Wednesday, February 23

Ex = Kawan.

Assalamualaikum. Akhirnya aku berjaya mencuri masa untuk menulis satu post setelah beberapa hari masalah datang dan sibuk berganda-ganda. Sepatutnya aku menghadap assignment sekarang, sebab lecturer nak bincang jawapan esok. Tapi, biasalah, satu pun aku tak usik lagi. Bukan malas, tapi aku tak paham, okey!

aku memang rajin tengok news feed kat FB ni.
update status? jarang-jarang. 

Hari tu, masa aku dok scroll news feed kat FB, aku terjumpa ada status kawan aku. Aku tak ingat la siapa punya. Jadi dalam post kali ni, aku nak tulis pasal benda tu. Sebenarnya, benda ni pernah je terjadi kat aku. Tapi aku tak terfikir pulak pasal isu yang datang lepas peristiwa tu terjadi. Secara stereotype, once kita dah break dengan orang tu, kita biasanya akan terfikir dua perkara je. Satu, cari yang lain (bf/gf) sebab kita bajet hot sebab kita memang jenis yang tak boleh survive kalau tak ada pasangan, dan kedua, lupakan apa yang dah jadi dan teruskan hidup macam biasa. Banyak benda yang lain yang kita kena fikir. Asignment, Quiz, Test....banyak la.

Mesti ada di antara korang yang pernah ada boyfren/gurlfren kan? 
Ada yang pernah break-up lepas beberapa tahun couple? 
Apa yang korang rasa the next time korang jumpa ex korang balik?

love trap.
kalau ada panah arjuna menusuk,
hati akan terluka atau jatuh cinta?

Well, yang kat atas tu, yang colour purple tu, semua adalah main point dalam entry kali ni. Aku nak cakap pasal boleh ke bekas pasangan jadi kawan baik? fine, kalau tak pun, sekurang-kurangnya, berkawan balik.

Situasi 1.
Adat orang berpisah, kadang-kadang sebabnya ntahape-hape remeh. Ada yang gaduh bagai nak rak, then terus "Kita clash la macam ni!!" Tapi bukan semua la. Ada je tak masuk pun fasa gaduh-gaduh macam anjing vs. kucing time break-up, tapi tetap berpisah. Dengan cara yang baiklah, of course. Mungkin sebab masing-masing busy, atau sebab parents tak tahu yang korang ada gf/bf. Atau mungkin sebab korang saja-saja couple. Whatever the reason is, mesti orang tu dah dapat tempat kat hati korang kan? Kalau korang cakap tak, memang korang menipu.

Situasi 2.
Korang pun teruskan lah hidup macam biasa. Makan, tido, makan, tido, buang air, buang angin, makan lagi, blaja, exam, cuti bla bla bla. Tetiba, satu hari, tengah korang syok-syok gelak-gelak, gosip-gosip dengan member, atau tengah makan-makan dengan parents kat luar, korang terserempak balik dengan ex korang. Terserempak dalam keadaan yang memang tak dijangka. Kot-kot tengah selekeh serabai. Tak pun tengah gelak-gelak sembur air liur. Tak senonoh sungguh la dan lepas satu jangkamasa yang agak lama. 2 atau 3 tahun, maybe. Nak lagi lama, okay, let say lepas 7 tahun...Haa..amacam? lama tuuu... Apa korang akan buat? Kalau katalah, time tu terserempak kat shopping mall, nak pergi tegur ke? *Lambai-lambai dari jauh* Tak pun, terserempak kat gerai goreng pisang favourite korang dulu-dulu, nak ke cakap "Eh, hai," macam tu je and senyum? Berani ke nak tegur? Aku boleh bet, kemungkinan besar, majoritinya, tak kisah la lelaki or perempuan akan buat-buat tak nampak, seolah-olah tiang elektrik sebelah korang tu lagi lebar dari ex korang,  tak kenal, ataupun buat-buat tengok selipar kat kaki, belek-belek apa je yang ada depan mata walaupun selama ni korang tak pernah minat nak belek-belek etc. Aku mengaku, pernah ada dalam situasi ni.

