Wednesday, March 30

"Babe, I'm happy when you are!" Part 2



Kesinambungan dari cerpen terdahulu.


Pada keesokkan harinya, rombongan kami bertolak pulang ke Malaysia. Penerbangan kami menaiki Biman Airlines akan transit di Dhaka, Bangladesh selama satu malam sebelum kami pulang ke Malaysia. Maklumlah, penerbangan transit tambangnya sedikit murah daripada direct flight. 

Kebetulan, adik ipar emak aku yang bekerja sebagai jurutera di Siemens cawangan Bangladesh telah berjanji akan menunggu kami di hotel. Sebenarnya, ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi, penerbangan kami transit di Dhaka juga. Jadi ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke tempat ini. 


Nauzubillah. Keadaan masyarakat di Dhaka sangat daif. Kami menginsafi diri. Di kiri kanan jalan, rata-rata masyarakat miskin di situ melakukan pekerjaan yang sama - membawa beca. Secara logik, aku berfkir, kalau semua orang bawak beca, siapa yang nak naik? Sepanjang jalan ke hotel, aku memerhatikan H. Dia tetap dengan earphone. Melekat sungguh. Cuma kadang-kadang aku terlihat dia bersembang-sembang dengan om ku. Om pula kelihatan ramah berbual dengan H. Aku pelik melihat keramahan itu. Macam H tu anak saudara om pulak, dan bukannya aku. 

Setibanya kami di hotel, pak cik Lan (adik ipar emak) sudah menanti kami, bersama dengan adik emak (mak cik ku) yang terbang dari Malaysia dua hari sebelum kami tiba di Dhaka. Pak cik Lan menyuruh kami berehat sebentar dan mandi sebelum keluar. Katanya, dia mahu membawa kami berjalan sekitar bandar Dhaka. Aku dan adikku bersemangat, seronok bila perkataan 'berjalan' menyapa telinga kami. Dengan cepat, aku bersiap-siap. Aku masih sempat berebutkan bilik mandi dengan adikku. Selesai mandi dan solat, aku memutuskan untuk meluangkan masa di lobi hotel. Setelah mengkhabarkan kepada ahli keluargaku yang lain, aku turun ke lobi. Seorang diri. 

Pintu lif terbuka. Aku melangkah keluar dari lif dan menapak ke arah dua set sofa di lobi sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Terlampau seronok bila dibawa berjalan. Itulah aku. Namun, aku terpaku apabila sampai di dua set sofa. Err..nak duduk kat single seat sofa yang itu, tapi nampaknya.....H dah duduk kat kerusi tu dulu. 

Tanpa sedar, aku mengeluh kecil. Lalu aku melangkah ke arah single seat sofa yang satu lagi dan duduk. Aku diam. Tak tahu nak buat apa. Pada asalnya aku berhajat ingin menyanyi-nyanyi kecil, tapi memandangkan ada 'makhluk' lain yang memerhatikan, aku batalkan niat. Malu dan segan pulak kalau ada orang. Jadi aku membuat keputusan untuk duduk-duduk sambil menunggu keluargaku yang lain turun. Pak cik Lan pula entah ke mana. Aku jadi tiada teman berbual. 

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi muzik. Sayup-sayup. Ya, macam sebuah lagu. 3 Doors down, Here Without You. Betul. Lagu tu. Aku rasa pelik, mana datang lagu ni kat tengah-tengah lobi ni?

Aku menoleh ke kiri, set sofa di sebelah. Ohh, rupa-rupanya lagu itu datang dari handphone H. Aku suka lagu tu. Jadi aku cuma duduk sambil memasang telinga, melayan lagu dalam diam. Hhmmm....tiba-tiba aku terasa seperti ingin menegurnya. Berbual-bual, tak salah kan? tapi macam mana kalau dia tak layan? Malu woohhhh.

Aku baru berkira-kira ingin bangun menegurnya, apabila bunyi lif berdenting dan pintu lif terbuka. Nampaknya ahli keluarga aku semua pakat turun sama-sama. Semua ada. Lengkap. Pak cik Lan pula tiba-tiba masuk melalui pintu utama hotel dan menggamit kami. "Kereta dah siap," katanya. Hmmm....nampaknya, aku terpaksa batalkan niat untuk menyapa H. Aku pun bangun dan menyertai keluargaku yang sedang berkumpul setempat. Ada yang sedang berbincang-bincang. Aku mengikuti mereka menuju ke arah van yang disewa oleh pak cik Lan. Ketika itu, mataku terpandang ke arah orang yang duduk di set sofa satu lagi. H. Dia cuma memandang. Dan lepas itu, aku terus memandang depan dan cepat-cepat menaiki van.

Setelah puas 'orang-orang tua' dalam keluargaku shopping pinggan mangkuk beberapa set, tanter ku pula sempat menempah sepasang blazer (kerana di Dhaka harganya sangat murah), kami pulang ke hotel. Oleh sebab keletihan yang teramat, aku cepat-cepat menuju ke arah lif. Sepatah yang orang tanya, sepatah yang aku jawab. Dalam mindaku cuma memikirkan katil. Apabila aku melalui lobi untuk menaiki lif, aku sempat menoleh ke arah 'set sofa sebelah' tadi. H masih disitu. Hhmmm...tak apalah, kalau ada rezeki, lain kali sajalah aku tegur dia. 


Ada ke lain kali? Ke nanti menyesal seumur hidup sebab tak sapa dia sebab dah tak jumpa dah? To be continued.... =)


No comments: