Tuesday, February 15

Backstab. Siapa yang salah?


Ada siapa-siapa pernah rasa macam mana kena backstab? *Angkat tangan* Best? *geleng* ke menyampah sampai rasa nak hancurkan muka orang yang backstab kita tu? *hangguk laju-laju*

Oh bestnya kalau ada tempat macam ni.
Siap la orang yang pernah backstab aku. Aku balas sejuta kali.

Kalau ada yang pernah rasa kena backstab, baguslah. Itu pengalaman. Susah nak dapat tau. Tak boleh main bayar je sesape yang kita jumpe then suruh dia backstab kita. Like "Eh, aku bayar kau RM 20 kau tolong backstab aku jap. Aku teringin nak rasa," Tapi yang dah pernah kena macam aku ni, watch out. Bukan watch out, anda akan kena lagi. Tapi watch out kepada orang yang pernah backstab anda. Sebab peratusan anda akan balas dendam sangatlah tinggi. *aku la tu*

Time paling hangat kita akan kena backstab? Mestilah time study. Campus life, biasalah kan. Tiru-meniru assignment, Group assignment. Kalau bab meniru assignment, biasanya yang tukang tiru akan cepat-cepat hantar assignment dia dulu, konon dia yang buat dan orang lain yang tiru. Tu kira dah backstab orang yang kasi tiru. Sebab of course lecturer akan bagi markah kurang kepada si peniru (yang hantar lambat akan dianggap peniru) tapi zaman ni ada lagi ke kes macam ni? Ada...*perempuan jawab* lelaki mungkin tak kisah. Diorang lain la because diorang ade 'Brother Code' yang aku sendiri tak pernah tau coret-coretnya langsung.

Kalau bab group assignment, oh ni lagi dasyat backstab dia. Lagi best. Camni, kau dengan kawan satu kelas kena buat group assignment and present. Tapi yang tak bestnya, kau seronok keluar jalan-jalan pergi hoo haa dengan member-member yang lain dan tak amek tahu langsung pasal assignment kau, sedangkan member-member group kau yang lain busy guling-guling tengah buku-buku library untuk siapkan assignment. Dan bila sampai masa untuk present, kau lah yang bercakap paling hebat. Sedangkan yang selesaikan presentation part kau tu member group kau. Lepas tu, bila groupmate kau kena soal, terkial-kial dia nak jawab dan kau langsung tak tolong. Wow. Best kan? Dan kau hanya berdiri je kat situ sambil senyum tak bersalah *lempang*

Jadi, kawan kau pun pergilah buat report kat lecturer lepas settle presentation. Kawan kau cakap, kau tak buat kerja. Part kau pun dia yang buatkan, bla bla bla. Markah kau kena potong, so kau tak puas hati. Macam mana kau tahu pasal markah kau kena potong? Of courselah ada member-member kau yang lain bawak mulut. So kau pun pergi la serang balik kawan-kawan kau yang pergi buat report tu. Kau cakap diorang main tikam belakang la, mulut jahat la, suka kenakan member la. Kau salahkan groupmate kau.

Habes, yang kau buat tu tak salah? So sekarang salah siapa? Kau, atau kawan-kawan yang kau panggil backstabber tu? Haa, jawab jawab.

p/s: 'Kau' dalam kisah di atas bukan aku. Harap maklum.






Monday, February 14

Antara Valentine's Day dan Maulidur Rasul



Hari ni 14 Feb. Sendiri tau lah kan hari ape?

Tak payah aku nak define, korang sendiri dah tau. Ye ke tau? tapi nape masih ade yang buat jugak? Ade yang cakap diri dah besar, dah dewasa, dan aku yang lagi muda ni tak layak nak nasihatkan korang. Konon dah tau baik buruk. Tapi buat lagi kan? Mungkin ade yang pernah masuk sekolah, masuk universiti, tapi sayangnya tak EDUCATED.


Every year, menjelang Valentine's Day, ade yang celebrate sana sini macam orang dah kahwin. Eh, kahwin memang la dah. Nikah? belum lagi kan? Malam-malam pergi Padang Merdeka konon pergi tengok konsert. Tengok-tengok diri sendiri yang pergi 'buat' konsert. Esok pagi? Pegawai JAWI jumpe beratus-ratus kondom bersepah atas padang. Heh, biaselah tu. Remaja zaman sekarang kan hebat? Suka kejar dosa. Ape susah. Kalau TERBUNTING, buang je anak tu. Lepas tu cukup haribulan, masuk lokap. Time tu baru menyesal tak sudah.


