Wednesday, March 30

"Babe, I'm happy when you are!" Part 2



Kesinambungan dari cerpen terdahulu.


Pada keesokkan harinya, rombongan kami bertolak pulang ke Malaysia. Penerbangan kami menaiki Biman Airlines akan transit di Dhaka, Bangladesh selama satu malam sebelum kami pulang ke Malaysia. Maklumlah, penerbangan transit tambangnya sedikit murah daripada direct flight. 

Kebetulan, adik ipar emak aku yang bekerja sebagai jurutera di Siemens cawangan Bangladesh telah berjanji akan menunggu kami di hotel. Sebenarnya, ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi, penerbangan kami transit di Dhaka juga. Jadi ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke tempat ini. 

Sunday, March 27

Minda Kelas Pertama.



Assalamualaikum. Dalam entri kali ni, aku nak membebel panjang. Dan sebagai pemilik blog ni, kalau korang rasa tak nak baca apa yang aku tulis, tak perlu soseh-soseh di belakang. Tinggalkan je komen korang dan cakap yang korang tak suka aku tulis gitu gini. Aku tahu, kadang-kadang aku tulis ikut perasaan, banyak realiti. Sebab tu banyak orang terasa. Maaf. Aku tak bermaksud pun nak buat siapa-siapa terasa dengan apa yang aku tulis.


credits to Google.
Setiap hari, aku bangun di kalangan orang yang aku sentiasa anggap mempunyai minda kelas pertama. Sebab aku tau, bukan semua orang dalam course aku ni layak untuk masuk kat tempat ni. Only the choosen ones. Dan setiap hari, aku sebenarnya mengalami mental torture kerana aku sering membandingkan diri aku yang tak berapa pandai ni dengan orang lain. 

Mungkin 'luck' yang membawa aku ke tempat ni. Tempat yang penuh dengan persaingan. Masing-masing dengan keputusan yang gempak-gempak dan aku? cuma seorang manusia yang masih bertahan untuk berada di sini. 

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat ni, harapan aku cuma satu. Hal yang remeh-temeh tak akan menjadi gangguan lagi. Kerana aku tau, di tempat ni yang wujud cuma persaingan. Kalau kau tertinggal, kau akan selamanya ketinggalan. Dan ketika itu aku cuma berharap yang aku akan dapat bertahan di sini. Kerana aku tau, kami dapat masuk ke tempat ni atas tiket 'background' yang hampir sama. Kalau asas dah sama, apa lagi yang nak dirisaukan?

Ternyata, apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan. Ternyata persaingan bukanlah satu-satunya perkara yang perlu aku beri perhatian. Perkara-perkara remeh masih menjadi kudis di dalam kehidupan yang aku hadapi setiap hari. Ternyata, orang yang selama ini aku anggap sebagai orang minda kelas pertama masih mempunyai sikap yang kadang-kadang, aku boleh sifatkan lebih teruk daripada orang yang tidak layak menjejakkan kaki ke tempat ini. 

Ego, gila kuasa, tamak, penipu, hipokrit, selfish dan tidak menghormati orang lain semuanya bercampur menjadi satu. Aduh! Kenapa aku merasakan orang yang kurang dari segi akademik kadang-kadang lebih mulia dari mereka yang dianggap mempunyai minda kelas pertama?


Credits to google

Aku bukan berniat untuk mengutuk, jauh lagi mengata. Tapi kalau itu yang korang rasa aku sedang lakukan, tolong sedarkan aku. Aku cuma sorang manusia biasa yang tidak betah dengan sikap mementingkan diri golongan ni. Aku cuma orang biasa, yang tidak ada kuasa untuk menghalang. Cuma yang aku boleh lakukan, memerhati dan terus berdoa agar mereka-mereka yang menjadi daki dalam golongan bijak-pandai ini sedar. Jangan sampai satu hari, orang lain hilang respect dengan diri korang. 



Saturday, March 26

"Babe, I'm happy when you are!" Part 1

Cerpen pertama yang aku publish online. Harap korang semua enjoy!




Pukul 4 pagi, aku sudah bersiap-siap untuk ke KLIA. Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki aku dapat menunaikan umrah pada usia yang amat muda. Ayah sudah bersetuju untuk menangung semua kos untuk aku menunaikan umrah sebagai hadiah di atas keputusan cemerlangku di dalam peperiksaan PMR yang lepas. Namun, ayahku tidak dapat turut serta di dalam rombongan. Sebaliknya, aku akan mengerjakan umrah bersama emak, adikku, datuk dan nenek saudara sebelah emak, dan dua orang adik emakku,seorang perempuan bujang manakala seorang lagi adik emak yang aku panggil om (kerana keluarga emak berdarah Indonesia) akan turut membawa isterinya yang ku panggil tanter.



Monday, March 21

Kau happy, aku pun happy la.





Untuk @AnaKarbana di Twitter, entri ni khas untuk Ana.


Tak keterlaluan untuk aku cakap yang sebagai perempuan, kita kena ada satu skill yang agak penting selain skill memasak dan menumbuk orang. Skill apa yang aku maksudkan? Jawapannya, skill menipu hati sendiri. Apa mende tu? Cane dowh nak tipu hati sendiri? [Orang tanya].


Hati perempuaan sangat fragile. Ya, aku rasa semua orang tahu tu. Seganas mana pun seorang lady tu, kalau dah namanya perempuan, nangis jugak ah kan bila tengok cita korea. Ah! tipu la kalau cakap korang tak nangis. Kawan laki aku pun pernah admit diorang nangis tengok drama Korea [?] Apesal pulak perempuan tak nangis kan? Bahahahahaha. Okay. Aku sedang menjadi poyo sekarang. Damn.


Friday, March 18

If I Die Young.


Aku tak sihat untuk dua hari ni. Tekak perit dan selesema teruk, tapi belum masuk fasa demam panas. Cuma demam yang biasa. Alhamdulillah, masih belum menjejaskan rutin harian aku untuk pergi balik kelas macam biasa. Dan jangan risau, penyakit ni tak berjangkit melalui blog. ^___^

Ubat baru ditelan. Cough syrup dah selamat masuk kerongkong, dan mata aku ni bila-bila masa sahaja akan selamat belayar memasuki alam lain. Zzzzzz...Tidur.

Sepatutnya sekarang aku tengah mengulangkaji Japanese untuk listening, oral dan reading test esok. Tapi sampai ke saat ini, masih tak berganjak. Buku teks dipegang dan diselak-selak, tapi satu pun tak masuk otak. Mood study, ke manakah kau terbang? *sigh*

Aku cuma nak kongsi lirik satu lagu yang menyentuh hati.