Situasi 3.
Okay. Fine. Kalau lah kan, apa yang aku cakap tadi tak betul. Korang cakap, " Eh, sape kata aku buat-buat tak nampak? Aku tak lah sekejam tu kot," lalu korang bertegur sapa la balik dan tukar-tukar nombor phone, adakah korang rasa percentage korang akan saling message bertanya khabar tu tinggi? ke simpan je nombor telefon tu buat habuk dalam handset tu? Biasalah, masing-masing nak ego sendiri. Gedik ah! Konon alasan busy, ye ke? Cakap je lah yang sebenarnya korang tak nak langsung ambil langkah untuk berkawan balik, dalam erti kata lain, korang sebenarnya malas nak ambik tahu hal 'ex' lagi. Eh, jap. Apa? Masih ada hati lagi dengan ex? Mesage je lah! Takut-takut pulak. Cakap je 'hai' as a beginning. Tengok dulu ada respon ke tak. Kalau ada respon, proceed! Kalau tak ada, tunggu lagi 2, 3 hari, then message lah balik. 

Situasi 4.
Setakat apa yang aku pernah nampak depan mata aku, ada je 'ex' yang sangat sempoi. Break dengan cara baik, dan lepas tu rileks je boleh lepak-lepak, hang out sama-sama macam best friends. Siap boleh main katuk-katuk kepala lagi. Kan cool macam tu. Walaupun mula-mula ada 'awkward feeling' sikit, tapi boleh overcome maa....perasaan boleh dipupuk. Develop la rasa sayang korang tu untuk ex korang sebagai kawan. 

Aku paling laaaaa......menyampah kalau ada yang kecha gila bila jumpa 'ex'. I mean, sampai benci-membenci bagai. Padahal break dulu bukan sebab yang kritikal. Kecoh je lebih. Kan mengada namanya tu. Baik perempuan, atau lelaki. Sama je bagi aku. Hei, please lah, respect sikit life orang lain. Benda dah lepas tu, tak yah la lu nak kenang-kenang buat dendam. Benda dah jadi, bukannya lu boleh balik ke masa lampau then dump your ex before he dumps you ke apa. Tak salah kan kalau kita maafkan ex kita after what happened dan terima mereka balik as kawan? *mereka? bape ramai ex ni?* Ini tak, jumpa je, buat muka menyampah. Jumpa je, jeling-jeling maut. Macam la ex lu tu ada buat salah. Dia ada bunuh orang ke? 

Situasi 5.
Bagi aku, boleh je kalau nak jadi kawan balik. Kita sendiri tahu menilai. Lagipun, hidup ni setakat mana sangat la nak berdendam atau bermusuh-musuhan, kan? Lagipun kita sesama Islam, tak payah la sampai tak bertegur-sapa. Tak jumpa berapa lama pun, kalau rasa-rasa macam kita cam orang tu, tegur la. Kalau dia tak ingat kita, takyah la segan sampai nak sorok muka bawah kerusi. Control ayu/macho je and cakap la yang kita ingat dia. Well, dia mungkin ingat sebenarnya, tapi, biasalah, malu nak mengaku. Ego lah katakan. Lagipun, takkanlah ex sendiri lu tak kenal, beb? Menipu lagi. 

Hahahaha...aku ni pandai teorinya aje. Nak suruh aku buat praktikal? alamat hampeh la. Kucing berjanggut pun belum tentu aku tegur ex aku dulu. *aku menipu* Aku bukan ego okay, cuma aku rasa diri aku ni tak cukup dikenali. Tak ada orang ingat aku pun. Yelah, siapa je yang ingat orang kecik invisible macam aku ni. Tapi takpelah, sebab aku ni pun kebetulan memang bukan jenis yang ingat orang sangat, melainkan aku memang notice orang tu wujud at the first place. We're square! Sedangkan ada kawan sekolah yang batch sendiri pun aku tak kenal walaupun 5 tahun aku sekolah kat tempat yang sama, inikan pulak nak ingat benda yang dah lepas. Palinglah. Memang masalah memori kan aku ni?


