- Case 1
Ada orang yang sama dominan macam aku ni, lepas module datang dekat aku. Dia cakap apa yang aku present pasal likes and dislikes of the dominants masa module tu salah. Dia cakap aku ni bukan orang dominant. Eh what the! Aku nasib tak mengamuk naik angin kat situ pulak kan. Meh sini aku cakap, tak ada satu orang yang hanya ada satu attributes. Let say ada 4 major attributes - Dominant, Influence, Compliance and Steadiness. Setiap orang akan berada di tengah-tengah attributes ni, cuma dia akan cenderung ke arah satu attributes over the other one. Macam aku contohnya, aku berada di antara Dominant and Compliance, tapi sifat dominan aku lagi kuat daripada compliance. Honestly,aku ni panas baran, temper tu cepat je naik, lagi, strong desire and a natural-born leader. Dan yang pastinya aku tau diri aku sendiri. Excuse me, kalau aku ni lagi cenderung ke arah compliance, takkan la aku nak menebalkan muka join group Dominant. Dah la serius memanjang, temper pulak tu. Pantang betul aku orang yang tak kenal aku nak judge aku sesuka hati. I know myself better. Just becasue kau kenal nama aku doesn't mean that kau kenal perangai aku macam mana, cara aku buat kerja etc. Actually, aku rasa KAU yang tegur aku tu yang salah masuk group. Kau tu bukannya serius orangnya, kerja sambil lewa, and yet kau boleh cakap aku yang salah masuk group? Aku rasa macam nak belikan kau cermin lepas tu letak depan kau dan cakap "Sila cermin diri sendiri". Boleh?
- Case 2
Haila, ni satu lagi. Tau la kau tu dominant, tapi kalau ye pun kau tu nak tunjuk hebat yang kerja kau tu konon bagus, tak payah la nak kacau kerja orang lain. Ni kerja kau dah settle, lepas tu kau nak cakap non-stop sampai orang lain punya kerja tertangguh. Satu apa pun tak jalan. Lepas tu bila orang tak nak terima idea kau, kau cakap kitorang ni kena open-minded. Eh helo cik kak, meh sini aku bagitau kau. Idea yang kau bagi tu, sumpah sangat lame okay? Kalau setakat interview, masa Semester 4 lagi kitorang dah buat. Siap buat actual interview lagi, tahu? Tanpa skrip and yang paling superb, siap buat debat ala-parlimen. Kau ada? Ni yang aku rasa nak bagi bom sebiji orang macam ni. Buat la something extraordinary cik kak oi. Kau kalau nak cakap kitorang ni tak open-minded, kau tanya dulu orang yang pernah tengok kitorang buat presentation then baru kau judge. Ni belum aku masuk topic video online This-is-our-story yang aku pernah buat dulu. Tengok dulu baru cakap, boleh?
Arghhh baru sebulan masuk sem aku dah pening dengan macam-macam perangai+ragam orang-orang dominant ni. Seriously, aku tak nak duduk dekat dengan orang yang dominant! Aku pun tak hingin nak mengaku yang aku ni dominant, boleh?
Pening dan stress T_______T
No comments:
Post a Comment