Esok sambutan Maulid Nabi. Tak plan nak pergi masjid ke? Ikut selawat atau join dengar ceramah. Banyak pahala tu...tak nak kejar ke? Heh. kita tengok jelah. Time Valentine's Day bersemangat celebrate. Esok pagi maulid, korang buat ape? berlingkar dalam blanket? bangun-bangun je dah ade dalam hotel? atau apa? sendiri fikirlah!


Tak payah nak cakap kat KL, kat kampus-kampus universiti pun dah belambak. Tambah-tambah lagi esok cuti umum, petang-petang lepas kelas, ape lagi, keluarlah terus pergi overnight. Mak bapak call tanya pergi mana, cakap busy buat assignment, sibuk dengan discussion. Ye ke? Betul lah tu. 'Assignment' dengan couple masing-masing, kan? macam-macam discussion nak kene buat ni. Nak kene discuss bilik hotel mane yang murah, port mane yang selamat dari jabatan agama, macam-macam lagilah. Kan?


Baguslah. Menipu mak bapak je kerjanye. Mak bapak hanta masuk Uni suruh blaja. Siang malam mak bapak dok duduk atas tikar sejadah, doakan kejayaan si anak, doakan permudah anak nak jawab periksa. Si anak? Sibuk bercintan-cintun dengan couple. Sibuk buang-buang kredit bergayut dengan couple. Sibuk jugak buat kerja haram. Takpe, Insya Allah berjaya lah tu nanti. Berjaya kena tangkap basah :)

Aku cakap benda yang betul je. Kalau ade yang terase, maknanye betullah ade yang buat macam tu. Maaf, aku tak tujukan kat sape-sape. Ini general.

Jadi, pilihlah sendiri. Kejar pahala atau dosa? Mati esok lusa pun boleh. :) ntah-ntah kejap lagi tak korang mati?

Sekian,

Saturday, February 12

life and plan will never get along.


Merujuk kepada perkara di atas,

okeyyy takde maknenye aku nak start entry dengan surat kiriman rasmi..pergh! aku sangat tak suka tulis surat...

Aku baru lepas breakfast ni..tiada roti canai atau thosai atau nasi lemak dengan teh tarik sebab aku bukannya makan luar...cuma makan kat bilik je. Jadi cuma ade Nescafe instant dan Gardenia Quick Bites.

Sheesh. Rindu la nak breakfast kat luar ngan kawan-kawan.. T.T

gambar kenangan. Lukisan kawan aku untuk aku

Petang semalam, lepas Asar, aku kuar lepak dengan BFF aku mase skolah dulu..tak jauh, dekat McD Section2 tu je..Biasalah, dah jumpe, ape lagi yang kitorang akan buat kalau tak borak pasal life...typical lah kan?

Dulu, mase high school, aku ade 3 orang best friends..jadi termasuk aku ade 4 orang lah kan..aku suke geng aku ni sebab nama kitorang ade rhythm .

Faraain, Amirah, Farahin, Athirah. So aku rase cam kitorang ni ditakdirkan untuk jadi BFF kot. Tapi tu cume name betul kitorang...name panggilan, korang takyah tau la...buat gelak je...tapi sampai sekarang still guna nama panggilan tu..I like! ^_^

Dulu kalau tanya ape cita-cita, sume cakap lain. Aku? oh mestilah cakap nak jadik engineer...Automotive Engineer lah, Civil engineer lah...tapi mesti ade perkataan engineer kat blakang, Farahin suka melukis, jadi dia memang nak kerja yang boleh lukis-lukis lah kan...Amirah dengan Athirah, Okay aku tak ingat...*sorry guysss* =.='

Macam-macam la yang kitorang penah plan dulu.Well, budak-budak, biaselah kalau berangan kan..Masa tu pun belum rase lagi masuk Uni macam mane. Tau cakap nak gempak je jadi itu ini, tapi blaja cam hampeh *aku la tu...* Pernah la jugak dulu plan nak duduk satu rumah la yang same bila dah keje nanti, pakai keta tu, keta ni...so on sume, tapi biaselah, CAKAP JE :)

Sekarang? memang BEZA sangat. Aku boleh la nak cakap yang life kitorang 360 degrees beza dengan ape yang kitorang cakap dulu. Aku amek course yang tak penah wujud dalam wish list aku sepanjang hidup. Aku dulu sangatlah anti-account tapi sekarang? aku dah terjebak dalam course yang paling aku tak suke...

