Saturday, March 12

Bila hati kata 'tak nak!'


Assalamualaikum. Sebetulnya, mood menulis aku tengah tak ada. Tapi aku paksakan diri menulis sebab sekarang ni dah agak 'release' dari beban assignments dan presentations minggu lepas. Alhamdulillah. Selesai dua presentations penting. Tapi agak sedih sebab dua-dua macam tak berjalan lancar. Maklumlah, present serentak pada hari yang sama, dan masa yang terhad. Jadi, nak tak nak kena buat jugak ah, kan?

*Current playlist: Taio Cruz-Dymanite*


Betul, hidup memang simple, tapi dia tak senang. Yang menyusahkan tu cuma dua, sama ada kau sendiri yang menyusahkan hidup kau yang memang dah sedia senang, atau ada bingai yang memang cari pasal menyusahkan hidup kau. 


Story:
Minggu lepas, kesabaran aku tercabar. Memang ekstrem ah. Sampai tahap nak lempang anak orang. Macam yang korang baca kat previous post. (aku malas nak link, jadi sila scroll bawah yea). Aku seriously tak tahu what kind of human being I'm dealing with. Nak kata hantu, kaki jejak tanah. Tu yang pasang lagu Dynamite ni. Anggap la aku tengah bom orang tu biar aman sikit dunia ni.


Hati aku cakap 'tanak!, tanak!' tapi mulut aku cakap "Okay puan, boleh," kat lecturer aku. Dan bila aku khabarkan bad news ni kat groupmate aku, semua muka berubah. Tak boleh nak kata apa dah. Sebab kami tahu buruk padahnya kalau cakap 'tak' kat lecturer yang satu ni. Dah ada pengalaman sekali, cukup ah. Malas nak cari pasal lagi. Enough said.


So dalam 'keterpaksaan' aku terpaksa amik satu budak laki nih masuk group aku. Wait, aku bukannya tak suka satu group dengan budak laki, okay. Cuma kalau spesis yang macam ni, yang kau berbuih mulut cakap pasal assignmnet, heck yang dia pulak cakap ke laut. Langsung tak ada kaitan. Ntah-hape yang keluar dari mulut dia, aku pun tak tahu. Boys group lain pun admit dia memang lain sikit. So kalau kau orang kat tempat aku, nak ke terima budak macam tu dalam group? 


To make it worse, dia langsung tak contribute. Yeah, dah artikel untuk assignment pun dia langsung tak sentuh, tak baca. Apa yang dia boleh contribute bila kitorang buat discussion? Lepas tu boleh pulak mengadu dekat lecturer yang kitorang tanak dia masuk group kitorang? Sila GTH ok! 

Dialog aku:
"Kalau saje-saje je kitorang tanak terima kau, memang patut lah kau nak report pun. Tapi kitorang dah explain bebaik kan nape kitorang tanak amek kau masuk group kitorang, kau mengada gler sampai nak mengadu kat lecturer nape eh?" Tell me siapa yang gedik sekarang?


Kalau ikutkan, memang kitorang kesian dengan mamat ni. Yelah, takde siapa nak amek dia masuk group. Tapi kitorang lagi kesian kat diri sendiri. Dengan kemunculan mamat ni, kitorang terpaksa bawak turun lappy dan buat kerja kat tempat lain, bukan dalam bilik kolej. Terpaksa 'suruh' dia masuk kolej perempuan malam-malam lepas tu lepak kat pondok bawah kolej sambil terpaksa tumpang plug untuk pasang extension dari bilik orang lain. Kan menyusahkan? Kalau dia tak wujud, kitorang boleh buat asignment ni kat bilik je. Tak payah susah-susah.