Sekian takat ni je. Sebelum aku merapu entah haper-haper, baik aku stop kan. Takyah la korang nak halau aku suruh offline dan buat assignment, aku memang dah nak off pun ni. Nanti insyaAllah akan ada update lagi minggu depan! :)

Ciao! Ashiteru peeps :)

Monday, February 21

keberkatan ilmu

Salam...

Okay sekarang aku dalam kelas, killing some time while waiting for the next lecture. Hari ni hari Isnin, so aku memang wonder, does every Monday deserve to be a 'Black Monday'? takkan lah tak ada satu pun yang baik, as if, the starting the week with something good, kan?


hari Isnin, start kelas pagi at 8.30

Macam biasa, hari Isnin, tiap-tiap pagi kelas aku mula pukul 8.30. Cuma kalau cancel je memang tido balik la lepas subuh jawabnya. Haha.Alah, typical lah kan?

Okay okay. Routine aku setiap Isnin ialah angkut lappy berat aku tuh pegi klas..Biasalah aku kan Class Rep yang berdedikasi. Credits to Adil jugak sebab tiap2 pagi dia tolong bawak lappy aku pakai motor dia dan petang2 pulak dia bawak sampai kolej. Thanks Adil, banyak pahala kau. Haha. Okay,so hari ni mood Adil tak best coz pagi-pagi terpaksa angkut lappy aku naik tangga sampai level 7. Lif sesak. Nak menunggu memang berjanggut la. Jadi adil pun bukak langkah panjat tangga demi menimba ilmu, dengan lappy aku sekali dia bawakkan...

Pagi-pagi lagi lecturer IBM dah masuk lambat. Ye, aku tau, mungkin korang akan bersorak happy kalau lecturer lambat masuk. Tapi kan..tapi it's UNUSUAL...sebab biasanya Puan Mel akan message aku awal-awal kalau dia lambat. Ye, memang aku risau. Risau if hal last week masih berlanjutan sampai hari ni.  Apa jadi last week? Okay macam ni ceritanya:


major presentation-dress to kill punya.

Jumaat lepas, dapat topic untuk major presentations. Oh, dengan minor presentations jugak la. Puan Mel suruh present on 4th of Mac. Okay, aku terima je. So far aku tak pernah la bantah atau mintak tangguh ke, sebab aku tau kewajipan kita as a student. Kalau lecturer dah cakap macam tu, nak tak nak, terima je. dia suruh kita buat apa pun, selagi betul, kita buatlah. Suka tak suka belakang kira. Sebab nak dapatkan ilmu dari lecturer tu, biarlah ilmu tu diberkati, ye tak? Test pun puan cakap nak buat on 4th jugak, sebab nak bagi selaras dengan lagi 2 group yang dia ajar.

Ada classmates aku, kebetulan ada presentation law on the same date. 4th March. So dia mintak postpone to the following week. Aku nampak muka lecturer berubah. Bukan berubah sikit, tapi memang 'agak' berubah la. Aku cuak. Then dia kata "Okay, I bagi u chance. Tapi, esok mesti submit tajuk untuk major presentations,"

So, sabtu ada kelas ganti. Lepas kelas, aku pun submit lah tajuk untuk group aku. Lagi dua group? I seriously have no idea. Lecturer pulak tak nak amek kertas yang aku hulur selagi semua group tak tulis tajuk kat situ. Aku yang kena marah. Patutnya, masing-masing kena ingatlah. Dah dapat lecturer yang moody  macam tu, kena pandai-pandai lah tackle dia. Betul tak? Okay, fine. Aku pun cari la group lain. Satu group dah bagi nama. Lagi satu group, lesap entah kemana. Lecturer dah buat muka lain dah. Last-last dia kasi warning, lambat hantar topic, markah kena potong. Again, aku kena lagi. Ayat dia dah memang FIRE la. Siap cakap yang kitorang ni pijak kepala. Okay.