Farahin? Dia amek Law..Well, dia nak amek Graphic tapi mak dia tak bagi. So kalau nak berkat ikutlah cakap parents kan? dan sekarang dia satu Uni dengan aku...Athirah? Dia pun sekarang satu uni dengan aku dan dia amek Actuarial Science. Tapi so far, aku lost contact dengan dia walaupun kitorang satu uni. Ape citer dia sekarang pun aku tak tau dan mak aku pun dah lame tak contact mak dia..(Kitorang dulu penah berjiran...). Amirah pulak? Dialah paling hebat sekali. Blaja overseas di Auckland amek TESL. Tapi sampai sekarang cuma dapat contact kat FB je sebab bila nak jumpa slalu takde rezeki...ade je halangan..

classmates Bachelor in Accountancy

So sekarang aku teruskan hidup dalam course ni. Habeskan degree dan kerja. Jangan fikir banyak. Masa awal sem ni aku penah la tanye mak aku kalau-kalau aku boleh tukar course amek engineering. And jawapannya, heh, korang tau la kan...mestilah TAK!!! ^_^ Untuk pengetahuan korang, aku ade 2 orang sepupu yang amek engineering kat Uni ni...owh sangatttt jelezz diorang rilekss dan tak bz cam account students...

See? sebab tu la aku cakap life and plan will never get along. I mean, kalau ada pun, rarely...Cakaplah berapa kerat orang yang betul-betul pursue ambition dia time kecik kecik dulu? Ke semuanya cume angan-angan + cakap kosong je? Get my point?

Okaylah sebenarnya half of the post ni aku write pagi tadi (and aku save sebagai draft) sebab rushing-rushing bila mak aku call cakap dia dah nak sampai kolej amek aku...ade kenduri kene attend..then lepas kenduri terus pergi rumah uncle aku di Keramat untuk celebrate birthday nenek aku yang patutnya 20 Feb, saje celebrate awal... ^_^

Sekian, untuk entry ni :) Sekarang aku tengah layan cerekarama 'Maafkan Daku'. Sob sob sedih lak :'( adeh.



Friday, February 11

Perempuan sahaja: Habes aku?


wow. SNSD. suka tak??

Baru-baru ni, ade sorang kawan aku yang suka baca blog tapi dia sendiri belum ade blog. Dia suka baca, lepas tu dia tanya aku cam mane nak start blogging. So aku macam happy, sebab akan ade sorang lagi kawan aku jadi blogger. Well, muka aku cam terkejut jugak bila dia cakap dengan aku dia nak jadi blogger. Lepas tu, dia tunjuk kat aku ape yang membuatkan dia nak start ber-blog. Owh. Best rupanya.

Min- kawan aku tu kenalkan kat aku pada satu blog. Agak menarik and sarcastic. Touche'.

Aku memang tertarik kat blog tu...ayat dia, wow, memang rase cam kene je kat batang idung perempuan zaman sekarang. For the first time, aku rase aku paham point-of-view sorang lelaki. *sebab blogger tu lelaki*

Kat blog tu dia memang banyak kutuk perempuan, cakap pasal isu perempuan zaman sekarang, pasal lelaki pun ade. So aku pun tetibe jadi rajen untuk bace hampir semuaaa post dia. Dari yang zaman Tok Kaduk sampaila yang latest. Dan aku terus jadi follower.

Dia banyak mengutuk perempuan gediks terlebih, tapi memang semua yang dia cakap tu, betul. Aku sebagai sorang perempuan pun akui *eh yeke?* Perempuan gediks ade banyak kat dunia ni. All over the worlds, bak kata Bruno Mars; cuma lagu Bruno Mars tu emphasize on perempuan cantik. Dan aku rase Bruno Mars kene tukar sket lirik lagu tu. From 'Beautiful Girls' kepada 'Gediks Girls'

haa, menarik tak idea aku ^_^

okay okay back to business.

Aku 'observer'. Dari zaman sekolah, aku tak banyak cakap ape yang aku rase, tapi aku cuma memerhati. A lot, trust me.

Dari zaman sekolah hingus-hingusan sampailah grad high school *ceh bajet mat salleh la pakai ayat high school* haha...tapi, betul, mungkin ade yang tak perasan, tapi tu la yang aku buat. Sebab tu masa zaman skolah dulu aku tak banyak cakap. Cume dengan orang tertentu je. Bila masuk Uni baru la mulut aku ni terbukak luas nak tegur-tegur orang.

Aku perasan gak kewujudan gadis-gadis seumpama ni, yang Mr. Blogger tu cakap. Tapi kan kan kan, aku cuma nak cakap, kadang-kadang perempuan ni bukan gedik. mungkin lelaki yang selalu salah paham. I mean, boleh beza sape yang gediks artificial dan gediks semulajadi. *owh terms baru kan*

Ade sesetengah girls yang memang sejak azali lagi diorang gedik. Natural-born gediksss. Memang macam tu perangainye. Dan sebab musababnye, environment diorang grow up. Kategori cam ni memang biasenya kita akan terus menyampah at first sight bile tengok. In fact, kaum Hawa sendiri akan menyampah (tapi tak taulah kalau lelaki suka kan) beza pulak dengan perempuan yang gedikssss artificial.