Dua malam berturut-turut kitorang tido pukul dua pagi. Dia? Alasan banyak. Langsung tak ada effort nak tolong. Boleh pulak suruh kitorang copy paste dari Internet je. Memang BINGAI kan budak ni? Dah tu, langsung tak tanya progress. Biarkan je kitorang terkontang-kanting buat report. Alasan dia, ada presentation untuk subjek lain. Habes yang aku ni kena present untuk law pada hari yang sama, tak busy la pulak eh? Jadi sekarang dia sorang je yang busy, dan orang lain semua free untuk buatkan kerja untuk dia, macam tu?


Bila hari nak present, lab pulak ada orang pakai. Aku dah masuk tahap gorilla dan kelam-kabut Adil, Min dan Alina cari klas lain. Dia? Melenggang datang depan lab dan baru nak tanya aku apa yang dia patut present. [WTH ?????]


To tell the truth, aku dah cakap kat dia apa yang dia kena present. Aku belum nyanyuk lagi. Dan dia dah cakap yang dia akan cari kat Internet. Dan dia salahkan aku sebab tak sms dia malam sebelum tu untuk bagitau dia apa yang dia kena present. Masa tu aku dah rasa nak tukar jadi naga and bakar dia sampai rentung. Aku memang marah gila time tu. Super Hot and Super Marah. For God's Sake, aku ni mak dia ke sampai nak cakap apa time present pun aku kena bagitau? Umur dia baru 12 tahun ke? I wonder how come orang macam ni boleh masuk universiti...


Ah, naga ni apa kelas....

haa, ni baru betul. Amek kau, hangus kena dengan aku!

Dah la dengan situasi yang memang tak best sepanjang dia masuk group kitorang. Bertambah lagi teruk bila aku cakap terlampau laju time present sebab aku dah penat dari pagi. Dah la ada presentation, kena panjat bukit pegi menara lagi. Kelas kena lobi dengan orang lain. Berpeluh tunggu lif lagi. Install font dalam PC lagi. Dia pulak main sedap je terjah present. Padahal aku tak bagi isyarat lagi suruh dia masuk. Habis semua queue lari. Kelam-kabut Nisa yang jaga queue slide, sampai tak tahu nak kena tekan yang mana satu. Dah la dia main terjah, present ikut sedap mulut je. Muka lecturer tak payah cakap la, memang dah berubah habes. Tapi disebabkan lecturer tahu kemampuan dia takat mana, lecturer tak marah kitorang walaupun presentation kitorang secara rasminya dah hancussss. Thanks to him. A lot. 


Jadi lepas present, we felt sooo bad! Lagi-lagi bila group lepas kitorang present dengan baik sampai lecturer boleh siap-siap gelak lagi. WTH la kan!!! Kitorang present first dulu sebab dia kena keluar awal untuk pegi kelas Maths. Last-last dia tak pegi pun kelas Maths. Macam bingai kan? Kalau kitorang tahu dia tak pegi kelas Maths tu, tak payah kitorang present dulu. ARGGGGHHHH!!!


Jadi, lepas kelas, kitorang pakat nak report kat lecturer. Sebab it is very unfair la bila kitorang terpaksa terima dia masuk group kitorang, sedangkan group lain senang-senang dengan presentations sendiri. In fact, boleh prepare lagi lama dari kitorang. Kitorang? dah la obviously unprepared cam harammmm. Memang disaster ah satu hari! Dengan tak cukup tido dan badan lesu, what's more to asked.


Alhamdulillah, lecturer faham. Jadi, untuk major presentations nanti, dia akan present sendiri. Dan kitorang boleh proceed dengan rasa senang hati. Thanks Puan. :)



Moral of the story:  Kalau benda tu melibatkan markah kau, jangan main angguk terima je cadangan orang lain. Stand for yourself. Jadi kejam kalau perlu. 


Nota kaki:
Sekian story aku untuk hari ni. Ini kisah benar, bukan rekaan semata. 


Tuesday, March 8

100th International Women's Day.

Assalamualaikum.
Maaf, blog agak bersawang sebab akhir-akhir ni busy melampau.
Penat, tapi itulah kehidupan seorang student kan. Tak boleh banyak merungut.

Pagi tadi masa breakfast, on lah Fly.fm kejap. Tak bajet pula hari ni ialah Women's Day. Masa mula-mula dengar, aku jadi macam "waaa..." kagum sekejap. Baru tahu kewujudan Women's Day. Lepas tu on akaun Twitter berderet-deret quotes dari Terfaktab lalu. Seronok! Walaupun agak lambat sebab sekarang ni dah lewat petang nak menjelang ke maghrib, aku tetap nak cakap 'Happy Women's Day!!!'

chumel tak? chumel tak?

Hari ni aku banyak nampak orang post kat blog macam-macam pesanan untuk kaun Adam. Jaga awek elok-elok la. Appreciate mak la. Mana aci macam ni. Asyik pesanan untuk kaum Adam je kan? Untuk kaum Hawa takkan tak ada kot?

Aku ada! So, pesanan aku untuk semua ladies, girls, women, dan seumpamanya, Jaga diri elok-elok. Jaga maruah. Setiap apa yang kita buat, kita masih perempuan. Dan takkan berubah. Setiap langkah yang kita ambil, kita menjunjung sekali maruah mak bapak kita. Jadi, pandai-pandai jaga diri dan jangan palitkan muka mak ayah dengan lumpur.

Hmm....mak aku call dua kali tadi. Ingatkan dia nak tanya aku lupa nak wish kat dia ke, tapi tak. Rupa-rupanya dia tanya pasal kredit dia. Aku lupa nak masukkan pin number untuk top-up. =_='


Dan walaupun aku sebenarnya tengah berada di dalam kemarahan gara-gara seorang kaum Adam,
Walaupun aku masih ada rasa nak lempang dia sekuat hati,
Walaupun aku sangat benci dia sebab dah menyusahkan hidup aku,
Aku takkan lempang dia betul-betul. Aku cuma cakap.
Sebab aku tahu batas aku.
Apa orang sekeliling akan kata, kalau seorang budak perempuan kecik lempang anak orang, kan?


Followers dan silent readers sekalian, tolong doakan aku dapat bertahan untuk habiskan Degree aku dengan cemerlang ya. Semangat belajar aku terbang entah ke mana. Dia tak nak balik jumpa tuan dia dah. Sedih :(

Saturday, March 5

Just to share something.

Assalamualaikum, dearest readers. And to those who followed me, thanks. I honestly, truly, appreciate it. Thanks again :)

If you noticed, it's been quite a while since I ever write a post in English. To be honest, I can't even remember when is the last time I ever write properly in English. It must have been ages, I guess. Unfortunately, living in a community whom the majorities speaks in our dearest mother-tongue most of the times really kills my ability/skills/ whatever you call it , to converse in proper English. I missed my old high school days where most of the time I spoke in English with my schoolmates.Really. Damn I missed it :'(

Err...that's quite a dramatic intro I think...So, the main reason I am writing this post is that, lately, I saw that some of my friends are dying..not that I mean 'dead'. It's just that their spirit is dying - the studying spirit.

Guys, I've been in your shoes. I know how it feels, trust me. Degree life isn't as dandy as our diploma days. Where we usually had time for fun, or for movies during weekdays, and a proper lunch, a proper rest and the real fun. And now, it's like we haven't even had time to rest, always chasing the time, chasing the lectures, the syllabus etc. It's tiring. And I'm sure that most of you were in doubt if furthering into degree was actually the right decision you guys had ever made. (If I'm wrong, do correct me)

Dude, I am so...not an expert in giving advices. But I'm quite good at taking them. Yeah, I might seem like a person who ignores advices. But hey, I actually absorbed whatever advices i got from anyone,in my mind. And I keep them in my heart.  ;) 

I found this interesting quote that I would like to share it with you. 

So just to share with you, 
If you guys ever feel like you are such a major loser, well, look back. If you are a loser, you wouldn't get through the journey, not this far.
If you think you have failed, think twice. You are through with your diploma. You should congrats yourself for that. There's always something that you could be proud of. 
and, 
If you think you have let your weaknesses take control of you, Hey, your weakness is inside you. Why would you let it take control of you, it's master? 

So, take control of the situation. You choose your own path. Get hold of the chances. Or else one day, while you are on your death bed, you would regret for not being the best while you had the chance to do so. 

And perhaps you would be telling this story to your grandchildren. About a  friend who supports you. Through time and tide. Always :)


Hope that I could always write something for my friends. =)


Tuesday, March 1

Ada apa dengan.....gred?

Assalamualaikum, dear readers..

Yayy.....akhirnya!! aku rasa sangat lega hari ni sebab pagi tadi paper last untuk test week sem ni. Tapi baru test 1 ye. Test 2 belum lagi so takleh nak happy sangat ye Faraain!! "Oh mannnn!!"
Jadi sekarang aku tengah melayan masa free yang singkat ni sebelum kena back to business (I mean, assignment)  yang bertimbun dan presentations etc untuk menulis satu post. 

Aku tak puas hati. Yup, panas hati aku beb. Rasa nak gaduh baling ais krim je. Dengan sape yang aku tak puas hati sangat ni? Dengan Room-mateku Nisa? Bukan bukan. Korang dah salah paham ni...ais krim tu pun bukan aku nak baling kat dia la...aku nak baling ais krim tu masuk mulut la..lama tak makan aiskrim wahhh....hahahaha.....

Haaaa...nilah yang aku paling tak puas hati sekali!!

*Tadaaaa.......* Ha, Nampak?? okay, ni bukan kertas aku...aku curik dari Google je la...Sekarang ni aku tengah tak puas hati dengan sistem pembelajaran yang bagi aku sangat exam-oriented and book-oriented ni. Honestly, adakah korang puas hati dengan sistem pembelajaran yang 100% hafal-giler-giler dan konon-konon-faham lepas tu pegi jawab periksa. Masalahnya, betul ke faham? Aku mengaku, aku cuma banyak hafal je apa yang aku penah blaja. Faham? cuma faham untuk exam je. 

Sebenarnya, aku tak suka. Aku benci blaja!. Eh, bukan. Aku cuma tak suka, bukan tak setuju secara total. Bagi aku yang tak berapa nak kuat ingatan ni, baca berpuluh-puluh chapter lepas tu jawab test yang cuma ambik masa kurang dari dua jam dan lepas tu fail dengan flying colours, bukanlah cara terbaik untuk tunjuk yang kita ni bijak. As a student, kita nak interview untuk kerja nanti, bukan dia tanya "awak score test dapat bape ek?". CGPA mungkin membantu. Tapi kalau CGPA tinggi-tinggi tapi bab practical hampeh, takleh jugak kan...

Semua orang nak kejar gred ni.
Kalau kaya nak beli pun boleh, kan?

Masa aku interview untuk scholarship dulu, macam-macam orang yang aku jumpa. Nak pilih ramai-ramai untuk interview pun, banyak faktor yang diambil-kira. Kokurikulum lah, CGPA lah, gaji mak bapak lah....CGPA pun kena minimum 3.5...tu nampak tu....balik-balik orang tengok gred jugak..adakah maknanya orang yang 3 pointer, biasa-biasa tu tak boleh apply untuk scholarship? 

Ya, aku benci bila orang menilai kita dari gred yang kita dapat. Stereotype! tolonglah...ada apa sangat dengan gred yang orang pandang-pandang? Ayat-ayat tipikal yang aku selalu dengar dari orang sekeliling macam "Dia budak dekan, hebat!" atau "Pointer dia superb. Mesti dapat scholarship. Nanti dah keje gaji mesti banyak!"sume nonsense je. Ni dialog panjang lebar ni ada proof ke? Sape kata pointer hebat akan buat orang tu jadi hebat? (mengutuk diri sendiri). Ya, pointer aku masa diploma bolehlah dikatakan cukup untuk aku yang tak minat account tapi perform. Ada orang kata aku hebat. Hebat ke? tang mana yang hebat tu? Aku tak nampak pun. Apa yang aku nampak, orang pointer tinggi pun kadang-kadang spoilkan diri jugak...blaja overseas pakai scholarship lagi tapi pegi clubbing, pegi shopping etc. Adakah orang yang gred bagus semestinya bermakna dia bagus in everything? Confirm ke orang yang gred bagus tu akan senang-senang dapat kerja? Tak payah pergi interview pun kerja akan datang cari dia. nonsense! 

