Assalamualaikum. Dalam entri kali ni, aku nak membebel panjang. Dan sebagai pemilik blog ni, kalau korang rasa tak nak baca apa yang aku tulis, tak perlu soseh-soseh di belakang. Tinggalkan je komen korang dan cakap yang korang tak suka aku tulis gitu gini. Aku tahu, kadang-kadang aku tulis ikut perasaan, banyak realiti. Sebab tu banyak orang terasa. Maaf. Aku tak bermaksud pun nak buat siapa-siapa terasa dengan apa yang aku tulis.
![]() |
| credits to Google. |
Setiap hari, aku bangun di kalangan orang yang aku sentiasa anggap mempunyai minda kelas pertama. Sebab aku tau, bukan semua orang dalam course aku ni layak untuk masuk kat tempat ni. Only the choosen ones. Dan setiap hari, aku sebenarnya mengalami mental torture kerana aku sering membandingkan diri aku yang tak berapa pandai ni dengan orang lain.
Mungkin 'luck' yang membawa aku ke tempat ni. Tempat yang penuh dengan persaingan. Masing-masing dengan keputusan yang gempak-gempak dan aku? cuma seorang manusia yang masih bertahan untuk berada di sini.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat ni, harapan aku cuma satu. Hal yang remeh-temeh tak akan menjadi gangguan lagi. Kerana aku tau, di tempat ni yang wujud cuma persaingan. Kalau kau tertinggal, kau akan selamanya ketinggalan. Dan ketika itu aku cuma berharap yang aku akan dapat bertahan di sini. Kerana aku tau, kami dapat masuk ke tempat ni atas tiket 'background' yang hampir sama. Kalau asas dah sama, apa lagi yang nak dirisaukan?
Ternyata, apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan. Ternyata persaingan bukanlah satu-satunya perkara yang perlu aku beri perhatian. Perkara-perkara remeh masih menjadi kudis di dalam kehidupan yang aku hadapi setiap hari. Ternyata, orang yang selama ini aku anggap sebagai orang minda kelas pertama masih mempunyai sikap yang kadang-kadang, aku boleh sifatkan lebih teruk daripada orang yang tidak layak menjejakkan kaki ke tempat ini.
Ego, gila kuasa, tamak, penipu, hipokrit, selfish dan tidak menghormati orang lain semuanya bercampur menjadi satu. Aduh! Kenapa aku merasakan orang yang kurang dari segi akademik kadang-kadang lebih mulia dari mereka yang dianggap mempunyai minda kelas pertama?
![]() |
| Credits to google |
Aku bukan berniat untuk mengutuk, jauh lagi mengata. Tapi kalau itu yang korang rasa aku sedang lakukan, tolong sedarkan aku. Aku cuma sorang manusia biasa yang tidak betah dengan sikap mementingkan diri golongan ni. Aku cuma orang biasa, yang tidak ada kuasa untuk menghalang. Cuma yang aku boleh lakukan, memerhati dan terus berdoa agar mereka-mereka yang menjadi daki dalam golongan bijak-pandai ini sedar. Jangan sampai satu hari, orang lain hilang respect dengan diri korang.