Kategori gediksss tahap artificial ni dia laen sket. Mula mula nampak biase, cool, muka suci lah senang citer. Tapi bile mangsa dikenalpasti, diorang akan mula la transform tetibe jadi gedikss kan sampai kawan-kawan dia sendiri akan cam 'eh eh apahal lak budak ni tetibe gelak takde motif'. haa, memang obvious sangat diorang ni berlakon untuk tarik perhatian orang lain, terutamanya lelaki. Diorang ni boleh la nak dikatakan kurang kasih sayang sebenarnye. Maka diorang nak dapatkan kasih sayang daripada orang lain...

Habes, aku?

Aku sendiri tak tau nak categorize diri aku kat which groupies. Aku gedik ke? Entah, aku tak tahu. Korang judge.

Aku rase aku jadi diri sendiri most of the time *setahu aku la* Aku memang sombong, suka kutuk orang, mulut laser dan macam macam la yang seumpama dengannya. Aku cuma akan banyak cakap dengan orang yang aku kenal je. Kalau aku tak kenal dan tak ingin nak kenal, aku memang akan buat sombong sebab aku sememangnya tak berminat nak bercakap dengan diorang. Mungkin kebanyakkannya lelaki.

Zaman sekolah, aku bolehlaaaa cakap yang aku memang tak ramai kawan lelaki. Termasuk *ex* aku masa skolah, memang boleh dikira ngan jari tangan. (Jari kaki tak campur). Masuk Uni, baru la aku ni jadi open sket untuk berkawan, hang out dengan guys. Gedik ke tu?

Aku tak tahu lagi. =_='

Jadi, para kaum Adam sekalian, jangan judge semua perempuan sebagai gediksss. Kenal dulu. Kadang kadang bila kita dah kenal, baru la kita boleh bezakan perempuan tu kategori mana. Gediksss artificial atau natural-born gedikss...Tapi ade je girls yang tak gediksss kan kan ^_^


Ecehhh back-up kaum sendiri nampak?
Eh, takla.. ni cuma pandangan aku. ^_^


p/s : wow. aku post 2 entry pada hari yang same. Productive ^_^ I like!



motivasi.jangan diskriminasi.

buku dan internet. linked. pulak

Pelik ke title post ni? ah lantak. By the way, aku rase aku dah 'ter'diskriminasikan pelajaran aku.
meng-anak-tiri-kan. sian.

Aku tau lately aku banyak buang mase dengan internet pekejadah ni semua.
Facebook, Twitter, blog sane sini, (game belum lagi) macam dah jadi addicted.

tak, sebenarnye aku dah jadi INTERNET ADDICTS!!!

Aku tak sengaja dah mendiskrimasikan buku-buku law, maf, far, tax yang tebal tebal belaka. Semua aku tolak tepi dan aku letak lappy kat atas meja (tempat special). Sampai terkadang nak tido pun online, dalam kelas, lab, cafe, mane mane la tempat yang ade wireless, sume aku online tambah tambah lagi sejak ade handset gedabak yang dapat wi-fi.

Melampau. Aku tau. =.='

"Tolonglah sedar diri!! exam dah dekat"

Beribu kali aku pesan, motivate kat diri aku tapi nampak macam tak berapa nak berkesan je..
Antara motivasi yang aku try cakap kat diri sendiri supaya aku blaja blaja blaja :
  1. Result last sem teruk. Nak history repeats itself ke? Tak berkesan.
  2. Nak tunggu result test nanti teruk pastu nangis2 nyesal tak sudah baru nak blaja? Still, tak berkesan.
  3. Tengok la kawan2 yang score sentiasa, tak nak jadi macam diorang ke? Nak, tapi...Tak berkesan.

Okayyy aku mengaku aku memang degil, keras kepala macam batu, pemalas bla bla bla...tapi masalahnye aku sendiri tak tau macam mane aku nak handle addictions aku sekarang ni.

Perlu ke aku duduk dalam hutan yang langsung takde elektrik?

atau

Patut ke aku hantar lappy aku balik rumah dan tak payah bawak langsung datang kolej. Handset pulak tuka pakai yang cikai2 dan old school je? *okay tak boleh hidooppppp*

see? Tak boleh hidup aku rasenye kalau takde dua bende penting ni.

Kene ubah. Jadi penyelesaian terbaik, aku mungkin tak akan online mase test week nanti..
Mungin jugak, aku hanya online seminggu sekali. Okay jugak tu.


*Frust la tadi beli Cadbury Black Forest sebab cover baru dia cantikkk gileeee....baru makan sikit, tinggal atas meja setengah jam, semut dah hurunggg..... :'(

sedih sedih.
macam macam jadik semenjak dua menjak ni.
Haish. =_='