Aku sendiri tak nampak diri aku sebagai seorang yang hebat. Outperform? mungkin at certain point, yes. Tapi pada orang lain, mungkin tak lah kan. Aku pernah jumpa orang yang hebat dari aku. Pointer biasa-biasa je. Tapi PR, superb. Presentation, perfect. Pandai jaga hati orang lagi. Lepas tu, faham apa yang diorang blaja. in fact, lebih faham dari aku! Siap boleh ajar balik aku yang pernah dekan ni. Mungkin kadang-kadang rezeki tu tak berpihak pada diorang, jadi pointer diorang tak dekan. Tapi yang penting, diorang lagi faham apa yang lecturer ajar daripada aku nih. 

Jadi untuk orang diluar sana. Stop streotyping. Cukuplah. Nak tau orang tu betul-betul hebat ke tak, tengok keseluruhan, bukan apperance. Bagi sumthing spontaneous and tengok feedback diorang.Tengok gelabah ke tak. To me, orang yang hebat ialah orang yang boleh resolve problem dalam masa yang singkat. Pointer doesn't matter. Kalau tak percaya, tengoklah citer 3 Idiots. Tengok macam mana gelabahnya si 'Silencer' tu carik jawapan kat buku untuk benda yang tak wujud. 



Aku rasa macam tengah meluahkan kemarahan kat paper AIS plak. Soalan test senang cam harammmm tapi takleh jawab :'(





Saturday, February 26

Motivasi untuk sahabat.

 Assalamualaikum, dear readers. :)

Okay, sekarang aku berada di tengah-tengah kesibukan yang amat coz ahad ni akan start common test. Yup, common test, test week. Straight sampai selasa. Belum test lagi tapi aku dah rasa terbeban semacam. Penat? Tak payah cakap. Super penat, sampai aku terpaksa tampal Salon Pas kiri kanan bahu aku. Nasib baik mak aku ada bagi stock Salon Pas sebelum balik kolej last week. 

suka tengok pemandangan time busy.
bagus untuk hilangkan stress.

Sebenarnya, di tengah-tengah ke'busy'an aku, aku post entry ni khas untuk seorang sahabat nun jauh di Perak. Ceh, jauh ke? sebelah negeri aku je lah. post ni khas aku buat untuk Nazrin yang tengah super stress, super boring, dan super sedih. Semalam dia call aku dan cakap merapu tetiba. Speaking berabuk. Ingatkan mat saleh mana yang salah nombor. Ceh. Rupa-rupanya dia tengah bosan tahap karma. 

He desperately needs a motivation. Cepat betul hilang semangat nak blaja. As a friend, aku akan tolong setakat yang mampu. Nak tutor, aku kat Shah Alam. Lain la kalau kat Sri Iskandar lagi, mungkin aku akan 'turun padang' untuk tutor dia untuk subjek yang dia lemah.

TIPS-TIPS.

  • Display Result. Pay attention. Bila aku kasi lecture, aku memang garang. Okay? So, first thing yang ko kene buat, tampal semua result ko kat dinding. Yup, tampal SEMUA. Kasi display macam kedai.  Susun cantik-cantik ala-ala wallpaper decor. Highlight okay jangan highlight, nanti rosak result ko, tapi tulis CGPA ko besar-besar dan tampal sebelah setiap slip result. Biar hari-hari ko nampak. Bila ko tengah malas, ko nampak. Bila ko tengah main DOTA, ko nampak, Bila ko tengah bosan, ko nampak jugak. Jadi, percentage untuk motivation tu datang balik untuk study tu tinggi. 
  • Kedua, Ingat, belajar tak pernah senang. Kalau senang, bukan blaja namanya. Aku dulu pun, bukan pandai mana. Kalau aku pandai, aku dah lama amek medic, bukan accounting. Dulu, kalau ko nak tau, aku pernah tak paham apa yang aku blaja sampai masuk scene nangis. Betul beb. Aku tak tipu. Tanyalah Zani, Lin atau sape-sape yang ingat. Masa sem 1, aku tak tau langsung macam mana nak buat account. Journal entries sume, memang zero. Nil. aku memang tak ada hati dan tak pernah minat account. Masa hari result sem 1 keluar, aku pernah berharap sangat aku kene kick out dari UiTM. Supaya aku ada alasan dapat tukar course engineering. Tapi, Allah Maha Mengetahui kan. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. So, sampai sekarang, ko tengoklah aku ada kat mana. Still berpijak dalam dunia accounting. Result pun, alhamdulillah. Tak lah sehebat mana, tapi cukup untuk sorang manusia yang tak minat account.

masa sekolah dulu aku sangat benci dengan buku account.
tapi sekarang, destiny aku adalah accountant.

  • Kenang penat lelah parents. Ni aku selalu buat. Kalau aku rasa malas, atau tak sanggup nak blaja, aku akan kenang apa yang mak aku selalu pesan. Betul, degree dengan diploma memang beza tahap gaban. Diploma sangat enjoy. Life sangat free. Tapi degree? killer! lagi-lagi kat main campus ni, jadi cabaran dia berganda-ganda. Kadang-kadang rasa nak berhenti blaja pun ada. Tapi tak sampai hati bila aku teringat mak aku pertahankan aku bila ayah aku suruh kerja lepas diploma. Mak aku cakap abang kakak aku ada degree, jadi aku pun kena ada degree jugak. Betul. Mak aku sangat banyak back-up aku. Ingat, mak bapak mana yang tak nak tengok anak-anak dia berjaya. Macam mak aku, dia sanggup ulang-alik amek aku kat S.alam walaupun rumah aku dekat je, tak sampai 20 minit. Kalau ikutkan, aku kena berdikari, balik je naik bas. Tapi demi nak tengok anak tu berjaya, dia sanggup drive amek aku. 
  • Reward diri sendiri. Ni banyak cara ko boleh buat. Contohnya, jangan biasakan diri makan makanan mahal-mahal. Sekali-sekala boleh, tapi jangan selalu. Kalau teringin sangat, aim yang ko akan perform dalam quiz atau test, baru ko makan sedap-sedap. Macam aku, lepas quiz, test atau presentations, biasanya baru aku and kawan-kawan aku akan turun untuk enjoy makan puas-puas. Atau biarlah tak cukup tido masa test week, janji lepas test boleh qada' tido tu balik. Kadang-kadang kalau kita berkorban sikit, pengorbanan yang sikit tu akan rasa sangat berbaloi bila result kita sangat bagus. Kan?
ni masa lepas SPM. Reward untuk aku ialah pergi UK.
Reward untuk adik aku ialah pergi Korea. 

Panjang lebar pulak aku kasi lecture. Tak payah cakap yang aku ni berpotensi jadi lecturer, sebab aku tak pandai nak ajar orang. Ajar Raedi seribu kali pun belum tentu dia paham. Sendiri blaja pun tak paham. Hahahaha....

Okaylah, aku kena sambung study balik, coz lusa dah nak test. Harap Nazrin baca ni, dan dapat semangat untuk score test nanti. All the best untuk semua accounting student UiTM. Jom kita score ramai-ramai. 

p/s: untuk AnaKarbana, post kutuk ikhwan tu nanti buat lepas test. Hehe. Study Hard! join kitorang kat S.Alam cepattt.... :) Damn aku rasa pelik panggil Bong 'Nazrin'..hahaha...... :D