So, itulah ceritanya. Obviously, benda ni dah berlanjutan sampai hari ni. Aku dah risau. Test jumaat depan. Dahla kitorang mintak postpone ke next next Monday. Lecturer pulak dah macam ni. Habes, ilmu yang dia curahkan (curahkan? What the heck punye ayat. Skema.) pagi tadi, hilang tak keberkatan dia, kalau lecturer dah terasa dengan students? Nak belajar ni, ilmu kena lah berkat. Kan keberkatan ilmu tu terletak di tangan lecturer. Kalau lecturer tu tak redha, memang mimpi jelah nak score subject tu. Aku risau, if sampai hujung sem dia langsung tak bergurau dah dengan kitorang. Kurang senyum macam selalu. Buat muka serious 24/7 sampai hujung sem. Tak best la macam tu. :(

Aku Class Rep, cuma jadi wakil kelas. Untuk apa? Untuk jadi tempat kena marah dengan lecturer ke kalau orang lain yang buat hal? It's just not fair la, kan? 

Sekian, tu je yang mampu aku coret hari ni.

Saturday, February 19

my surroundings.



Last two weeks, my life was like :



and for the next two weeks, it gets worst like :

Module, assignments, major and minor presentations, and tests all came at once.


Well, just hopes that everything goes well.

Since every seconds counts, I shall not waste any more time
on the Internet for the upcoming two weeks...

So, guys, the next post will be anytime soon.
*during my free time*

Will there be any free time? Argh, I don't know..
T_T

I'll find a free time. Coz there's something I'd like to ask your thoughts on.
Do wait for my blog's update okay?
See you :)


p/s: I'll be having a module tomorrow.Just pray that I won't get bored. +.+

REGARDS,

Tuesday, February 15

Backstab. Siapa yang salah?


Ada siapa-siapa pernah rasa macam mana kena backstab? *Angkat tangan* Best? *geleng* ke menyampah sampai rasa nak hancurkan muka orang yang backstab kita tu? *hangguk laju-laju*

Oh bestnya kalau ada tempat macam ni.
Siap la orang yang pernah backstab aku. Aku balas sejuta kali.

Kalau ada yang pernah rasa kena backstab, baguslah. Itu pengalaman. Susah nak dapat tau. Tak boleh main bayar je sesape yang kita jumpe then suruh dia backstab kita. Like "Eh, aku bayar kau RM 20 kau tolong backstab aku jap. Aku teringin nak rasa," Tapi yang dah pernah kena macam aku ni, watch out. Bukan watch out, anda akan kena lagi. Tapi watch out kepada orang yang pernah backstab anda. Sebab peratusan anda akan balas dendam sangatlah tinggi. *aku la tu*

Time paling hangat kita akan kena backstab? Mestilah time study. Campus life, biasalah kan. Tiru-meniru assignment, Group assignment. Kalau bab meniru assignment, biasanya yang tukang tiru akan cepat-cepat hantar assignment dia dulu, konon dia yang buat dan orang lain yang tiru. Tu kira dah backstab orang yang kasi tiru. Sebab of course lecturer akan bagi markah kurang kepada si peniru (yang hantar lambat akan dianggap peniru) tapi zaman ni ada lagi ke kes macam ni? Ada...*perempuan jawab* lelaki mungkin tak kisah. Diorang lain la because diorang ade 'Brother Code' yang aku sendiri tak pernah tau coret-coretnya langsung.

Kalau bab group assignment, oh ni lagi dasyat backstab dia. Lagi best. Camni, kau dengan kawan satu kelas kena buat group assignment and present. Tapi yang tak bestnya, kau seronok keluar jalan-jalan pergi hoo haa dengan member-member yang lain dan tak amek tahu langsung pasal assignment kau, sedangkan member-member group kau yang lain busy guling-guling tengah buku-buku library untuk siapkan assignment. Dan bila sampai masa untuk present, kau lah yang bercakap paling hebat. Sedangkan yang selesaikan presentation part kau tu member group kau. Lepas tu, bila groupmate kau kena soal, terkial-kial dia nak jawab dan kau langsung tak tolong. Wow. Best kan? Dan kau hanya berdiri je kat situ sambil senyum tak bersalah *lempang*

Jadi, kawan kau pun pergilah buat report kat lecturer lepas settle presentation. Kawan kau cakap, kau tak buat kerja. Part kau pun dia yang buatkan, bla bla bla. Markah kau kena potong, so kau tak puas hati. Macam mana kau tahu pasal markah kau kena potong? Of courselah ada member-member kau yang lain bawak mulut. So kau pun pergi la serang balik kawan-kawan kau yang pergi buat report tu. Kau cakap diorang main tikam belakang la, mulut jahat la, suka kenakan member la. Kau salahkan groupmate kau.

Habes, yang kau buat tu tak salah? So sekarang salah siapa? Kau, atau kawan-kawan yang kau panggil backstabber tu? Haa, jawab jawab.

p/s: 'Kau' dalam kisah di atas bukan aku. Harap maklum.






Monday, February 14

Antara Valentine's Day dan Maulidur Rasul



Hari ni 14 Feb. Sendiri tau lah kan hari ape?

Tak payah aku nak define, korang sendiri dah tau. Ye ke tau? tapi nape masih ade yang buat jugak? Ade yang cakap diri dah besar, dah dewasa, dan aku yang lagi muda ni tak layak nak nasihatkan korang. Konon dah tau baik buruk. Tapi buat lagi kan? Mungkin ade yang pernah masuk sekolah, masuk universiti, tapi sayangnya tak EDUCATED.


Every year, menjelang Valentine's Day, ade yang celebrate sana sini macam orang dah kahwin. Eh, kahwin memang la dah. Nikah? belum lagi kan? Malam-malam pergi Padang Merdeka konon pergi tengok konsert. Tengok-tengok diri sendiri yang pergi 'buat' konsert. Esok pagi? Pegawai JAWI jumpe beratus-ratus kondom bersepah atas padang. Heh, biaselah tu. Remaja zaman sekarang kan hebat? Suka kejar dosa. Ape susah. Kalau TERBUNTING, buang je anak tu. Lepas tu cukup haribulan, masuk lokap. Time tu baru menyesal tak sudah.


Esok sambutan Maulid Nabi. Tak plan nak pergi masjid ke? Ikut selawat atau join dengar ceramah. Banyak pahala tu...tak nak kejar ke? Heh. kita tengok jelah. Time Valentine's Day bersemangat celebrate. Esok pagi maulid, korang buat ape? berlingkar dalam blanket? bangun-bangun je dah ade dalam hotel? atau apa? sendiri fikirlah!


Tak payah nak cakap kat KL, kat kampus-kampus universiti pun dah belambak. Tambah-tambah lagi esok cuti umum, petang-petang lepas kelas, ape lagi, keluarlah terus pergi overnight. Mak bapak call tanya pergi mana, cakap busy buat assignment, sibuk dengan discussion. Ye ke? Betul lah tu. 'Assignment' dengan couple masing-masing, kan? macam-macam discussion nak kene buat ni. Nak kene discuss bilik hotel mane yang murah, port mane yang selamat dari jabatan agama, macam-macam lagilah. Kan?


Baguslah. Menipu mak bapak je kerjanye. Mak bapak hanta masuk Uni suruh blaja. Siang malam mak bapak dok duduk atas tikar sejadah, doakan kejayaan si anak, doakan permudah anak nak jawab periksa. Si anak? Sibuk bercintan-cintun dengan couple. Sibuk buang-buang kredit bergayut dengan couple. Sibuk jugak buat kerja haram. Takpe, Insya Allah berjaya lah tu nanti. Berjaya kena tangkap basah :)

Aku cakap benda yang betul je. Kalau ade yang terase, maknanye betullah ade yang buat macam tu. Maaf, aku tak tujukan kat sape-sape. Ini general.

Jadi, pilihlah sendiri. Kejar pahala atau dosa? Mati esok lusa pun boleh. :) ntah-ntah kejap lagi tak korang mati?

Sekian,