah aku yakin untuk menaiki van itu juga. Tanpa kusangka, H menegurku. Well, bukanlah hal yang penting pun. Dia cuma tanya umurku. Jawapan aku memang pendek. "Form 4". Dan selepas itu, untuk mengelakkan pertanyaannya menjadi meleret-leret, aku terus bercakap dengan adikku. Sememangnya, aku tidak berminat langsung untuk berbual dengan dia.Tidak ada keperluan disitu.

Dan selepas itu, kami terserempak banyak kali. Di tempat makan, di kedai-kedai depan Masjidil Haram dan sekitarnya. Mungkin betul kata orang tua-tua. Kalau sekali sudah kenal, lagi kerap kita akan terserempak dengan orang itu. Tapi bagi aku, abaikan sahaja. Mungkin cuma kebetulan sahaja. Tapi dalam hati, "Argghhhh! Kat mana-mana je dia ada. Tak ada tempat lain ke dia nak pergi?". Dalam hati sahaja lah. 


Setelah hampir dua minggu, akhirnya kami bakal meninggalkan Tanah Suci. Ketika aku membawa beg turun untuk dikumpulkan di lobi hotel, kerana kami akan pulang pada keesokan harinya, H juga berada disitu. Aku gelisah, kerana mahu atau tidak, aku terpaksa berjalan melintasinya supaya aku dapat meletakkan beg-beg ku di hujung lobi. Ketika itu, aku terperasan seolah-olah dia sedang memandang ke arah beg ku. Tidak lama kemudian, dia berjalan mendekatiku dan menegur lagi. 

"Err, orang Subang Jaya?" H bertanya. Matanya masih tertancap ke arah alamat yang ku tulis pada beg pakaian ku.
Aku mengangguk. "Kenapa?" Dahiku berkerut-kerut. 
"Sekolah mana?" tanya H lagi.
"Sekolah %#*%$^ "
Aku melihat H mengangguk. Dia kelihatan seperti mahu bertanya sesuatu dengan aku. Aku pula memandang ke arah tangga, memberi isyarat bahawa aku perlu naik ke bilik di tingkat atas kerana banyak lagi barang yang perlu dibawa turun. "Oh, tak apalah. " Dan dia terus pergi. Aku bingung tanpa sempat bertanya apa-apa. Dan seperti biasa, aku abaikan. Akhirnya, aku terus melangkah naik ke bilik di tingkat atas.


Apakah yang akan terjadi? Nantikan sambungannya. :)

Bersambung.....

No comments: